Bolehkah perkataan "mampan" digunakan selain dari ekonomi dan pembangunan, sebagai cth kemahiran yg mampan, pengetahuan yg mampan, pendidikan yg mampan, prestasi yg mampan, persaingan yg mampan | Mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb). Mampan juga boleh dikaitkan dgn pengetahuan, pendidikan tetapi tidak dgn perkataan prestasi dan persaingan. | Tatabahasa | 17.08.2007 |
mampan, | Mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian dan atau prestasi yang baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb). | Makna | 26.01.2007 |
1. pembangunan mapan atau pembangunan mampan ? 2. penulis mapan atau penulis mampan ? 3. ekonomi mapan atau ekonomi mampan ? | Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Oleh itu: 1. pembangunan mampan, 2. penulis mapan, 3. ekonomi mampan. | Makna | 05.09.2010 |
saya disini ingin bertanyakan siapakah penyelidik/pengarang bagi perkataan mampan? judul/keluaran/terbitan siapa dan berapa? sumber siapa yang boleh dikaitkan dengan perkataan mampan? | Kata mampan mula dimasukkan dalam entri Kamus Dewan, Edisi Keempat yang diterbitkan pada tahun 2005. Walau bagaimanapun tidak ada etimologi kata mampan dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 06.03.2011 |
apakah beza antara mampan dan lestari? diterjemahkan sustainable leadership kepada bahasa malaysia kepimpinanan mampan atau kepiminnan lestari? | mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah,kekal, tetap. Oleh itu kepimpinan mampan lebih sesuai. | Makna | 14.02.2008 |
1.'SUSTAINABLE TRANSPORTATION' ATAU PENGANGKUTAN MAMPAN APA KAH MAKNANYA DALAM ISTILAH BM. 2.MAPAN ATAU MAMPAN MINTA PERJELASAN PERBEZAAN | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb).Oleh itu, pengangkutan mampan ialah sistem pengangkutan yang mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. | Makna | 19.12.2010 |
apakah maksud mampan | Maksud mampan ialah mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb). | Makna | 27.08.2007 |
SALAM/SEJAHTERA, Saya cuma nak bertanya makna MAMPAN. | Perkataan mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 23.04.2009 |
APAKAH PERBEZAAN MAKSUD ANTARA PERKATAAN MAMPAN DAN MAPAN? YANG MANA SATU DIGUNAKAN UNTUK KONTEKS PEMBANGUNAN (SUSTAINABLE DEVELOPMENT)? PEMBANGUNAN MAMPAN? ATAU PEMBANGUNAN MAPAN? | Mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan dan bahasa Inggerisnya ialah sustainable, manakala mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah atau sudah kukuh atau teguh (bahasa Inggerisnya established). Oleh itu sustainable development ialah pembangunan mampan. | Makna | 08.10.2009 |
Pohon sahkan mana perkataan yang betul untuk digunakan; mapan atau mampan | Kata mapan dan mampan, kedua-duanya betul. Mapan bermaksud mantap dan padanan dalam bahasa Inggeris ialah establish, manakala mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dan padanan dalam bahasa Inggeris ialah sustainable. | Istilah | 09.09.2011 |