Halim Mamat JUM 12.47 PTG Assalam tuan/puan. Saya ingin beri cadangan agar DBP buat pertandingan untuk rakyat Malaysia buat simpulan bahasa baru.. yang paling banyak di like (ataupun ada cara lain) akan diwartakan sebagai simpulan bahasa rasmi Malaysia..pilih la 5 simpulan bahasa terbaik ke.. dan bagi hadiah..ini akan meningkatkan juga imej DBP selain dapat tambahan likers2 baru page DBP | Wassalam. Terima kasih atas cadangan daripada pihak tuan. Kami akan mempertimbangkan cadangan tersebut dan memajukan perkara ini kepada pihak yang berkenaan. Sekian. | Lain-lain | 16.06.2017 |
Pak Mamat dan kawannya berusaha______ bangkai lembu yang telah dilanggar di tengah jalan tersebut. A menarik B menghela C mengheret D menyorong ( tuan, apakah jawapan yang paling sesuai?) tq | Ayat ini perlu disertai dengan visual ceritanya kerana menarik bermaksud menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri; mengheret bermaksud menarik (dengan paksa), menghela (dengan kuat), atau menyeret menarik sesuatu (dengan bergeser di tanah) dan menyorong bermaksud menolak ke hadapan. Tanpa berpandukan kepada visual, pada pendapat kami jawapan ayat tersebut ialah mengheret atau menyorong. | Tatabahasa | 20.07.2011 |
Salam sejahtera DBP Saya ingin yang mana satu daripada ayat-ayat di bawah ini yang tepat. (a) Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap-sedap belaka. (b) Makanan yang dijual di Restoran Mamat sedap belaka. Terima kasih. | Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap-sedap belaka. (Ayat ini betul.) Penerangan: Pengandaan kata dilakukan untuk menghasilkan makna-makna tersendiri, antaranya ialah kejamakan subjek kata sifat berkenaan, contohnya: besar-besar (Durian di dusunnya besar-besar belaka), sedap-sedap (Makanan di restoran Mamat sedap-sedap belaka), kaya-kaya (Penduduk Taman Harta ini kaya-kaya belaka). (Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kata Adjektif Ganda, hlm. 239 dan Nahu Melayu Mutakhir, Gandaan Asal, hlm. 274 – 278.Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap belaka. (Ayat ini betul.) Penerangan: Perkataan Makanan bermaksud jamak, belaka bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali; oleh itu tidak perlu menggandakan perkataan sedap. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
Yang mana yang tepat: a) Mamat tersentak mendengar berita itu, "Apa maksud awak?" b) Mamat tersentak mendengan berita itu. "Apa maksud awak?" | Dua-dua boleh digunakan, walau bagaimanapun yang lebih persis ialah (a) | Tatabahasa | 24.11.2011 |
----- berada di luar negara Mamat tidak pernah lupa akan ibunya di Malaysia A selama B meskipun | Ayat yang betul ialah "Selama berada di luar negara Mamat tidak pernah lupa akan ibunya di Malaysia". | Tatabahasa | 18.07.2015 |
Betulkah tanda baca bagi ayat berikut: a) "Betul sangkaan saya," kata Mamat sambil menggeleng, "dia tidak jujur." | Yang betul ialah "Betul sangkaan saya," kata Mamat sambil menggeleng, "Dia tidak jujur." | Tatabahasa | 24.11.2011 |
Kependekan: tidak = tak, untuk = tuk, engkau = kau, nenek = nek. Bolehkah datuk (orang tua, bukan Datuk gelaran kebesaran) dipendekkan menjadi tuk? Jikalau boleh ayat ini betul: Dia cucu Datuk Mamat = Dia cucu Tuk Mat? | Datuk boleh dipendekkan menjadi tok, menjadi Tok Mamat atau Tok Mat. | Tatabahasa | 04.09.2011 |
Perihal dialog. "Jangan kau datang lagi ke rumah aku ini!" Tengking Pak Mamat. Adakah perkataan seperti 'tengking' itu harus dimulakan dengan huruf besar setiap kali sesuatu ayat diakhiri dengan tanda seru dalam dialog? | Salam sejahtera, Tuan, Penggunaan abjad selepas tanda seru ialah huruf kecil. Berdasarkan contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah "Jangan kau datang lagi ke rumah aku ini!" tengking Pak Mamat. Huruf "T" untuk "tengking" perlu huruf kecil kerana tanda seru pada ayat bukan tanda penutup ayat. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 12.10.2017 |
1."____ menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. Perkataan yang paling sesuai untuk tempat kosong ialah 'baginda' atau 'tuanku''? 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. Adakah penggunaan perkataan 'menuruti' di ayat di atas sesuai? 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. Adakah ayat di atas betul? Terima kasih! | 1."Baginda menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. - Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan. 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. - Perkataan menuruti itu boleh digunakan, sila rujuk makna keempat menuruti dalam Kamus Dewan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai contoh (teladan), contoh ayat: jangan dituruti, kerana ia orang yang tidak tahu bahasa; 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. - mengurus sama maknanya dengan menguruskan, iaitu menyelenggarakan supaya berjalan dan sebagainya dengan baik (perniagaan dan perdagangan) | Tatabahasa | 13.04.2010 |
Adakah lagu "Pak Mamat Ada Kebun" termasuk dalam kategori 'Public Domain? Siapa pemilik asal lirik lagu tersebut. | Salam sejahtera, Untuk makluman tuan, DBP bukan pemilik hak cipta lirik lagu berkenaan dan DBP tidak mempunyai maklumat tentang pemilik hak cipta lirik lagu tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.06.2020 |