Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.lu.mat]/[ma/.lu.mat][me.ma/.lu.mat.kan] | معلومت

Definisi : 1. makluman, pemberitahuan, pengumuman: ~ akan diberikan di dlm risa-lah; 2. keterangan, butir-butir: ~-~ mengenai angkatan perang telah sampai ke Yedo dr Okinawa; 3. pengetahuan: utk ~ ahli-ahli saham syarikat, mesyuarat agung tahunan ditangguhkan; memaklumatkan memberitahukan, memak­lumkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.lu.mat]/[ma/.lu.mat][me.ma/.lu.mat.kan] | معلومت

Definisi : 1 keterangan atau butir-butir mengenai sesuatu: Kita tidak menerima ~ ttg penuntut-penuntut itu. 2 pengetahuan: Utk ~ tuan-tuan, mesyuarat khas akan diadakan besok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon bantuan untuk semakan definisi ini sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa : 1. Literasi Maklumat Literasi Maklumat (LM) adalah satu keupayaan bagi memperkasa individu untuk mengenal pasui, menilal, mengurus, mencipta dan menyebar maklumat yang diperlukan dalam pelbagai medium dan format secara beretika untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. 2. Celik Maklumat - Individu celik maklumat berkeupayaan untuk: 1. Mengenal pasti maklumat untuk keperluan semasa Membina strategi pencarian maklumat secara efektif dan efisien 2. Menilai maklumat yang diperoleh secara kritis untuk mendapat maklumat berkualiti. 3. Mengurus maklumat dalam pelbagai medium dan format secara sistematik 4. Mengguna maklumat secara beretika dengan memahami isu-isu berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut 5. Mencipta ilmu baharu berasaskan maklumat yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat 6. Menyebar dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dengan individu lain serta masyarakat sivik melalui pelbagai medium dan format. Kerjasama dan bantuan tuan/puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih

1. Literasi Maklumat (LM) adalah suatu keupayaan individu untuk mencari maklumat,  mengenal pasti, menilai, mengurus, mencipta dan menyebarkan maklumat yang diperlukan dalam pelbagai medium dan format secara beretika untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. 2. Celik Maklumat - Individu celik maklumat berkeupayaan untuk: 1. Mengenal pasti maklumat untuk keperluan semasa dan membina strategi pencarian maklumat secara efektif dan efisien 2. Keupayaan mengakses dan menilai maklumat yang diperoleh secara kritis untuk mendapatkan maklumat berkualiti. 3. Menguruskan maklumat dalam pelbagai medium dan format secara sistematik 4. Menggunakan maklumat secara beretika dengan memahami isu-isu berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut 5. Mencipta ilmu baharu berasaskan maklumat yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat 6. Menyampaikan dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dengan individu lain serta masyarakat melalui pelbagai medium dan format.  

Tatabahasa23.09.2022
Adakah perkataan 'maklumat' boleh ditulis dalam bentuk kata ganda?Perkataan maklumat boleh ditulis dalam bentuk kata ganda iaitu maklumat-maklumat.Tatabahasa08.04.2022
Pihak kami banyak menggunakan istilah "reten" yang mengambarkan kutipan data (data collection) daripada maklumat - maklumat kesihatan. sebagai contoh kehadiran pesakit di klinik, pesakit yang demam, pesakit yang mempunyai bacaan tekanan darah tinggi lebih 140/90 dan macam - macam lagi. Jadi saya ingin bertanya adakah terdapat istilah ini. dalam bahasa inggeris juga tiada sepanjang carian saya. Istilah ini amat meluas digunakan dalam garispanduan yang Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan. Justeru mohon panduan daripada pihak tuan sama ada istilah ini ada atau ada istilah lain yang wajar digunakan. namun perubahan mungkin sukar kerana istilah ini telah bertunjang didalam komuniti KKM. sekian, terima kasih

Untuk makluman pihak tuan, semakan dalam pangkalan data DBP tidak menemukan perkataan ini. Perkataan reten berkemungkinan terbentuk daripada serapan perkataan bahasa Inggeris retain melalui kaedah penyesuaian ejaan, seperti pola perkataan captain - kapten.

Namun demikian, berdasarkan konteks penggunaan dalam bidang perubatan, konsep yang lebih tepat adalah merujuk kepada perkataan retention.

Walau bagaimanapun, padanan bagi istilah retention dalam bahasa Melayu ialah simpanan; penyimpanan; penahanan; retensi, bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang Perubatan. Pihak kami juga telah mendapatkan maklum balas daripada pakar bidang perubatan.



Lain-lain29.08.2025
Tuan/Puan, apabila kita menggunakan perkataan "berlambak" untuk menyatakan "maklumat yang terlalu banyak" (maklumat yang berlambak), adakah ia membawa maksud negatif - maklumat yang terlalu banyak TETAPI tidak teratur?Berlambak maksudnya tidak tersusun rapi. Berlambak bukanlah bermaksud negatif (tidak elok), sebaliknya merujuk keadaan bahan/perkara tersebut.Tatabahasa01.06.2022
Salam Sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk "contact info"? 1. Maklumat perhubungan 2. Maklumat penghubungan Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk contact info ialah "maklumat perhubungan".Penyemakan dan penterjemahan29.09.2022
apakah padanan yang sesuai bagi menerjemah ayat/perkataan ini kepada bahasa inggeris: 1. Maklumat Wali 2. Maklumat Saksi 3. Perakuan Ta'liq 4. Belanja Hantaran 5. maklumat pasangan 6. tertalaq dia dengan cara talaq Khul' (tebus talaq) untuk makluman ayat ini digunapakai dalam sijil perakuan perkahwinan negeri selangorUntuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
Maklumat yang terhasil daripada analisis kerja digunakan untuk menulis______________ A deskripsi kerja. B aktiviti kerja. C konteks pekerjaan. D alat bantu kerja. Adakah betul penggunaan tanda noktah dalam ayat ini?Penggunaan noktah pada contoh ayat yang diberikan, betul, iaitu diletakkan pada penghujung ayat. 
Tatabahasa16.04.2024
maklumat waktu pulang sekolah SEMPENA cuaca panas. adakah betul penggunaan SEMPENA itu? bolehkan perkataan SEMPENA digunakan bagi peristiwa dukacita? seperti cuaca?

Penggunaan perkataan “sempena” tidak betul kerana bermaksud berkat atau tuah. Perkataan yang betul ialah “bersempena” yang membawa maksud mengambil sempena sesuatu peristiwa. Walau bagaimanapun, perkataan “bersempena” dalam konteks ayat yang diberikan tidak boleh digunakan kerana “cuaca panas” bukan merupakan peristiwa, sebaliknya keadaan.

Ayat yang betul ialah “Makluman waktu pulang sekolah ketika cuaca panas.”
Tatabahasa08.05.2023
Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut di pautan ... atau Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut pada pautan ... di pautan atau pada pautan yang sebetulnya? Mohon berikan penjelasan berkaitan perkara ini juga

Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui pautan xxx

 

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1223, kata sendi nama “melalui” menunjukkan perantara, cara, alat, saluran, aktiviti, proses dan lain-lain untuk melakukan, memperoleh atau mencapai sesuatu. Oleh yang demikian, kata sendi nama “melalui” sesuai digunakan dalam ayat tersebut: “Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui pautan xxx”.

Tatabahasa17.09.2025
Sukar untuk mendapatkan maklumat buku terbitan dilaman sesawang

Salam sejahtera,

MAKLUMAT BUKU TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

 

1.     Pelanggan boleh membeli dan mendapatkan maklumat mengenai produk/buku DBP melalui laman web https://dbpniaga.my//
  Melalui laman web ini pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai produk-produk DBP seperti buku mengikut bidang, buku terbaharu dan buku terkini. Pelanggan juga boleh membeli secara dalam talian melalui laman web ini termasuk melanggan majalah DBP. Laman web ini juga menyediakan maklumat mengenai Kedai-kedai Buku DBP dan Wakil-wakil penjual DBP yg berhampiran dengan tempat pelanggan.

2.     Pelanggan juga boleh menghubungi pihak DBPNiaga melalui no Telefon : 03-41010000/03-41010028 atau melalui aplikasi Whatsapp  019 2141956.

3.     Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat melalui Facebook DBPNiaga di mana akan didapatkan maklumat pameran di lokasi-lokasi tertentu. Pelanggan juga boleh mengunjungi pameran jualan DBP untuk mendapatkan produk DBP.

4.     Promosi juga turut diadakan melalui radio dan akhbar terpilih.

5.     Pelanggan juga boleh menghubungi DBPNiaga melalui alamat e-mel iaitu pp@dbp.gov.my.



Sekian, terima kasih.
Lain-lain22.07.2022
12345678910...

Kembali ke atas