Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dgn sebab itu: (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah Sumber : neglected wife, Istilah Malaysia : isteri terabai/terlantar, Bidang : Sosiologi Istilah Sumber : neglected husband, Istilah Malaysia : suami terabai/terlantar, Bidang : Sosiologi Makanya apakah sesuai istilah neglected patients diistilahkan sebagai pesakit terabai Bagaimanapula dengan maklumat berikut : Istilah sumber : neglected child, Istilah sasar : kanak-kanak terbiar, Bidang : SosiologiPenggubal istilah bidang sosiologi memutuskan penggunaan “anak/kanak-kanak terbiar” untuk neglected child; isteri/suami terabai/terlantar untuk neglected wife/husband.  Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “terbiar” juga bermaksud terabai;  terlantar.  Oleh itu, “pesakit terabai” boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk neglected patients bergantung pada penggunaan perkataan tersebut dalam ayat dan situasi.Istilah18.11.2018
1. Syor agar istilah PESAKIT TERLANTAR lebih sesuai untuk BEDRIDDEN PATIENT kerana a). bedridden adj terlantar sakit di katil. Kamus Inggeris-Melayu Dewan b). Kamus Sains. bedsore (kudis tekanan) Inflamasi dan ulser yang terjadi pada bahagian anggota yang tertekan pada tilam bagi pesakit yang lama terlantar di atas katil seperti yang berlaku pada pesakit lumpuh atau koma. Keadaan ini boleh dielakkan dengan mengubah kedudukan pesakit. Sinonim decubitus ulcer. (UBAT) Makanya istilah PESAKIT TERDAMPAR lebih sesuai untuk STRANDED PATIENT 2. Apakah bezanya "telantar" dengan "terlantar" 3. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Terkapar? 5. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Tersadai?

1 (a). Pesakit terlantar boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk bedridden patient.

 

1.  (b) Menurut The Emergency Care Improvement Programme (ECIP) di England,  stranded patients ditakrifkan sebagai “patients with a length of stay of seven days or more.”  Huraian lanjut pula;  

 

A stranded patient review is a snapshot audit of a health setting (for example, an acute trust or whole health system) on a single day, to find out what patients are waiting for and how many could be treated in a different setting. It identifies what the clinical plan is for each stranded patient, and what the next steps will be on the day of review.

 

A stranded patient review, even if done only once, will provide useful information about your ward, trust or system. Reviews highlight opportunities to care for patients in a different, potentially safer, way by overcoming key delays and identifying patient groups currently stuck in your system who could be cared for at home. Patient stories can convince everyone in the system that it’s important to overcome delays in discharge, and act as a catalyst for bigger improvements. These reviews are likely to dispel myths in your system about why patients are waiting.”

 

Berdasarkan huraian di atas, kami mencadangkan perkataan “pesakit terkandas” sebagai padanan bahasa Melayu untuk stranded patient berpandukan maksud kiasan perkataan “terkandas”, iaitu tersekat atau terbantut di tengah jalan. (Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat).  

 

2. Ada kesilapan penaipan pada perkataan “telantar”. Ejaan yang betul ialah “terlantar” kerana dalam bahasa Melayu hanya ada imbuhan “ter”.


3. Pesakit tersadai lebih sesuai digunakan jika pesakit dalam situasi terbaring belunjur seperti dalam contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang berikut:

 

“tersadai 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 

 

4. Pesakit terkapar tidak sesuai kerana terkapar bermaksud terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. 

Istilah18.11.2018

Kembali ke atas