Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Dari mana tidaklah ke mana,
     Dari rumput berdaun padi;
Bulan mana tahun pun mana,
     Dendamlah luput di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kalau asal benih yang baik,
     jatuh ke laut menjadi pulau.

Bermaksud :

Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, mana satu yang betul? 1 macam manapun atau macam mana pun 2 mana-manapun atau mana-mana pun 3 dia bukan cantik manapun atau dia bukan cantik mana pun. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah macam mana pun, mana-mana pun dan dia bukan cantik mana pun.Tatabahasa08.05.2012
Apakah maksud bagi peribahasa dan perkataan di bawah kerana saya tidak dapat dicari di mana-mana pun ? a rantai besi dimakan bubuk b lalang ditiup angin c terengsot-engsot d baik mengikut resmi padi daripada mengikut remi lalang terima kasih.

Puan,

Maksud peribahasa dan perkataan yang dikemukakan ialah i. cerita tak masuk akal ii. terhuyung -hayang iii. bergerak sedikit-sedikit tanpa mengangkat punggung iv. makin berisi makin tunduk

Lain-lain14.12.2010
Salam pihak DBP. Terima kasih kerana telah menjawab pertanyaan saya dengan amat padat sekali. Saya ada satu lagi pertanyaan. Adakah pihak DBP ataupun pihak mana-mana pun yang mengeluarkan kertas kajian tentang sejarah dan perkhidmatan DBP selama ini? Jikalau ada, di mana boleh saya mencari/ akses kertas-kertas itu? Sekian, terima kasih.Kertas kerja seminar, hasil kajian, maklumat sejarah penubuhan DBP dan pelbagai maklumat lain disimpan di Pusat Dokumentasi Melayu, (PDM) DBP. Penyelidik yang berhasrat hendak menggunakan data tersebut perlu mengunjungi PDM kerana buat masa ini belum ada kemudahan penyelidikan perpustakaan secara dalam talian. Jika hanya berhasrat melihat data korpus, penyelidik boleh melihat data secara dalam talian. Lain-lain06.10.2015
Salam. No matter "where" you are, I will always find you. Walau "di mana" awak berada, saya akan sentiasa mencari awak. Mengikut hukum tatabahasa, "kata tanya" tidak boleh digunakan dalam "ayat penyata." Jadi apakah terjemahan yang tepat untuk ayat bahasa Inggeris tersebut? Terima kasih. Salam.Untuk makluman tuan/puan, kata tanya yang hendak digunakan dalam ayat penyata perlu digandakan. Contohnya “di mana-mana” atau “di mana-mana pun“. (Walau di mana-mana pun awak berada, saya akan sentiasa mencari awak.)Penyemakan dan penterjemahan16.04.2017
Membaiki pavemen yang berlubang berukuran melebihi 25 mm dalam x 200 mm lebar dari arah mana pun di atas permukaan jalan yang berturap ditampal dengan sempurna. Repair when pothole exceeds 25 mm deep x 200 mm wide in any direction from edge of edge of pavement.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan02.07.2020
walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun atau walau bagai mana pun. yang mana betul diantara berikutEjaan yang betul ialah walau bagaimanapun. Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari.  2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Contohnya: Walau bagaimana marah sekalipun dia tidak pernah menengking anaknya. Sila rujuk buku Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terbitan DBP.Ejaan18.05.2011
Bolehkah saya tahu kenapa ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya mudah kerap digunakan di sesebuah novel?Untuk makluman, ayat tanya atau kata tanya yang digunakan dalam sesebuah novel atau karya sastera kreatif itu bergantung kepada kekreatifan seseorang penulis. Tidak ada sekatan atau kesalahan seandainya  diguna sekerap atau sekurang mana pun, asalkan sesuai pada cerita dan jalan ceritanya.Lain-lain08.09.2015
penggunaan perkataan "pun" contonhya itu pun, lagipun, walaupun, dia pun, ataupun. Penggunaan yang mana betul? harus didekatkan atau dijarakkan ejaan pun itu? Apa bezanya di dekatkan atau di jarakkan? Rujukkan dalam DBP ada yang ejaan didekatkan ada ejaan yang di jarakakan untuk perkataan yang sama.Pun sebagai kata penyerta dieja rapat seperti walaupun, meskipun dan kendatipun. Pun yang bermaksud juga dieja terpisah daripada kata sebelumnya seperti telah pun dan dia punTatabahasa18.01.2012
Kekeliruan penggunaan kata ganti tak tentu, mana-mana - untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu. Contoh soalan, "----------------peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi------------------yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. A. Apa-apa, bila-bila B. Siapa-siapa, mana-mana C. Mana-mana, siapa-siapa D. Berapa-berapa, siapa-siapa

Encik Paul,

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 87):  kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:

apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara.

Oleh itu, berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

Siapa-siapa (Sesiapa) peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi mana-mana yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. 

 

Tatabahasa28.02.2009
Siapakah Raja Ali Haji dan Sumbangannya dalam bidang bahasa Melayu?Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad ialah seorang ulama, sejarawan, pujangga. Untuk keterangan lanjut, sila lawati Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka atau pun mana-mana perpustakaan yang berdekatan. Terima kasih.Lain-lain06.12.2007
12345678

Kembali ke atas