Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mandi (kata kerja)
Bersinonim dengan bersiram, berendam, berkubang, berenang;,
Kata Terbitan : bermandikan, memandikan, permandian,

Puisi
 

Kalau tak dapat mandi perigi,
     Mandi permatang nak mandi jua;
Kalau tak dapat tahun ini,
     Tahun akan datang nak balik jua.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Mandi di telaga di tepi jalan,
     bersunting bunga tahi ayam.

Bermaksud :

Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)

453

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Mati-mati mandi biar basah

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi mati-mati mandi biar basah. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ben Li (mandi sungai). Adakah mandi sungai betul?Mandi sungai ialah bahasa percakapan. Frasa yang betul ialah mandi di sungai seperti ayat Ali mandi di sungai.Tatabahasa30.07.2015
1. Yang mana betul: a. Saya bermandi di pantai bersama adik. b. Kami bermandi-manda di pantai. 2. Adakah mandi-manda termasuk dalam golongan kata nama, bolehkah diberi imbuhan ber menjadi bermandi-manda?Mandi dan mandi-manda ialah perbuatan. Ayat Saya bermandi di pantai dan Kami bermandi-manda di pantai betul.Tatabahasa02.02.2012
Ayat mana yang betul? 1. Adik saya mandi di laut. 2. Adik saya mandi dalam laut. 3. Adik saya mandi di dalam laut. 4. Saya menulis di atas buku nota. 5. Saya menulis di buku nota. 6. Saya menulis dalam buku nota. 7. Saya menulis pada buku nota.Bagi merujuk tempat secara fizikal, ayat adik saya mandi di laut yang betul. Begitu juga dengan ayat kedua, saya menulis dalam buku nota yang betul.Tatabahasa08.08.2012
Bolehkah *mandi-manda* diguna oleh binatang? Contoh: Itik-itik mandi-manda di dalam kolam. Terima kasih.Ya, perkataan mandi-manda boleh digunakan untuk binatang.Tatabahasa28.10.2021
Pada Kamus Dewan dicatatkan mandi seerti bermandi. Contoh ayat pada Kamus dewan ialah "badannya mandi peluh". Kenapakah ayat begini "setiap hari, ayah mandi peluh di ladang." adalah salah?Penggunaan yang lebih gramatis ialah bermandi peluh. Untuk makluman tuan, kamus merakam makna sesuatu perkataan. Tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan bagi penggunaan tatabahasa yang betul. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 165 menunjukkan aspek makna awalan beR-. iaitu pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu makna yang terkanduang dalam kata dasar.Tatabahasa03.09.2016
Salam, Adakah ayat "Adik mandi di tepi pantai" betul? atau Adik mandi di pantai.Pantai merujuk tepi laut dan lazimnya orang awam berkelah di pantai. Frasa yang betul ialah "Adik mandi di tepi pantai" (merujuk laut, tepi pantai).Tatabahasa07.08.2018
Hi, apakan terjemahan "tub file" yang sebenarnya? Saya mendapati bahawa "tub file" ialah "fail tub", manakala "bath tub curve" ialah lengkung tab mandi. Kan baik jika adanya setakat ketekalan dengan istilah-istilah lain seperti "tab mandi", "kebuk pembakaran tab mandi", " tab luar", dan sebagainya. Bolehkah "fail tub" ditukarkan menjadi "fail tab"?Mengikut istilah komputer, "tub file" ialah "fail tub".Istilah03.08.2007
Salam, yang mana satu ayat betul a) Apa yang digunakan untuk mandi? b} Apakah yang digunakan untuk mandi? Adakah parikel-kah, -lah, -tah wajib digabungkan dengan kata tanya untuk membentuk ayat tanya. Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah apakah yang digunakan untuk mandi? Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -kah, -tah, dan -lah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat berikut:

1 (a). Siapakah majikan kamu itu?
   (b). Majikan kamu itu siapakah?

2 (a). Apatah daya kita?
   (b). Daya kita apatah?

3 (a). Itulah rumah idamanku.
   (b). Rumah idamanku itulah.
Tatabahasa23.11.2020
Salam. syampu mandi/syampu badan yang kita sebut untuk mencuci badan? Terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah syampu badan.Tatabahasa29.10.2021
1. Adik kegigilan mandi air perigi yang sejuk. adakah ayat ini betul? sekian terima kasih.Ayat yang betul ialah adik menggigil kerana mandi air perigi yang sejuk. Tatabahasa16.12.2009
123456

Kembali ke atas