Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.lu.man]/[ma/.lu.man] | معلومن

Definisi : apa-apa yg dimaklumkan, pem­beritahuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.lu.man]/[ma/.lu.man] | معلومن

Definisi : 1 apa-apa yg dimaklumi; pengetahuan. 2 apa-apa yg dimaklumkan; pernyataan: Menurut ~ polis, perompak bank itu telah ditangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Saya ingin menyemak penggunaan perkataan 'untuk', 'buat' dan 'adalah' di permulaan ayat. contoh: Untuk makluman tuan, ....... Adalah dimaklumkan bahawa... Buat makluman tuan,....... terima kasihSalam sejahtera,

Frasa yang betul ialah: Untuk makluman tuan, ...

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.05.2019
Untuk makluman, Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) atau dalam Bahasa Inggerisnya Maritime Training Institute (MATRAIN) adalah sebuah insitut latihan di bawah Jabatan Laut Malaysia (JLM). Dalam hal ini, JLM berhasrat untuk menggunapakai nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) memandangkan institut ini telah dikenali di peringkat antarabangsa sebagai ASEAN Regional Training Centre. Sebagai tambahan penggunaan nama MATRAIN adalah lebih menarik (catchy) dan ianya sebagai salah satu usaha untuk menjenamakan semula institut ini. Sejajar di atas, kerjasama dan bantuan tuan adalah dipohon untuk memberi pengesahan berhubung perkara ini sama ada penggunaan nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) boleh digunapakai atau sebaliknya. Perhatian dan maklum balas segera tuan berhubung perkara ini amat dihargai.Kami cadangkan kekalkan nama yang telah mantap Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) dan untuk tujuan antarabangsa boleh menggunakan dalam bahasa Inggeris Maritime Training Instute (MATRAIN)Lain-lain08.07.2019
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123).Salam tuan budiman,

manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi:  Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my

 

 
Lain-lain03.12.2019
Salam, mohon bantuan terjemahan bahasa Melayu istilah 'routinization'. Untuk makluman saya akan gunakan perkataan ini dalam kajian di bidang IT. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah 'routinization' dalam bidang Teknologi Maklumat. Walau bagaimanapun, cadangan padanan istilah bahasa Melayu yang ada dalam data kami ialah perutinan dalam bidang pendidikan dan ekonomi.Istilah15.10.2019
Salam Apakah ada perkataan props dalam bahasa Melayu? Untuk makluman perkataan ini digunakan dalam buku teater dan seni persembahan. Apakah ejaan yang betul, prop atau props? terima kasihUntuk makluman,  dalam bidang Komunikasi, istilah props dalam bahasa Melayu ialah alatan yang bermaksud kelengkapan atau bahan mudah alih yang digunakan dalam sesebuah set filem atau televisyen.Istilah01.07.2019
Tuan/Puan, saya ingin menterjemahkan fail yang saya lampirkan. Untuk makluman Tuan/Puan, dokumen ini adalah Abstrak untuk tesis PhD saya. Di atas jasa baik Tuan/Puan, saya ucapkan terima kasih.Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan perkhidmatan menterjemah dokumen.Lain-lain03.05.2017
Tuan /Puan, Untuk makluman pihak tuan/puan,KWSP dalam proses untuk menggunapakai Piawaian Perakaunan Baru MFRS 9. Mohon komen / maklumbalas ke atas istilah-istilah (yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu) yang akan digunakan oleh KWSP bagi Pendedahan ke atas Penyata Kewangan KWSP bermula tahun 2018 seperti di Lampiran yang disertakanUntuk makluman tuan, kebanyakan istilah/terjemahan yang dilampirkan tiada dalam kamus, istilah atau sumber rujukan kami yang lain. Kami perlu merujuk pihak yang lebih arif dan berwibawa untuk mendapatkan maklumat berkenaan.Lain-lain21.11.2017
Salam Sejahtera, Tuan, PENGGUNAAN BAHASA & ISTILAH YANG TIDAK SESUAI Untuk makluman, MAMPU melaksanakan satu program pemantauan yang dinamakan program Mystery Shopping. Walau bagaimanapun, MAMPU telah menerima saranan istilah yang lebih sesuai digunakan menggantikan Mystery Shopping seperti berikut: a) MYSTERY SHOPPING bermaksud MEMBELI BELAH secara RAHSIA @ RAHSIA MEMBELI BELAH. b) MYSTERY SHOPPER adalah istilah yang betul dan digunapakai terutamanya di dalam industri fast food & retail. Untuk makluman, pada pandangan BPP2, istilah Mystery Shopper yang dicadangkan adalah merujuk kepada Pegawai-Pegawai pelaksana program sedangkan Mystery Shopping MAMPU merujuk kepada program. Sehubungan itu, mohon pandangan tuan berkenaan perkara ini dan mohon cadangkan sekiranya ada perkataan Bahasa Melayu yang lebih sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, istilah "mystery shopping" dan "mystery shopper" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pembelian Rahsia/Pembelian Misteri dan Pembeli Rahsia/Pembeli Misteri.Istilah12.05.2016
Salam sejahtera. Boleh saya dapatkan makna istilah yang sesuai untuk perkataan "thinking aloud" dalam bahasa melayu. untuk makluman, perkataan ini merujuk kepada konteks memaklumkan apa yang difikirkan secara verbal apabila melakukan aktiviti tertentu. sekian terima kasih.Harap mendapat pencerahan.

Untuk makluman puan, perkataan thinking aloud merupakan kata umum dan tidak diberikan padanan khusus dalam bahasa Melayu.  Cadangan kami bagi terjemahan perkataan tersebut ialah fikir ujar.

Penyemakan dan penterjemahan28.05.2018
Salam, Pada makluman saudara/saudari, konteks situasi saya sekarang adalah; saya sedang melakukan kerja terjemahan sebagai seorang "intern" di university saya. Secara spesifik, kerja terjemahan ini adalah daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Dokumen tugasan bernama "A Toolkit on the Responsibility to Protect". Jadi di sini, saya cuma ingin mendapat pengesahan ataupun "review" daripada sesebuah institusi ataupun individu yang berkuasa rasmi. Soalan saya adalah, adakah DBP menyediakan khidmat terjemahan yang panjang? Jikalau tiada bolehkah saya sekurang-kurangnya hantar "draft" yang berkemuakan 10 halaman terjemahan saya? Apakah nasihat saudara? Terima kasih. Salam, NazmiUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk mendapatkan perkhidmatan terjemahan tuan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Tatabahasa14.12.2015
12345678910...

Kembali ke atas