Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.kat] | مڠکت

Definisi : bd meninggal (digunakan utk raja-raja), mati: maka marhum pun ~; kemangkatan bd perihal mangkat, kemati­an: anak raja itu pun diberitahu tentang ~ ayahandanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.kat] | مڠکت

Definisi : bd meninggal dunia (digunakan utk raja-raja saja): Baginda telah ~ pagi semalam. kemangkatan perihal mangkat: ~ baginda telah memeranjatkan seluruh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mangkat
Rujuk :mati


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah boleh menggunakan : Baginda mangkat dalam tahun ....Frasa yang betul ialah "pada tahun".Tatabahasa10.06.2014
Apakah maksud ayat ini: Dia memarang hulu baginda itu lalu mangkat.

Dia menetak (dengan parang) kepala baginda lalu mati.

Memarang - menetak, memotong dll dengan parang

Hulu - Kepala (sastera lama)

Makna08.02.2009
Adakah perkataan Almarhum perlu diletakkan sebelum perkataan DYMMAlmarhum biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal, contohnya Alamrhum Sultan Ibarim - Lazimnya Sultan yang sedang memerintah sahaja digelar Duli Yang maha Mulia (DYMM), seperti DYMM Sultan Ahmad Syah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Lain-lain21.01.2011
Adakan perkataan Almarhum perlu dijarakkan ? Adakah Perkataan DYMM perlu diletakkan sebelum perkataan Almarhum ?Almarhum dieja dalam satu perkataan (tidak perlu jarak atau tanda sempang) dan biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal, contohnya Alamrhum Sultan Ibarim. Lazimnya Sultan yang sedang memerintah sahaja digelar Duli Yang maha Mulia (DYMM), seperti DYMM Sultan Ahmad Syah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Lain-lain21.01.2011
Mohd Feisal Mohd Pop JUN 29TH, 8:53AM Apa beza "Allahyarhamah" dan "Almarhumah"?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan istilah allahyarham sebagai kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal: ~ Datuk Onn terkenal di seluruh negara manakala allahyarhamah sebagai ganti nama diri yg digunakan sebelum nama orang perempuan Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal, manakala almarhum biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal, contohnya Alamrhum Sultan Ibarim - Lazimnya Sultan yang sedang memerintah sahaja digelar Duli Yang maha Mulia (DYMM), seperti DYMM Sultan Ahmad Syah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.Istilah29.06.2016
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'isteri dan permaisuri'' terima kasih..Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna isteri ialah perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini. Permaisuri ialah isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya.Makna17.04.2010

Kembali ke atas