Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maksudnya

Peribahasa

Seperti kotek ayam mandul.

Bermaksud :

Maksudnya saja yang banyak, tetapi suatu pun tak jadi.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan balam,kandis,damar,tengar,mendengut,serapah,serati,selara

Balam maksudnya sejenis burung atau nampak kurang jelas, kandis maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang masam buahnya) dalam famili Guttiferae, damar maksudnya bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok, tengar maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk menyamak jaring, kulit binatang, dan lain-lain), mendengut maksudnya berbunyi dengut (seperti bunyi burung puyuh, atau gong yang dipalu), serapah maksudnya kutuk atau sumpah, serati maksudnya gembala gajah, selara maksudnya bulu halus (seperti miang) pada tumbuh-tumbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan.

Makna01.11.2009
Maksudnya frasa membantah keras keputusan yang dibuat dan frasa keras membantah keputusan yang dibuat kedua-duanya betul kerana keras ialah kata adverba yang boleh hadir di depan dan di belakang kata kerja?Betul, untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289.Tatabahasa28.05.2014
wancana apakah maksudnya atau wacana apakah maksudnya

Saudara,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, wacana bermaksud 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak;

Makna29.08.2009
Apa maksudnya "timbal balik" dan "transparensi ilmu" dalam pembentuk istilah?Dalam Pedoman Pembentukan Istilah Bahasa Melayu terbitan DBP, tidak terdapat istilah "timbal balik" dan "transparensi ilmu". Sila rujuk pedoman tersebut atau hubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi DBP mendapatkan maklumat lanjut.Istilah02.01.2017
Cikgu, maksudnya segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan termasuk semua awalan meN-, ber- dan di- perlulah dijarakkan perkataan atau dipisahkan perkataannya. Seperti: mengulang kaji dan bersatu padu? Dan segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan termasuk semua apitan seperti ke-...-an, peN-...-an, pe-...-an, meN-...kan, meN-...-i, TIDAK PERLU dijarakkan atau dipisahkan perkataannya seperti pengemaskinian (peN-...-an), pengulangkajian (peN...an), menguatkuasakan (meN-...-an), dikuatkuasakan (di-...-kan), mengurusniagakan (meN-...-kan) dan menyatupadukan (meN-...-kan)? Ada contoh kata kerja majmuk yang diimbuhkan "ke-...-an" yang tidak perlu dijarakkan atau dipisahkan perkataannya tak? Natijahnya, kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan perlu dieja terpisah, manakala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan perlu dieja bercantum?Kata majmuk yang menerima awalan (seperti di-, ber-) atau akhiran (seperti -nya, -kan) dieja sebagai dua perkataan, seperti berterima kasih dan urus setianya. Walau bagaimanapun kata majmuk yang menerima apitan (seperti peN-...an, ke-...-an, meN-...-kan) dieja sebagai satu perkataan, seperti pengemaskinian, keluarbiasaan dan mengurussetiakan.Tatabahasa07.05.2014
apakah maksudnya 'pecah amanah'?kenapa ia terjadi kepada sesuatu individu?kenapa pecah amanah ini terjadi?apakah kesan pecah amanah kepada negara?soalan ini ditanya bagi pihak adik saya yang menuntut di poloteknik merlimau.terima kasih atas pertolongan dari pihak tuan.saya amat merhargainya.Maksud pecah amanah ialah kegagalan seseorang individu memenuhi tanggungjawab menjaga, mengendalikan dan mengawal amanah yang diserahkan kepadanya. Sila rujuk Istilah Niaga dan Undang-undang untuk keterangan lanjut. Soalan lain tidak berkaitan dengan KNB. Terima kasih.Makna24.08.2007
Apa maksudnya - Terima Kasih Daun Keladi? Adakah ia satu peribahasa? Mengapa daun keladi? Terima kasih!Ia bukan peribahasa, cuma sebagai pembayang bagi maksud tertentu seperti pantun dsbgnya dan menggunakannya untuk menyamakan dari segi rima akhir atau bunyinya sahaja.Makna01.03.2007
Tuan, apakah maksudnya seperti hujan jatuh ke pasir,Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, hujan jatuh ke pasir bermaksud berbuat baik bukan pada tempatnya.Tatabahasa21.08.2013
' Ifthor' apakah maksudnya dalam bahasa Melayu yang mudah. Tk.Ifthor ialah perkataan Arab dan dalam bahasa Melayu dieja iftar, iaitu berbuka puasa.Makna12.02.2012
kesusilaan - apa maksudnya? apa beza dengan kesopanan?

Kesusilaan ialah adat istiadat yg baik, keadaban, kesopanan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna21.05.2009
12345678910...

Kembali ke atas