apakah terjemahan yang tepat untuk "make over" contoknya make over restoran atau rumah.tkasih | Tidak ada terjemahan make-over dalam pangkalan data kami. Kami cadangkan make-over diterjemahkan kepada ubah rupa seperti ubah rupa restoran dalam bahasa Inggerisnya restaurant make-over. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.06.2014 |
salam 1 Malaysia, apakah terjemahan untuk "make over" contohnya Restaurant Make over?. Terima kasih. | Tidak ada terjemahan make-over dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan make-over diterjemahkan kepada ubah rupa seperti restaurant make-over diterjemahkan kepada ubah rupa restoran. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.06.2014 |
Kelulusan Teks Guru membentuk semua profesion menjadi kenyataan teachers make all other professions possible | Jawapan Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Teachers make all other professions possible" adalah seperti yang berikut: 1. Guru merealisasikan semua profesion 2. Guru menjadikan semua profesion satu kenyataan 3. Guru menghasilkan semua profesion. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Assalammualaikum/Salam Sejahtera. Saya ada pertanyaan.. Bank regulators, worried about bank failures, were tightening their standards, trying to make sure the banks did not make bad loans. Apakah terjemahan yang tepat bagi perkataan "bad loan"?Adakah pinjaman yang buruk? Sekian,Terima Kash. | Waalaikumussalam. Menurut data kami, tiada istilah Bahasa Melayu untuk bad loan. Namun begitu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk bad loan ialah pinjaman yang tidak berbayar. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 07.10.2017 |
tarikh bila diperlukan: 16/04/2014 MEMOHON TERJEMAHAN BAGI PERKATAAN BERIKUT: MUSEUM COLLECTIONS MAKE CONNECTIONS | Untuk makluman, DBP tidak memberikan khidmat terjemahan. DBP hanya memberikan khidmat penyemakan perkataan dalam bahasa Melayu. Sila terjemah dahulu dan hantar kepada kami untuk pengesahan sama ada bahasa Melayu yang digunakan adalah betul atau tidak. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.04.2014 |
Salam 1 Malaysia, Saya Noraziela dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kuala Lumpur ingin bertanyakan tentang terjemahan. Pihak kami akan mengadakan satu kempen keselamatan yang dinamakan 'Walk of Life" bertemakan 'Make Road Safe'. Akan tetapi pihak kami memilih untuk menukarnya kepada Bahasa Melayu. Kami harap pihak DBP dapat memberi terjemahan yang paling tepat atau sesuai bagi nama kempen kami. Sekian. | Cadangan terjemahan kami bagi "Walk of Life" ialah "Perjalanan Selamat". Bagi "Make Road Safe" ialah "Jadikan Jalan Raya Selamat untuk Anda" Walau bagaimanapun, terjemahan ini bergantung pada konteks. | Istilah | 02.11.2011 |
PERKATAAN ENGLISH ENGRAFTMENT DALAM BAHASA MELAYU "Engraftment is when transplanted stem cells enter the blood, make their way to the bone marrow and start making new blood cells. It usually takes about 2 to 6 weeks to start seeing a steady return to normal blood cell counts" | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah "engraftment". Walau bagaimanapun, pihak DBP akan maklumkan kepada tuan jika ada istilah sesuai yang dikenal pasti. | Istilah | 14.05.2019 |
Salam sejahtera, Adakah "Latched" sesuai diterjemahkan kepada "Selak" atau "Terselak"? Frasa ini digunakan dalam bidang kejuruteraan. Contoh ayat: Make certain the steering column is latched and won't move. Sekiranya tuan/puan mempunyai cadangan yang lebih baik, sila nyatakan. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan “latched” dalam contoh ayat diberikan ialah “diselak”. | Istilah | 26.10.2018 |
Assalamualaikum, tuan. Saya Norol Farhana Mohd Fuzi dari Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Putra Malaysia. Kolej kami akan mengadakan satu program Make It Right Campaign 3 (MIRC 3). Program ini sebenarnya berbentuk ilmiah, di mana aktiviti-aktivitinya berkonsepkan syariat Islam serta nilai-nilai murni, dan tidak terhad untuk mahasiswa Islam bahkan bukan Islam. Program ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula 1 Mac hingga 30 April 2013. Jadi, pihak kami ingin memohon penajaan daripada pihak tuan untuk memberi sumbangan terhadap program ini.Jadi bagaimana kami ingin memohon sumbangan dari pihak tuan? Sekian, terima kasih. | Sila kemukakan surat permohonan tajaan kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 25.01.2013 |
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Saya Noraziela ingin bertanya tentang perterjemahan ayat dari bahasa inggeris ke bahasa melayu. berikut adalah ayat yang ingin diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. 1. Walk Of Life 2. Make Road Safe Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak kami akan membuat kempen berkenaan.Justeru itu pihak kami ingin menterjemahkan nama kempen berkenaan ke dalam bahasa melayu sempena seruan kerajaan untuk mengutamakan penggunaan bahasa melayu. Saya memohon jasa baik dari pihak tuan untuk memberi cadangan yang sesuai untuk perterjemahan nama kempen berikut ke dalam bahasa melayu. Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya harapkan. Sekian Terima Kasih. | Cadangan terjemahan kami bagi "Walk of Life" ialah "Perjalanan Selamat" dan "Make Road Safe" ialah " Jadikan Jalan Raya Selamat untuk Anda". Walau bagaimanapun, terjemahan ini bergantung pada konteks. | Istilah | 02.11.2011 |