Salam sejahtera tuan, berikut ialah pertanyaan saya. 1. Semua rakyat Malaysia / Rakyat Malaysia? Oleh sebab rakyat ialah jamak, adakah rakyat Malaysia lebih tepat? 2. Baju-baju yang dibelinya itu mahal-mahal belaka. Adakah ayat ini betul? 3. Bas yang dinaiki Manad itu ______ ke dalam gaung. Adakah terjunam/ tersungkur/ terbabas susuai untuk tempat kosong ini? Terima kasih. | 1. Rakyat Malaysia... 2. Baju yang dibelinya itu mahal-mahal belaka. 3. Jawapan yang tepat ialah terjunam. | Tatabahasa | 21.07.2021 |
Atlet Malaysia gemilang di puncak dunia.... atau Atlet Malaysia gemilang pada puncak dunia Atlet Malaysia gemilang di mata dunia.... atau Atlet Malaysia gemilang di mata dunia Manakah yang betul? di atau pada? | Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, jawapan yang betul ialah atlet Malaysia gemilang di mata dunia. | Tatabahasa | 21.01.2021 |
semenanjung Malaysia atau Semenanjung Malaysia | Ejaan yang betul ialah Semenanjung Malaysia. | Ejaan | 01.04.2021 |
Pantai timur semenanjung Malaysia / Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Yang manakah ejaan yang tepat? | Ejaan yang tepat ialah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. | Ejaan | 07.04.2022 |
Saya ingin memohon pandangan tentang betul atau salah penggunaan struktur bahasa melayu dan maksud "Maritim Malaysia" bagi meringkaskan nama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. 1. Adakah betul penggunaan ringkasan ini? kerana maksud maritim malaysia di dalam kamus adalah berbeza dengan tujuan APMM gunakan nama itu dan tidak melambangkan identiti sebuah agensi penguat kuasa. 2. Adakah penggunaan "maritim malaysia" ini sesuai digunakan terhadap sebuah agensi penguat kuasa yang bertaraf antarabangsa? 3. Adakah penggunaan ini memenuhi maksud struktur bahasa melayu bagi menyampaikan maksud oleh APMM? sebagai contoh ayat yang digunakan "Maritim Malaysia adalah merupakan sebuah agensi penguat kuasa maritim yang melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di kawasan Maritim Malaysia seluas 64,000 km persegi". | Pengejaan nama khas dalam bentuk singkatan boleh dibuat dalam dua kaedah, iaitu singkatan seperti yang sedia ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia diringkaskan menjadi APMM dan keduanya akronim, bentuk gabungan kependekan yang boleh disebut sebagai perkataan seperti Mara untuk Majlis Amanah Rakyat. Oleh itu, kami berpandangan penggunaan singkatan APMM mencakupi maksud perkataan yang terkandung di dalamnya dan sebarang perubahan nama seperti Maritim Malaysia melibatkan banyak aspek lain khususnya pentadbiran serta perundangan. Dari aspek bahasa, Maritim Malaysia bukan singkatan atau akronim. | Lain-lain | 16.07.2025 |
Contoh ayat : Atlet Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia. Soalan : Bagaimanakah cara penulisan untuk 'satu juta Ringgit Malaysia'? a. 1 juta ringgit b. 1 Juta Ringgit c. satu juta ringgit d. Satu Juta ringgit c. Ringgit Malaysia satu juta d. Ringgit Malaysia Satu Juta e. RM 1 Juta f. RM 1 juta g. RM 1000,000 mengapa? | Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian. Contoh: 1. RM1 juta 2. RM1 000 000.00 | Ejaan | 11.03.2020 |
Selamat petang. Apakah ketiga-tiga judul buku di bawah membawa maksud yang sama atau berbeza maknanya? 1. Sejarah Silam Pertukaran Budaya Antara Malaysia dan China 2. Sejarah Pertukaran Budaya Antara Malaysia dan China Purba 3. Sejarah Pertukaran Budaya Antara Malaysia dan China pada Zaman Silam Adakah ketiga-tiga judul ini mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa? Bolehkah Malaysia dan China ditulis sebagai Malaysia-China dalam konteks ini? Terima kasih. | 1. Sejarah Silam Pertukaran Budaya Antara antara Malaysia dan dengan China– Tajuk ini lewah kerana perkataan “silam” juga membawa maksud perkara yang telah berlalu atau cerita dahulu. 2. Sejarah Pertukaran Budaya Antara antara Malaysia dan dengan China Purba – Tajuk ini tidak sesuai Negara Malaysia tidak wujud sezaman dengan China Purba. 3. Sejarah Pertukaran Budaya Antara antara Malaysia dan dengan China pada Zaman Silam - tajuk ini lewah kerana perkataan "silam" juga membawa maksud perkara yang telah berlalu atau cerita dahulu. Kami mencadangkan tajuk “Sejarah Pertukaran Budaya antara Malaysia dengan China” – secara logiknya pembahagian bab dalam buku akan bermula dengan sejarah awal interaksi kawasan sebelum wujudnya negara Malaysia dengan Tamadun Cina. Contohnya ketika Pemerintahan Kerajaan Melaka dengan Dinasti Tamadun Cina. | Tatabahasa | 25.02.2023 |
adakah "Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)" di eja seperti ini atau cukup sekadar "Rancangan Malaysia Ke-12" | Frasa "Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)" dan "Rancangan Malaysia Ke-12" adalah betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 15.03.2023 |
MALAYSIA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA EKAMUS.DBP.GOV.MY - RINGKASAN CADANGAN PERKATAAN BARU / SARAN KATA 9 APRIL 2014 - 6 OGOS 2018 (Pencadang : Kang Chuen Tat; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com) Mesej : Sila rujuk Lampiran Fail 180813USAMALAYSIANEWWORDS.txt. Sekian, terima kasih. | Perbincangan lanjut berkaitan Cadangan Perkataan Baharu/Saran Kata boleh disalurkan kepada Puan Salmah Jabar, Ketua Bahagian Perkamusan DBP melalui e-mel salmah@dbp.gov.my atau melalui talian 03-2147 9175. | Penyelidikan | 13.08.2018 |
Minta pencerahan: 1. Adakah penggunaan "bertujuan untuk" lewah? 2. (a) Malaysia sebuah negara yang berdaulat. (b) Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat. (c) Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat. Adakah semua ayat a, b dan c betul? Hanya berbeza dari segi (a) perlu berhenti seketika sebelum melafazkan "sebuah"? 3. Burung itu hinggap [ di atau pada ] dahan pokok. Banyak jawapan untuk pertanyaan Khidmat Nasihat tidak selaras. Minta kaji semula dan kemas kinikan jika boleh. Terima kasih. | 1. Frasa "bertujuan untuk" dianggap lewah kerana "bertujuan" ialah kata kerja tak transitif berpelengkap dan tidak perlu diikuti oleh kata sendi nama "untuk". Contohnya: Taklimat ini bertujuan memaklumkan peserta tentang objektif yang hendak dicapai. 2. (a) Malaysia sebuah negara yang berdaulat. (b) Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat. (c) Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat. Adakah semua ayat a, b dan c betul? Ketiga-tiga ayat ini betul. 3. Ayat yang betul ialah "Burung itu hinggap pada dahan pokok". Maklumat dalam Khidmat Nasihat Bahasa akan dikemas kini dari semasa ke semasa. | Tatabahasa | 04.09.2024 |