Peribahasa melayu membawa banyak makna tersirat sebagai medium komunikasi. Adakah peribahasa seperti "seperti kacang lupakan kulit". "gunting dalam selimut", marahkan nyamuk kelambu dibakar" boleh dikatakan membawa suatu konotasi negatif kepada masyarakat melayu? kerana peribahasa terhasil daripada ketajaman pemerhatian orang dahulu kala. | Peribahasa Melayu ialah salah satu medium komunikasi yang tercipta hasil daripada tuturan mulut ke mulut dan kemudian diwarisi kepada satu generasi kepada satu generasi sebagai satu etos bangsa. Etos ialah sistem nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Sifat sesebuah masyarakat diandaikan terbit daripada sistem nilai yang menjadi panduan kepada kehidupan mereka sebagai sebuah masyarakat yang terbentuk atas persetujuan para anggotanya untuk patuh kepada sesuatu pegangan hidup secara bersama. Pegangan hidup itu ialah nilai hidup yang menjadi ukuran kepada apa-apa yang baik dan tidak baik. Oleh itu, ketiga-tiga peribahasa di atas tidak membawa konotasi negatif, tetapi sebaliknya sebagai satu ingatan atau pesanan kepada pendengarnya agar tidak bersifat sedemikian. Secara tidak langsung, peribahasa-peribahasa tersebut ingin mengingatkan kita bahawa bangsa Melayu sangat berpegang kepada nilai-nilai atau etos yang baik demi kerukunan hidup bersama. | Sastera | 19.08.2024 |
Ungkapan " Jika tidak ada keharmonian antara kaum, negara ini akan menjadi satu tempat hantu beranak. Didapati bahawa ada makna tersirat "hantu beranak". adakah 'hantu beranak' tergolong sebagai simpulan bahasa. Jika tidak boleh, apakah jenis bahasa figuratif yang sesuai untuk frasa tersebut. Terima kasih. | Ungkapan "hantu beranak" tidak ada dalam sumber rujukan kami. Berkemungkinan ungkapan tersebut hanya digunakan dalam kelompok tertentu. | Tatabahasa | 14.06.2012 |
TERANGKAN TENTANG KEINDAHAN BAHASA DALAM PERIBAHASA MELAYU? | Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran danpengalaman hidup penyusunnya. Perkara ini memerlukan penelitian dan kajian yang perinci. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkaitan serta kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar. | Lain-lain | 25.03.2009 |
Saya Akmal Saleh sedang belajar bahasa Melayu dasar, di Universiti Fatoni selatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang peribahasa berapakah bahagian peribahasa, terima kasih. | Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran dan pengalaman hidup penyusunnya. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
maksud dari mana kita datang,ke situ juga kita akan kembali | Berdasarkan pemahaman kami, makna ayat tersebut ialah mengenai kehidupan manusia yang datang daripada tanah dan kembali ke tanah. Namun, ayat ini boleh membawa maksud mengikut makna tersirat yang ingin diterangkan. | Makna | 25.08.2009 |
makna isi tersirat dan tersurat dalam teks sastera. | tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: tersirat 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu): Berdasarkan makna di atas, dalam sesebuah karya sastera sama ada puisi, cerpen, novel dan drama terdapat isi tersurat dan isi tersirat. Isi tersurat ialah makna yang secara umum dapat difahami oleh semua orang atau pembaca sesebuah karya sastera. Isi tersirat pula makna lain yang mungkin ingin disampaikan oleh pengarang sesebuah karya sastera. Makna tersirat ini perlu dikaji dan diteliti berdasarkan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Contoh karya yang padat dengan isi tersirat ialah puisi kerana sesebuah puisi yang ditulis oleh seseorang penyair biasanya mempunyai makna lain selain makna yang tersurat. | Lain-lain | 21.10.2009 |
tiada carian makna bagi perkataan 'allegorical', boleh tuan/puan menerbitkan makna perkataan tersebut | Untuk makluman, tidak terdapat huraian untuk istilah "allegorical" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, terdapat huraian untuk istilah "allegory" dalam bidang Kesusasteraan seperti yang berikut: 1. Bentuk metafora yang diluaskan pengertiannya di mana objek, manusia dan gerak laku dalam sesebuah kisah, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi disamakan dengan pengertian lain yang terletak di luar kisah isu sendiri. 2. Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu persatu. | Istilah | 31.08.2016 |
Apakah yang dimaksudkan dengan ditelan zaman( berdasarkan sajak- jasamu tidak mungkin pudar ditelan zaman. | Berdasarkan ayat tersebut, maksud ditelan zaman ialah hilang mengikut peredaran zaman. Maksud sesuatu ayat tersebut hendaklah berdasarkan konsep. Terutama sajak dan puisi yg mempunyai maksud tersirat. | Makna | 24.05.2010 |
Apakah perkataan bahasa malaysia yang sesuai bagi low hanging fruit? | Terdapat padanan bahasa Melayu untuk maksud tersurat dan tersirat bagi frasa “low hanging fruit”. Untuk padanan maksud tersurat, frasa tersebut merujuk pada “buah yang paling mudah dicapai pada pokok”. Untuk padanan maksud tersirat, frasa tersebut bermaksud “melaksanakan perkara yang mudah terlebih dahulu”. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 23.10.2024 |
apakah yang dimaksudkan slogan sebagai mesej yang tersurat dan tersirat? | Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan atau panduan sesuatu pertubuhan, kempen dan sebagainya. Slogan mestilah jelas dan mudah difahami dan lazimnya membawa maksud yang tersurat sahaja. | Makna | 13.01.2011 |