| Beza antara istilah Isnin malam dan Isnin malam . kerap kali keliru.sila bantu.terima kasih. | Kalau mengikut soalan saudari, tiada beza antara kedua-duanya. Tetapi kalau saudari bermaksud beza antara Malam Isnin dan Isnin Malam, Malam Isnin bermaksud: Siangnya Ahad, malamnya Isnin. Seperti ungkapan 'malam Jumaat', maksudnya pada malam hari Khamis. Manakala ungkapan Isnin malam pula, penutur ingin menegaskan 'malam' pada hari tersebut. | Makna | 30.03.2009 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengajukan persoalan berhubung penggunaan perkataan "Malam". Sebagai contoh: Malam Rabu atau Rabu malam - Yang manakah penggunaan lebih tepat bagi aspek bahasa penulisan dan pertuturan? Mohon pencerahan. Terima kasih. emel: shafiq@jsm.gov.my | Soalan: "Malam Rabu" atau "Rabu malam" Waalaikumsalam. Kedua-dua perkataan "malam Rabu" dan "Rabu malam" boleh digunakan dalam penulisan dan pertuturan bahasa Melayu. Yang membezakan kedua-dua perkataan tersebut adalah maknanya. "Malam Rabu" bermaksud "siangnya hari Selasa, malamnya Rabu" (seperti ungkapan "malam Jumaat" bermaksud "pada malam hari Khamis"). Manakala "Rabu malam" pula bermaksud penutur ingin menegaskan "malam" pada hari tersebut. Terima kasih. | Istilah | 04.06.2014 |