| BEZA ANTARA ALEGORI DENGAN METAFORA. HARAP BERI CONTOH SETIAP SATU. SUKAR UNTUK MEMAHAMI ANTARA KEDUANYA. TERIMA KASIH. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat alegori bermaksud sesuatu karya (cerita,puisi) yang menggunakan watak, peristiwa sebagai lambang untuk menerangkan (menyampaikan)sesuatu yang lebih mendalam: Mantiq al-Tair merupakan sebuah alegori yang dipilih untuk dibicarakan sebagai satu pengenalan kepada karya sufi. Metafora bermaksud pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan(sebagai perbandingan atau kiasan): pembentukan ungkapan yang bersifat metafora. | Makna | 25.02.2008 |
| 1. PENGERTIAN/MAKNA ALEGORI. 2. LIMA ATAU LEBIH CONTOH ALEGORI DALAM SEJARAH MELAYU VERSI SHELLABEAR SERTA MAKSUD ALEGORI TERSEBUT. 3. SENARAI NAMA BUKU YANG ADA MENGHURAIKAN TENTANG ALEGORI. | Alegori ialah sesuatu karya (cerita, puisi,dll) yang menggunakan watak, peristiwa dan lain-lain sebagai lambang untuk menerangkan (menyampaikan) sesuatu dengan lebih mendalam. Contoh, cerita dalam kitab Mantiq al- Tair. | Makna | 21.02.2008 |