Habis barang-barang di pasar raya itu musnah dalam kecurian malam tadi. Apakah kesalahan yg terdapat dlm ayat ini ?? | Ayat yang betul ialah "Barang-barang di pasar raya itu habis dicuri pada malam tadi." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Saya amat keliru dengan beberapa nama bazar atau pasar larut malam yang menggunakan nama seperti Damansara Uptown (di pinggir bandar raya Kuala Lumpur), Kota Bharu Uptown (di pusat bandar raya Kota Bharu), dan Downtown Kubang Kerian (juga di Kota Bharu). Sebenarnya apakah istilah yang paling tepat untuk bazar atau pasar larut malam? "Uptown" atau "downtown"? | Mengikut data DBP, istilah “uptown” dalam bidang geografi merujuk pada “pinggir bandar”. Manakala “downtown” merujuk pada “pusat bandar raya” dalam istilah sains politik dan geografi, dan “pusat bandar” untuk istilah pelancongan. Daripada pemerian ini, penggunaan dalam masyarakat menggunakan “Uptown” untuk bazar yang terletak di pinggir bandar, manakala sekiranya bazar di kawasan pusat bandar akan dinamai “Downtown”. Namun demikian, istilah “uptown” dan “downtown” untuk merujuk bazar larut malam belum dimasukkan sebagai entri Kamus. | Istilah | 19.03.2014 |
Hai, selamat malam....Dari mana kita boleh mendapat info terkini tentang perubahan bahasa?Terima kasih.... | Sejak buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu diterbitkan pada tahun 1993, perubahan dari segi bahasa /tatabahasa adalah pada penulisan atau pengejaan kata majmuk, iaitu daripada satu perkataan kepada dua perkataan. Contohnya : pasar raya, bandar raya, urus setia, rumah tangga, alat tulis dsb. Selainnya bukanlah perubahan tetapi pemantapan dalam hukum tatabahasa tersebut. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ialah buku rujukan yang mutakhir. | Lain-lain | 21.02.2010 |
Tuan, Minta beri tunjuk ajar.Adakah ayat berikut betul?jika tidak,tolong betulkan . 1.Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam . 2.Kakak menenun sepasang kebaya untuk dipakai pada hari raya nanti. Terima kasih. | 1.Ayat "Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam" adalah ayat yang betul. Manakala ayat kedua pula perlu ditukar kepada "Kakak menenun kain untuk dibuat sepasang baju kebaya/ Kakak menjahit sepasang baju kebaya untuk dipakai pada hari raya nanti. | Tatabahasa | 20.02.2018 |
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK | 1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi". 2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat) d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. - betul. 3. Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya. | Tatabahasa | 23.07.2009 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata penguat. Adakah betul kata penguat boleh hadir bersama di hadapan dan dibelakang kata adjektif. Terdapat kekeliruan di dalam beberapa buah buku. KB KP KA KA KP 1 sudah - kurus - - 2 - amat dalam - - 3 masih agak kecil - - 4 - - panjang - 5 sangat 6 sudah - tua - 7 betul 8 - amat besar - 9 sekali 10 - - kaya raya - 11 masih - tinggi lampai - Antara contoh di atas, yang manakah yang salah. Terima kasih. | Kata pebguat merupakan bentuk kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif untuk menguatkan makna adjektif itu. Contohnya : "sungguh" dalam Pahlawan itu sungguh berani, "amat" dalam Suaranya amat merdu, benar dalam Malam ini gelap benar. Bagi membantu saudara menyelesaikan permasalahan ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. Penerangan terperinci mengenai bahan yang diperlukan terdapat dalam buku ini. | Tatabahasa | 26.07.2007 |