Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.tan] | منتن

Definisi : dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia adalah ~ guru besar sekolah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.tan] | منتن

Definisi : pernah menjawat jawatan tertentu (bkn seseorang); bekas: ~ Ketua Bahagian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mantan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara perkataan 'mantan' dan 'bekas' dan dalam konteks apakah perkataan-perkataan ini digunakan? bolehkah 'mantan' digunakan dalam frasa 'mantan pegawai kanan' ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mantan ialah dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia adalah ~ guru besar sekolah itu. Jadi, kedua-duanya boleh digunakan.Makna29.07.2010
apakah makna perkataan MANTANMantan bermaksud dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi atau bekas.Makna20.01.2007
MantanMaknanya ialah dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas.Makna21.08.2009
Salam, saya ingin bertanya apakah bezanya mantan dan bekas? Siapakah yang sesuai digunakan sebagai mantan dan bekas? Terima kasihMenurut  definisi Kamus Dewanmantan : dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia ialah ~ guru besar sekolah itu. bekas :1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; Berdasarkan pentakrifan dan penggunaan kedua-dua kata ini tidak salah digunakan, namun kata mantan kini lazim digunakan untuk seseorang yang pernah menjawat jawatan tertentu.

 

Makna25.06.2009
Assalamualaikum, Saya inginkan kepastian tentang ayat susunan songsang. Sekiranya ayat begini: Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan mantan Perdana Malaysia. Apabila disongsangkan begini adakah ayat itu betul: Mantan Perdana Menteri merupakan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sekian terima kasihDalam susunan songsang keseluruhan predikat dikedepankan menjadi merupakan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Untujk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 478.Tatabahasa08.08.2012
Nak tahu Perkataan pendek mantan perdana menteriTidak jelas dengan maksud sdr, mantan bermakna bekas.Makna09.08.2007
1. Apakah makna perkataan "mantan"? Adakah sama maksudnya dengan "bekas"? 2. Manakah ejaan yang betul, "mampan" atau "mapan"Mantan bermakna dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak; bekas. Bekas di sini bukan bermakna tempat meletak sesuatu. Ejaan mampan dan mapan betul. Kedua-duanya ada makna tersendiri; mampan bermakna mampu, dan mapan bermakna tidak berubah-ubah/kukuh.Ejaan18.01.2008
INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN, ADAKAH PERKATAAN-PERKATAAN INI (SUATU SENJA, SESENJA, SATU SENJA) BOLEH DIGUNAPAKAI DALAM SESUATU AYAT DAN PERKATAAN MANTAN BOLEH DIGUNAPAKAI LAGI ATAU IDAKPerkataan yang biasa digunkan ialah suatu atau satu senja. Perkataan mantan masih digunakan.Tatabahasa02.05.2008
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab.

1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut.

2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri".

Tatabahasa15.02.2011
Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan perkataan dianya dalam blognya. Oleh sebab beliau seorang negarawan dan sangat mencintai bahasa Melayu, ada pendapat mengatakan kita patut menerima pakai perkataan dianya yang diketengahkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia itu. Mohon penjelasan.Penggunaan yang betul ialah  'ia' , 'dia', 'nya'  kerana kata-kata ini merupakan kata ganti nama diri orang ketiga, manakala kata  'dianya'  tidak boleh digunakan  kerana kedua-duanya ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 86 - 87.Tatabahasa19.09.2009
12

Kembali ke atas