Syarikat kami adalah anak syarikat Bank Mandiri dari Indonesia dan menyediakan perkhidmatan pengiriman wang ke Indonesia bagi pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia. Kami memerlukan khidmat nasihat bagi penggunaan ayat yang akan di letakkan pada papan tanda dan akan digunakan sebagai standard corporate design. Ayatnya adalah "Kiriman wang" atau "Pengiriman Wang", yang mana satu lebih sesuai berdasarkan perkhidmatan kami dan penggunaan bahasa. Terima kasih. | Cadangan kami ialah Perkhidmatan Kiriman Wang sebagai keterangan jenis aktiviti perniagaan saudara. | Tatabahasa | 24.05.2010 |
Salam. Saya ingin tahu apakah istilah atau terjemahan paling tepat dan sesuai untuk perkataan 'self-help'. DBP memberi berbagai terjemahan: - menolong diri - bantu mandiri - usaha diri - usaha kendiri terima kasih | Istilah self-help secara tekal diberikan padanan usaha diri dalam kebanyakan bidang (ekonomi, geografi, pendidikan, undang-undang, psikologi, pendidikan, sosiologi). Jika puan ingin mencari padanan istilah, sila rujuk dahulu domain Istilah Bahasa Melayu dalam prpm.dbp.gov.my, bukan domain-domain lain. | Istilah | 27.12.2018 |