Assalamualaikum tuan. Apakah penggunaan kata yang paling sesuai bagi kilat? Kilat sambar-menyambar atau kilat sabung-menyabung. Sekiranya kedua-dua perkataan boleh digunakan, perkataan manakah yang paling sesuai digunakan? Terima kasih tuan | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud sambar-menyambar ialah menyambar (memanah) berturut-turutan manakala maksud sabung-menyabung ialah berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat, dll). maka kedua-dua perkataan ini boleh digunakan. | Makna | 04.09.2018 |
Saya nak bertanya berkenaan ejaan akronim MARA. Semua huruf besar atau dieja seperti ini : Mara. Hal ini kerana merujuk buku yang saya pelajari yang melibatkan suku kata dieja huruf depannya sahaja huruf besar sekuranya ia kata nama khas. Terima kasih. | Kata nama akronim yang terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan akan membentuk kata nama khas. Oleh itu, ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya: Mara – Majlis Amanah Rakyat Proton – Perusahaan Otomobil Nasional Walau bagaimanapun, kata nama akronim yang dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan yang kebanyakannya terdiri daripada nama khas, dieja dengan huruf besar keseluruhannya, contohnya, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 105 - 106. | Tatabahasa | 04.02.2025 |