| Apakah maksud "berakap"? Saya sedang melakukan kajian manuskrip lama dan terjumpa dalam syair Hamzah Fansuri: "Itulah tempat senentiasa takut // Sebab berakapkan da'im akan perisai malakut". Saya membuat carian web lebih lanjut dan jumpa penggunaannya dalam sebuah pantun: "Sirih kuning sirih berakap" dan juga pantun dalam DBP: "Kelakap terakan-akap". Perkataan "berakap" pada hemat saya merupakan perkataan Melayu Riau. Terima kasih. | Soalan tuan memerlukan rujukan khusus dan penjelasan yang lebih terperinci. Pihak kami telah mengemukakan soalan ini kepada bahagian yang berkaitan. Sebarang maklum balas lanjut akan dimaklumkan kepada pihak tuan melalui e-mel. | Penyelidikan | 25.01.2022 |
| apakah itu nasi malukut?? benarkah ianya wujud dan menjadi makanan tradisi di sesuatu tempat?? | Nasi malukut tiada dalam sumber rujukan DBP yang ada hanya hanyalah malakut (bermaksud alam atau tempat malaikat dan roh/kerajaan) dan melukut (bermaksud pecahan beras yg halus-halus) | Makna | 01.11.2007 |