Salam. Pilih pernyataan yang betul: 1. Buku manakah yang paling murah? 2. Buku yang manakah paling murah? .."yang manakah" atau "manakah yang" Terima kasih. | Frasa "yang manakah" atau "manakah yang", kedua-duanya boleh digunakan dan tidak menyalahi tatabahasa dalam konteks ayat yang diberikan. | Tatabahasa | 25.07.2019 |
Salam sejahtera? Pohon pencerahan. 1. Manakah bola yang lebih besar? 2. Yang manakah bolah lebih besar? 3. Bola yang manakah lebih besar? Manakah soalan diatas lebih tepat? Terima kasih | Salam sejahtera, Tuan, Soalan yang tepat ialah (1) dan (3). Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 14.12.2017 |
Salam sejahtera. Pohon pencerahan. 1. Haiwan yang manakah lebih banyak? 2. Yang manakah haiwan lebih banyak? Manakah satu bentuk soalan lebih tepat? Terima kasih. | Soalan yang tepat ialah "Haiwan yang manakah lebih banyak?" | Tatabahasa | 13.12.2017 |
Salam sejahtera. 1. Manakah lebah berada di bawah bunga? 2. Lebah manakah berada di bawah bunga? Manakah satu bentuk soalan yang mengguna hukum bahasa dengan betul? Adakah "Manakah" mesti diletak di bahagian depan sekali ? | Ayat yang betul, Manakah lebah yang berada di bawah bunga? | Tatabahasa | 05.12.2017 |
Salam sejahtera. Pohon pencerahan. i. Yang manakah antara object berikut mempunyai huruf awalan yang sama? ii. Yang manakah antara berikut mempunyai huruf awalan yang sama? iii. Antara gambar berikut, yang manakah gambar bermula dengan huruf yang sama dengan " siput "? iv. Antara gambar berikut, yang manakah bermula dengan huruf yang sama dengan " siput"? i dan ii, manakah satu bentuk soalan lebih tepat? iii dan iv, manakah satu bentuk soalan lebih tepat? Terima kasih. | Soalan yang betul: i. Yang manakah antara objek berikut mempunyai huruf awalan yang sama? iv. Antara gambar berikut, yang manakah bermula dengan huruf yang sama dengan "siput"?
| Lain-lain | 16.01.2018 |
"Yang manakah antara berikut" dengan "Manakah antara yang berikut" Yang mana betul antara kedua-dua soalan di atas? | Ayat yang betul, Yang manakah antara berikut ... | Tatabahasa | 13.07.2016 |
Salam, ayat yang manakah betul? 1. Antara berikut, yang manakah nombor perdana? 2. Antara yang berikut, yang manakah nombor perdana? 3. Antara nombor berikut, yang manakah nombor perdana? Mohon terangkan penggunaan kata hubung yang dalam suatu ayat. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Antara nombor yang berikut, yang mana satukah nombor perdana?” Kata Hubung tergolong di bawah kata tugas yang berfungsi sebagai penyambung ayat. Kata penyambung ayat ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Untuk keterangan dan maklumat lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), halaman 249 - 254. | Tatabahasa | 12.06.2025 |
Assalamualaikum, Antara ayat di bawah yang manakah betul? - Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan? - Maka, yang manakah nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan? Terima kasih. | Ayat yang bersesuaian adalah seperti yang berikut: i. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan. ii. Maka, yang manakah nikmat Tuhan kamu yang kamu dustakan.
| Tatabahasa | 22.03.2024 |
Salam sejahtera. Pohon pencerahan. 1. Manakah yang lebih banyak? Ayam atau itik? 2. Yang manakah lebih banyak? Ayam atau itik? 3. Manakah yang paling banyak? Ayam atau itik? Soalan yang manakah lebih tepat? Terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Soalan yang paling tepat ialah (1) dan (3). Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 14.12.2017 |
Manakah satu antara dua ayat berikut yang betul? 1. Pertemuan dengan pempimpin dari negara lain 2. Pertemuan dengan pemimpin dari negara-negara lain Adakah perkataan “negara” perlu digandakan? Adakah perkataan “negara” juga membawa maksud jamak tanpa perlu digandakan? | Kedua- dua ayat tersebut betul. Perkataan negara boleh juga membawa maksud jamak. | Tatabahasa | 19.06.2025 |