kata 'mangsa' boleh ke digandakan menjadi mangsa-mangsa? cth ayat : Mangsa-mangsa bencana banjir di Pakistan seramai 20juta orang mendapat bantuan dari seluruh dunia. betul ke ayat tersebut? | Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan mangsa tidak perlu diulang kerana dianggap lewah. | Tatabahasa | 09.02.2011 |
Derma bagi mangsa-mangsa kebakaran itu masih dipungut seterusnya. Apa kesalahan ayat ini? | Ayat yang gramatis ialah derma bagi mangsa-mangsa kebakaran itu masih dipungut. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
1. (Mengapakah/Bagaimanakah) dia tercedera semalam ? Apakah jawapan yang betul ? 2. Kita bersama-sama bangkit untuk membantu mangsa-mangsa AIDS. Ayat ini betul atau salah ? boleh gunakan perkataan "bangkit" ? 3. Kami sekeluarga bercuti di Bukit Fraser semasa cuti sekolah yang lalu kerana mahu _____udara yang segar. A. menelan B. menyedut C. menghirup D. menghisap Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | 1. betul. 2. Kita bersama-sama bangkit untuk membantu mangsa AIDS. 3. menghirup. | Tatabahasa | 03.12.2009 |
Saya ingin bertanya adakah penggunaan perkataan "Solidariti pasca banjir' di dalam ayat di bawah sesuai atau menepati maknanya. Pada masa inilah rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan pegangan telah menunjukkan keutuhan solidariti pasca banjir menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir termasuk pengusaha kraf untuk bangkit semula meneruskan kehidupan. | Pada masa inilah rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan pegangan telah menunjukkan keutuhan solidariti, menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir termasuk pengusaha kraf untuk bangkit semula meneruskan kehidupan. Tiada masalah dengan penggunaan perkataan solidariti dalam konteks ayat yang tersebut, hanya gugurkan perkataan pascabanjir. | Tatabahasa | 06.03.2015 |
Mangsa kemalangan ngeri itu tinggal nyawa-nyawa ikan selepas______lori. a. Digolek b. Digilis c. Diguling d. Digiling apakah jawapan? Apakah maksud "digilis"? | Jawapan yang betul ialah "digilis lori". | Tatabahasa | 03.05.2014 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Umumnya,kebanyakkan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir.Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini.Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain.Perbuatan ini bertujuan menakutkan pelajar yang lebih lemah supaya mereka tidak dibuli lagi.Selain itu,terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat pelajar gangster untuk membuli pembuli tersebut.Lama-kelamaan,mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain. | Kebanyakan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir. Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini. Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain. Selain itu, terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat dengan rakan lain untuk membuli pembuli tersebut. Lama-kelamaan, mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain. Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
| Tatabahasa | 28.09.2015 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Bapa saya seorang peniaga yang berjaya, beliau memulakan (jalan) perniagaannya sejak beberapa tahun yang lalu. (b) Guru Besar berbincang dengan guru-gur untuk mencari penyelesaian (pengenaan) murid-murid yang malas. (c) Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah saya (mengenakan) derma untuk membantu mangsa-mangsa banjir. (d) Pisau itu mempunyai (kaki) yang panjang. (e) Ali mencabut rumput dengan (baik). | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
Minta pencerahan guru-guru sekalian. Mana satu penggunaan yang betul atau lebih gramatis? A) Berapakah orang mangsa yang terlibat? B) Berapa orangkah mangsa yang terlibat? C) Berapakah mangsa yang terlibat? - partikel -kah nak letak di belakang perkataan 'berapa' atau 'orang'? - perlu penjodoh bilangan 'orang' Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut: Berapakah orang mangsa yang terlibat? Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 07.07.2015 |
tuan, Mangsa taufan Katrina itu dijumpai di bawah runtuhan bangunan yang musnah itu dalam keadaan yang____. A menakutkan B mengerikan C menyeramkan D menyeriaukan apakah jawaban yang sesuai. menurut buku rujukan, jawaban ialah B, tetapi saya masih kekeliruan, tq | Pada pandangan kami, jawapan yang paling tepat dalam konteks ayat yang diberikan ialah B. mengerikan. | Tatabahasa | 22.01.2012 |
Ayat yang manakah betul? 1. Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima kepada mangsa kebakaran secara sama rata. 2. Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima secara sama rata kepada mangsa kebakaran. | Kedua-dua ayat yang diberikan betul namun ayat kedua iaitu Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima secara sama rata kepada mangsa kebakaran, lebih sesuai. | Tatabahasa | 30.08.2015 |