Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh; baginda sentiasa ~ air mata; orang kampung pd masa itu ~ wang; ~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) mem­basuh mayat yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau hantu; ~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~ bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yg sudah lanjut usia men­dapat jodohnya; ~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan; ~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk kedua­dua pengantin sesudah selesai nikah dan ber­damai-damai; ~ darah a) berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku per­kelahian dll); ~ embun membiarkan diri kena embun; ~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan); ~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dsb); ~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan; ~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, me­lenggang perut; ~ lulur rawatan tradisional utk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur pd badan; ~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~ mayat membasuh mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti nifas; ~ ombak basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh; ~ safar upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini berten­tangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dika­fan); ~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan badan dsb; bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan; bermandikan penuh dgn; ~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-bende­rang); ~ wang mempunyai wang yg banyak; memandikan 1. membersihkan tubuh sese-orang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan ham-balah ~ hamba; 3. mencelupkan (menye­lamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, men­curahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya; di-mandikan dgn air segeluk prb diberi perto­longan (puji-pujian) yg tidak bererti; mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan; permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan; pemandi orang yg memandikan: yg makruh-nya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mandi (kata kerja)
Bersinonim dengan bersiram, berendam, berkubang, berenang;,
Kata Terbitan : bermandikan, memandikan, permandian,

Puisi
 

Kalau tak dapat mandi perigi,
     Mandi permatang nak mandi jua;
Kalau tak dapat tahun ini,
     Tahun akan datang nak balik jua.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Sepala-pala mandi,
     biarlah basah.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Yang mana betul: a. Saya bermandi di pantai bersama adik. b. Kami bermandi-manda di pantai. 2. Adakah mandi-manda termasuk dalam golongan kata nama, bolehkah diberi imbuhan ber menjadi bermandi-manda?Mandi dan mandi-manda ialah perbuatan. Ayat Saya bermandi di pantai dan Kami bermandi-manda di pantai betul.Tatabahasa02.02.2012
Ayat mana yang betul? 1. Adik saya mandi di laut. 2. Adik saya mandi dalam laut. 3. Adik saya mandi di dalam laut. 4. Saya menulis di atas buku nota. 5. Saya menulis di buku nota. 6. Saya menulis dalam buku nota. 7. Saya menulis pada buku nota.Bagi merujuk tempat secara fizikal, ayat adik saya mandi di laut yang betul. Begitu juga dengan ayat kedua, saya menulis dalam buku nota yang betul.Tatabahasa08.08.2012
Hi, apakan terjemahan "tub file" yang sebenarnya? Saya mendapati bahawa "tub file" ialah "fail tub", manakala "bath tub curve" ialah lengkung tab mandi. Kan baik jika adanya setakat ketekalan dengan istilah-istilah lain seperti "tab mandi", "kebuk pembakaran tab mandi", " tab luar", dan sebagainya. Bolehkah "fail tub" ditukarkan menjadi "fail tab"?Mengikut istilah komputer, "tub file" ialah "fail tub".Istilah03.08.2007
1. Adik kegigilan mandi air perigi yang sejuk. adakah ayat ini betul? sekian terima kasih.Ayat yang betul ialah adik menggigil kerana mandi air perigi yang sejuk. Tatabahasa16.12.2009
Abu (menggosok/mengelap) badannya dengan tuala selepas mandi.Perkataan yang betul ialah mengelap.

Abu mengelap badannya dengan tuala selepas mandi.
Tatabahasa23.08.2013
Salam tuan di talian. Saya ingin memastikan penggunaan koma (,) yang sebenarnya. Contohnya: (a) Kamu perlu membawa pakaian mandi, pinggan, dan sudu ketika berkelah ATAU (b) Kamu perlu membawa pakaian mandi, pinggan dan sudu ketika berkelah. Ayat manakah yang menggunakan tanda koma yang sebetulnya? Diharap pihak tuan dapat memberi jawapan dengan kadar yang segera. Terima kasih.Tanda koma tidak diperlukan sebelum kata 'dan' kerana ayat tersebut merupakan ayat majmuk biasa (setara). Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan dari segi makna.Ejaan05.07.2011
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan?1. Segi tiga dan bilik mandi.

2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat.

3. Buah hati dan pukul curi.
Tatabahasa17.10.2013
Assalam, Apa beza antara perkataan bermandi dengan bermandi-manda. Saya dah semak dalam kamus dewan tak ada perkataan bermandi-manda. Sekian.Bermandi bermaksud membersihkan tubuh dengan air, manakala mandi-manda bermaksud berbagai-bagai cara atau upacara mandi.Makna31.01.2012
Pagi lagi,Karim telah mandi kerana mahu mengikut kakaknya berkelah di tepi pantai.(ADA SALAH AYAT INI?

Saudara Ho,

Menerusi ayat yang dikemukakan di atas tidak terdapatnya kesalahan ayat. Namun untuk penggunaan ayat yang lebih gramatis, terdapat sedikit penambahan dalam ayat menerusi penambahan di bawah.

'Sejak dari pagi lagi,  Karim  mandi kerana mahu mengikut kakaknya berkelah di tepi pantai'

Tatabahasa22.09.2012
Kami berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun itu kerana batu-batu di situ teramat licin. kata penguat "teramat" betul?Kata penguat "teramat" boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa16.07.2013
123

Kembali ke atas