Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maklumbalas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon maklumbalas terjemahan yang sesuai untuk perkataan : 1. Accessibility 2. Tourism Roadshow 3. Travel Mart Terima kasih.Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian.

Manakala, perkataan berikut tiada padanan khusus, dan cadangan kami adalah seperti  yang berikut jika bersesuaian:
 i. Tourism Roadshow = Jerayawara Pelancongan
ii.  Travel Mart = Kedai Barangan Kembara
Penyemakan dan penterjemahan13.04.2015
Mohon maklumbalas pada penterjemahan saya pada ayat berikut: (Advocate for myself as a professional school counselor and articulate the purposes and goals of school counseling) Mendokong sebagai seorang kaunselor sekolah yang profesional dan menyatakan dengan jelas tujuan serta matlamat kaunseling sekolah. Terima Kasih.Advocate for myself as a professional school counselor and articulate the purposes and goals of school counselling. Menyokong saya sebagai seorang kaunselor sekolah yang profesional dan menyatakan dengan jelas tujuan serta matlamat kaunseling sekolah.Tatabahasa15.08.2014
Mohon maklumbalas pihak tuan/puan berhubung penggunaan struktur ayat nama restoran iaitu: 'RESTORAN PUTRAJAYA IKAN BAKAR' Terima kasihStruktur yang betul ialah "RESTORAN IKAN BAKAR PUTRAJAYA".Tatabahasa28.01.2014
Perkataan MAKLUMBALAS perlu dieja rapat atau jauh?Ejaan yang tepat ialah maklum balas.Lain-lain08.07.2010
Merujuk kepada pertanyaan bertarikh 25.4.2017 dan maklumbalas berkaitan telah diterima melalui e-mel pada 27.4.2017 walau bagaimanapun tiada surat yang dilampirkan bersama seperti yang dimaksudkan. Mohon maklumbalas beserta surat yang telah disemak.
Puan,

Mohon jelaskan butiran soalan kerana saya tidak dapat mengesan maklumbalas dan jawapan bertarikh 25.4.2017 daripada Petugas KNB DBP yang sebelumnya.
Penyemakan dan penterjemahan31.05.2017
Assalammualaikum W.B.T Tuan/Puan 1. Ejaan MAKLUMBALAS dieja rapat atau didekatkan CTH: Maklum balas atau Maklumbalas 2. Ejaan Menambahbaik dieja rapat atau didekarkan CTH: Menambahbaik atau Menambah baik Terima KasihEjaan yang betul ialah “maklum balas” dan “menambah baik”.Ejaan23.12.2014
Selamat pagi Tuan. Pada 09/06/15, kami membuat permohonan khidmat pengesahan bahasa bagi Papan Tanda Pusat Tuisyen kami. Malangnya, sehingga hari ini (150615) kami belum menerima sebarang maklumbalas dari pihak tuan. pada masa-masa lalu, kami mendapat maklumbalas pada hari itu juga dan perkhidmatan dbp amat efisen dan mengkagumkan. Kami rasa keliru kenapa tiada maklumbalas dari pihak tuan lagi. Kami amat berharap pihak tuan dapat bangkitkan perkara atau kesalahan, jika ada, dalam papan tanda kami supaya kami boleh betulkannya. Dilampirkan bersama, gambar papan tanda kami. Sekian terima kasih.Permohonan tuan telah diproses dan diluluskan. Sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk mencetak sijil kelulusan.Lain-lain15.06.2015
Pihak kami telah menghantar permohonan Pengesahan Bahasa dan Penggunaan Ayat kepada pihak tuan pada 13/08/2015. Akan tetapi sehingga kini, masih belum ada maklumbalas lagi. Pihak kami ingin menghantar borang permohonan permit iklan sementara MBPJ. Sekarang sudah tertangguh disebabkan pihak tuan masih belum memberi maklumbalas. Harap tuan dapat membantu pihak kami mengenai hal ini. Sekian, terima kasih.Sila hubungi kami ditalian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan untuk kami memproses permohonan tuan dengan kadar yang segera.Lain-lain17.08.2015
Salam.. Mohon semakan bagi penggunaan bahasa yang sesuai untuk berurusan dengan pelanggan melalui emel 1. Perkataan maklum balas Perkataan maklum balas dieja ' maklum balas kepada pelanggan' atau 'maklumbalas kepada pelanggan'? 2. untuk memulakan emel, apakah kata-kata aluan yg sesuai digunakan selain Salam Sejahtera, Selamat Pagi, Salam 1 Malaysia. 3. Bagi permulaan emel, saya biasa memulakan dengan kata -kata aluan diikuti dengan nama pelanggan yang menghantar emel tersebut. Saya ingin memastikan sama ada perlu menggunakan (,) selepas nama pelanggan atau tak perlu. Contoh: Salam Sejahtera. Encik Lee Yong Han, Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan bertarikh 16 Disember 2009. Untuk makluman tuan, ............(isi kandungan emel) 4. Adakah format saya gunakan adalah betul? Contoh: Assalamualaikum Encik Sulaiman atau Assalamualaikum Encik Sulaiman Mohon agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada saya dalam usaha untuk mengikatkan kualiti penggunaan bahasa dalam maklumbalas emel kami kepada pelanggan. Saya juga boleh dihubungi di talian 012-5449990

1. Maklum balas dieja sebagai dua perkataan.

2. Ungkapan yang lazim digunakan untuk memulakan ayat adalah seperti ungkapan yang puan senaraikan (Salam sejahtera, selamat pagi, assalamualaikum, dll).

3. Tidak perlu digunakan tanda koma.

4. Penulisan yang betul: Assalamualaikum Encik Sulaiman.

Tatabahasa16.12.2009
Tuan, merujuk kepada maklumbalas DBP berkenaan dengan penggunaan huruf besar bagi "bahagian pilihan raya persekutuan" dan "ahagian pilihan raya negeri" pada 08.09.2017, jawapan yang diberikan oleh DBP adalah "Bahagian Pilihan raya Persekutuan" dan "Bahagian Pilihan raya Negeri" iaitu perkataan "bahagian", "pilihan", "persekutuan" dan "negeri" adalah dimulakan dengan huruf besar, namun perkataan "raya" dimulakan dengan huruf kecil digunakan sedangkan ia merupakan nama penuh bagi entiti tersebut. Bolehkah DBP memperjelaskan hal ini?Ejaan yang betul ialah Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian Pilihan Raya Negeri. Berkemungkinan berlaku kesilapan ejaan dalam jawapan sebelum ini.Penyemakan dan penterjemahan15.12.2017
12345678910

Kembali ke atas