Ingin tahu ejaan yang betul mantera atau mentera? Bagaimana sebutannya? man-te(pepet @taling?)-ra atau men-te(pepet@taling?)-ra. | Ejaan yang betul ialah mantera. Sebutan yang betul ialah e pepet, man.te.ra. | Tatabahasa | 13.10.2013 |
Apakah maksud perkataan: Persona- Pesona - | Pesona ialah guna-guna, mantera atau sihir. | Makna | 12.05.2008 |
perbezaan antara maksud perkataan 'persona' dan 'pesona' | Pesona ialah kata Melayu yang bermaksud: guna-guna, mantera, sihir, fitnah. mempesona: memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: Persona ialah kata Inggeris (daripada bahasa Sepanyol) dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu. | Makna | 03.07.2009 |
Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin. Apa makna perkataan mantra. | Dalam istilah puisi mantra sama dengan mantera iaitu kata atau ayat yang apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib. | Makna | 25.10.2009 |
Saya ingin bertanyakan maksud perkataan: -AIR SIRIH NAIK KE KENING, AIR PINANG NAIK KE MUKA. -GARAM TAK MASIN ASAM TAK MARI, PECAH LIUR KECAP DIBIBIR, yang diambil dan diadaptasi daripada kumpulan mantera melayu ulit mayang - harun daud Terima kasih | Tidak ada maklumat tentang petikan teks tersebut dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 26.02.2015 |
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ? | Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat. Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Makna | 11.08.2009 |
Adakah perkataan "tawari" itu betul? atau kita haya boleh menggunakan menawari? | Istilah tawari tidak wujud dalam sistem kami. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud menawari ialah memberikan sesuatu (pekerjaan dsb) kepada, mengubat (dengan jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dan lain-lain), menjampi, memanterai, menambari, atau memujuk, memikat, menambat (hati perempuan). | Istilah | 27.12.2016 |
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Apakah istilah dalam bahasa Melayu yang paling sesuai untuk menggantikan istilah occult literature daripada bahasa Inggeris? Apakah saya boleh menggunakan ejaan okult sebagai padanan bagi occult? Terima kasih. | Dalam istilah bidang Kesusasteraan, padanan bahasa Melayu untuk "occult" ialah mantera. | Istilah | 05.03.2017 |
Assalamualaikum, saya syamimi pelajar dari upm, saya telah diberikan tugasan yang bertajuk "unsur perubatan dalam karya sastera". oleh itu saya ingin memohon penjelasan daripada pihak tuan bagaimana untuk cara saya mencari maklmumat dan bahan tentang unsur peubatan ini. setakat ini sya telah memilih "mantera" sebagai bahan kajian saya... adakah betul bahab kajian saya itu? | Alaikumussalam, Saudara dicadangakan untuk menghubungi pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera untuk maklumat lanjut. Sila hubungi Encik Saifullizan Yahaya (21479237) atau Dr. Mohd Hanafi Ibrahim (21479230) Terima kasih. | Sastera | 22.04.2014 |
SAJAK HARI GURU Adakah sajak ini mengikut peraturan seterusnya dipandukan jasa seorang guru kepada murid-murid? Saya bersesuaian dengan balasan munsyi jikalau yang diterima memberi jawapan yang memuaskan. TERIMA KASIH CIKGU (diabadikan kpd semua warga guru) Jasamu setinggi gunung, Baktimu terus disanjung, Khidmatmu semua junjung, Ilmumu agung tak berpenghujung. Sumbanganmu banjaran, Nafasmu ajaran, Lafazmu mantera jaran, Ilmumu tiada ganjaran. Pengorbanan insan guru, Di sinilah ilmu diburu, Guru lama ilmu baru, Tanpamu negara celaru. Tanpamu di manaku? Tiadamu bangsa beku, Tanpamu negara kaku, Kau pereka tingkah laku. Kau melahirkan ilmuwan gagah, Kau menjana ilmiawan penggah, Kau mencanai cendekiawan pegah, Keranamu bangsa megah. Hadirmu bangsa merlip, Bimbingan guru murid kerlip, Tanpamu segalanya selip, Sentuhanmu cukup ghalib. Guruku menabur jasa, Pembentuk anak bangsa, Ilmumu bangsa sasa, Keranamu nusa perkasa. Ilmumu cukup cermat, Segalanya sempurna nikmat, Guru pusaka warisan hikmat, Selamat bertugas selamat berkhidmat. | Pihak kami mencadangkan pihak tuan untuk menghantar sajak ini ke majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan yang seumpamanya. Sajak tuan akan dinilai seterusnya jika memenuhi kriteria yang ditentukan akan diterbitkan dalam salah satu majalah tersebut. | Sastera | 09.07.2018 |