| Ingin tahu ayat kumpulan beriku mana yang betul atau tepat: Kumpulan A 1) Dia belajar bahasa Mandarin. 2) Kami berbahasa kantonis. 3) Orang Cina Pulau Pinang petah bertutur dalam bahasa Hokkein. Kumpulan B 1) Dia belajar Mandarin 2) Kami bertutr dalam kantonis. 3) Orang Cina Pulau Piang petah bertutur dalam Hokkein. Mandarin, Hokkein, Kantonis semuanya adalah loghat Cina, sesuaikah perkataan bahasa digunakan/diletak di hadapan loghat? Terima kasih. | Encik Tan, Perkataan bahasa hanya digunakan bagi bahasa Mandarin sahaja. Manakala bagi Hokien,Kantonis tidak diletakkan perkataan bahasa di depannya. Tetapi bagi ayat kami berbahasa/bertutur bahasa Cina dalam loghat Kantonis, Hokien dan sebagainya adalah betul. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
| Bagaimana sediakan dwibahasa melayu dan cina untuk kekalkan bahasa cina dalam papan iklan perniagaan | Penggunaan dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Mandarin) boleh dibuat dengan menyusun teks bahasa Melayu di atas teks bahasa Mandarin. Sekiranya hendak menyusun di kiri dan kanan, susun teks bahasa Melayu di sebelah kiri dan teks bahasa Mandarin di sebelah kanan. Saiz teks bahasa Melayu perlu lebih besar daripada saiz teks bahasa Mandarin. | Lain-lain | 05.01.2025 |
| Saya nak minta pihak DBP untuk mainkan peranan sebaik mungkin, memandangkan saya melihat sebuah iklan yang dibuat oleh ''Malaysia Airport'', iklan tersebut menyediakan serikata bahasa melayu dan bahasa mandarin. Isu berbangkit adalah kerana kedudukan bahasa kebangsaan adalah dibawah bahasa mandarin (sila rujuk lampiran), pada pandangan peribadi saya ia sesuatu penghinaan kepada bahasa kebangsaan yang merupakan bahasa rasmi negara Malaysia dan paling mengecewakan adalah syarikat dibawah kelolaan kerajaan sendiri tidak ambil berat dan memartabatkan bahasa. Saya berharap pihak DBP dapat menjalankan tugas sebaik mungkin dengan mengambil tindakan untuk memperbetulkan iklan tersebut. Walaupun ia nampak hal yang kecil atau remeh, ia amat berbahaya demi masa depan dan kedudukan bahasa kebangsaan. | Kami mengambil maklum akan aduan ini, tindakan susulan akan diambil kepada pihak yang berkenaan. Untuk makluman saudara juga, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melalui domain "Pantau Tegur Bahasa".
| Lain-lain | 28.10.2021 |
| Salam. Saya ingin bertanya DBP ada memberi perkhidmatan berbayar untuk menterjemah ke bahasa Mandarin? Kawan saya sedang mencari penterjemahan DBP untuk menyemak dan menterjemahan statement yang mengenai islam. Mereka takut menterjemah silap. Jika DBP ada memberi perkhidmatan berbayar berkenaan boleh beri saya telefon number atau email? Sekian Terima Kasih. | Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa Melayu kepada bahasa Mandarin atau sebaliknya. Sekiranya tuan memerlukan perkhidmatan terjemahan, sila hubungi: i. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com, atau ii. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my | Penyemakan dan penterjemahan | 11.10.2023 |
| 1. Apakah yang dimaksudkan 'bahasa rojak'?~Jika pertuturan menggunakan bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, tetapi gramatikal, bolehkah dianggap bahasa rojak? | Salam sejahtera, Tuan, Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini berlaku dalam konteks lisan sama ada rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Penggunaan bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, dalam pertuturan walaupun gramatikal, dianggap bahasa rojak. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian.
| Makna | 26.07.2017 |
| Apakah istilah 'Sycee'(ENG) dalam Bahasa Melayu? Bolehkah Sycee diterjemah sebagai "Yuan Bao", mengikut sebutan Mandarin? Terima kasih. | “Sycee” bukan perkataan dalam bahasa Inggeris tetapi merupakan perkataan dalam bahasa Cina (dialek Kantonis) yang bermaksud “sutera halus”, “yuan bao” pula ialah dialek Mandarin yang digunakan untuk merujuk “kantung syiling”. Secara simboliknya, kedua-dua dialek ini digunakan untuk merujuk objek yang sama dalam bahasa Inggeris, iaitu “ingot” (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Maka, kami mencadangkan “sycee” diterjemahkan sebagai “jongkong”, iaitu ketulan logam (emas, perak dan lain-lain) yang berbentuk perahu. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat) | Istilah | 27.05.2020 |
| Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan, Kumpulan Cerpen Harga Sebatang Pensel Warna, Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Senyuman Termanis? Diharapkan dijawab dengan status yang jelas kerana editor dari bahagian buku kanak-kanak dan remaja tidak menjawab e-mel saya ataupun mengangkat panggilan telefon saya. Sekian. | Salam tuan yang budiman, Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Puan Siti Masni Kospin, Editor Kanan Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479293 atau e-mel kepada masni@dbp.gov.my | Lain-lain | 30.04.2026 |
| Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan, Kumpulan Cerpen Harga Sebatang Pensel Warna, Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Senyuman Termanis? | Salam tuan yang budiman, Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Puan Hajah Noriyani binti Yusoff, Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479252 atau e-mel kepada noriyani@dbp.gov.my. | Lain-lain | 30.04.2026 |
| Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan dan Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Remaja Senyuman Termanis? | Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Puan Hajah Noriyani binti Yusoff, Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479252 atau e-mel kepada noriyani@dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.04.2026 |
| Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan dan Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing? | Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diurus oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan. Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP. | Lain-lain | 04.02.2026 |