Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.ku/] | مڠکوق

Definisi : 1. bekas yg dalam drpd tembikar dll tempat mengisi lauk-pauk (nasi dll); 2. cang­kir, cawan: se~ kopi; 3. bk kata yg mem­punyai maksud menghina atau mempermain seseorang, bodoh; ~ basuh tangan mangkuk bekas air basuh tangan; ~ gulai mangkuk utk mengisi gulai; ~ jorong mangkuk yg panjang bulat (utk mengisi air dll); ~ keda(h) sj mangkuk bertutup; ~ lonjak Kl mangkuk tingkat; ~ nasi mangkuk utk diisi nasi; ~ pengadun mangkuk tempat mengadun bahan-bahan masakan dll; ~ perak piala; ~ pijar sj mangkuk yg biasanya dibuat drpd porselin dan digunakan dlm makmal utk melakurkan bahan kimia pepejal; ~ tandas sesuatu spt mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sbg tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas; ~ tingkat mangkuk drpd aluminium dll yg bertingkat-tingkat (utk bekas kuih, lauk-pauk, nasi, dll), rantang, mangkuk tepen, siya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.ku/] | مڠکوق

Definisi : 1 bekas yg jeluk yg dibuat drpd tembikar, logam dsb utk diisi makanan (spt sayur-sayuran, lauk-pauk, bubur). 2 bekas bertangkai tempat mengisi minuman; cawan. ~ basuh tangan mangkuk utk diisi air basuh tangan. ~ gulai mangkuk utk diisi gulai. ~ nasi mangkuk besar utk diisi nasi. ~ perak hadiah berupa mangkuk yg biasanya dibuat drpd perak atau emas; piala. ~ pijar mangkuk yg mempunyai penutup, yg tahan panas tempat meleburkan logam. ~ tingkat (tepen) bekas bertingkat-tingkat yg dibuat drpd logam utk diisi makanan; siya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mangkuk

Puisi
 

Ke bukit membeli mangkuk,
     Mangkuk dibeli buah berangan;
Sukar sulit burung kan masuk,
     Burung biasa makan di tangan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Pinggan dengan mangkuk,
     salah sedikit hendak terantuk.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, saya ada soalan tatabahasa untuk bertanya, harap dapat selesaikan. Manakah yang betul ? 1 sebuah mangkuk atau sebiji mangkuk ? 2 adik dihidangi oleh ibu sepinggan nasi atau adik dihidangkan oleh ibu sepinggan nasi ? 3 mereka memperdengar , memperdengarkan atau terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu ? 4 kakak mengirim atau mengirinkan sepucuk surat kepada datuk ? 5 imbuhan ter, sungguh, paling di belakang tidak boleh bubuh sekali, betul tak ? 6 di belakang amat boleh bubuh sekali tak ? cth. amat cantik sekali Terima kasih.1 sebuah mangkuk atau sebiji mangkuk ?
tiada penjodoh bilangan  khusus untuk mangkuk. sebiji dan sebuah adalah penjodoh bilangan yang paling hampir.

2 adik dihidangi oleh ibu sepinggan nasi atau adik dihidangkan oleh ibu sepinggan nasi ?
Dua-dua betul.

3. mereka memperdengar , memperdengarkan atau terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu ?  - terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu.

4 kakak mengirim atau mengirinkan sepucuk surat kepada datuk ? - kakak mengirimkan sepucuk surat kepada datuk.


5 imbuhan ter, sungguh, paling di belakang tidak boleh bubuh sekali, betul tak ?
Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah penghabisan. Contoh : teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik.

darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang "sekali" dengan kata penguat bebas amat, sangat, atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Contoh : amat cantik sekali, sungguh pandai sekali,sangat cantik sekali.   

Tatabahasa31.08.2012
bagaimana hendak terjemahkan 'tableware' dalam bahasa? saya semak dalam laman DBP, diterjemahkan kepada 'pinggan mangkuk meja'. mengapa kena ada 'meja'? sila berikan nasihat. terima kasih.

Untuk makluman, dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan untuk tableware ialah pinggan mangkuk meja. Dalam kamus yang sama juga terdapat contoh tableware made of china yang padanan bahasa Melayunya ialah pinggan mangkuk tembikar. Oleh itu, kedua-dua istilah, iaitu pinggan mangkuk meja dan pinggan mangkuk boleh digunakan.

Istilah18.05.2012
Selamat sejahtera tuan/puan. Adakah perkataan "tandas" merujuk kepada tempat membuang air sahaja, ataupun perkataan tersebut juga bermaksud benda yang digunakan untuk membuang air? Adakah "mangkuk tandas" merujuk kepada seluruh benda (termasuk paip air dsb) ataupun bahagian yang semacam mangkuk? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, tandas bermaksud bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dan sebagainya) tempat membuang air (yang dilengkapi dengan mangkuk tandas, sink, dan sebagainya), atau disebut bilik air.  Mangkuk tandas sesuatu seperti mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sebagai tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas.Makna12.10.2012
Sebuah/sebiji mangkuk? Adakah kedua-dua jawapan ini diterima?Penjodoh bilangan yang betul ialah "sebiji mangkuk".Tatabahasa17.08.2014
Kamu boleh bawa mangkuk _____pinggan semasa pergi berkelah. A. atau B.dan C. tetapi D.ketika (Adakah jawapan A dan B juga boleh diterima?)

Ayat yang betul ialah Kamu boleh bawa mangkuk dan pinggan semasa pergi berkelah. Ayat ini merupakan ayat gabungan setara iaitu, ayat (a) Kamu boleh bawa mangkuk semasa pergi berkelah, ayat (b)Kamu boleh bawa pinggan semasa pergi ke berkelah.

 Ayat (a) digabungkan dengan ayat (b) dengan kata hubung dan untuk menghasilkan ayat Kamu boleh bawa mangkuk dan pinggan semasa pergi berkelah. Jawapannya bukan antara kerana antara merupakan kata hubung berpasangan.
Tatabahasa18.08.2014
Adakah ayat ini betul ? Jika salah tolong betulkan. 1. Kita mesti rajin. Contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. 2. Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk.Ayat yang betul ialah: Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk.Tatabahasa16.07.2014
pengangkutan awam ialah kata majmuk ke? ibu bapa ialah kata majmuk atau merupakan frasa nama seperti pinggan mangkuk?Pengangkutan awam dan pinggan mangkuk ialah kata majmuk, manakala ibu bapa ialah frasa nama.Tatabahasa09.05.2012
Berdasarkan soalan ini,jawapan yang mana satu lebih tepat?Kenapa? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah Kamu boleh bawa mangkuk dan pinggan semasa pergi berkelah. Ayat ini merupakan ayat gabungan setara iaitu, ayat (a) Kamu boleh bawa mangkuk semasa pergi berkelah, ayat (b)Kamu boleh bawa pinggan semasa pergi ke berkelah.

 Ayat (a) digabungkan dengan ayat (b) dengan kata hubung dan untuk menghasilkan ayat Kamu boleh bawa mangkuk dan pinggan semasa pergi berkelah. Jawapannya bukan antara kerana antara merupakan kata hubung berpasangan.
Tatabahasa18.08.2014
A.Yang mana betul? 1. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi sampah sarap. 2. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi oleh sampah sarap. 3. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi dengan sampah sarap. B. Terangkan penggunaan tanda sempang untuk kata ganda berentak yang menimbulkan kekeliruan. Contoh sampah sarap atau sampah-sarap pinggan mangkuk atau pinggan-mangkuk Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Sampah sarap ialah kata majmuk yang bermaksud pelbagai jenis sampah dan bukannya kata ganda.
Tatabahasa29.03.2013
Slm. Bolehkah tuan semak ayat di bawah. 1 Tetapi, dia tiada harta lagi kecuali rumahnya sahaja. 2.Tetapi, mangkuk itu hanya ada satu sahaja dalam dunia ini. (Bolehkah digunakan perkataan tetapi pada awal ayat dalam buku cerita.) 3. Berita itu telah tersebar ke/kepada burung merpati."tetapi" ialah kata hubung gabungan tidak boleh digunakan pada awal ayat. Ayat yang betul ialah: 1. Dia tiada harta lagi kecuali rumahnya sahaja. 2. Mangkuk itu hanya ada satu sahaja di dunia ini. 3. Berita itu telah tersebar kepada burung merpati.Tatabahasa13.12.2018
1234

Kembali ke atas