Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[map] | مڤ

Definisi : Id tempat (spt sampul) menyimpan surat dll, fail. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata map


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan BM untuk fast tracking? Cth ayat: In 2010, the Malaysian government launched ETP, which is a road map for fast-tracking its economic development. Terima kasih.Kami mencadangkan fast tracking dalam frasa fast-tracking its economic development diterjemahkan kepada pembangunan ekonomi pantas.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2018
Apa perkataan dalam bahasa inggeris yang semaksud dengan halatuju (selain dari direction)? Terima kasih!

Saudara,

Padanan bahasa Melayu yang lain ialah road map atau course.

Istilah24.11.2010
Salam dan terima kasih kerana membantu. Soalan-soalan berikut merujuk kepada istilah yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat: 1) Istilah "heatmap" merujuk kepada representasi data dalam bentuk peta atau rajah yang dalamnya nilai data digambarkan sebagai warna. Apakah istilah yang sesuai untuk "heatmap" dalam bahasa Melayu - bolehkah "peta haba" diterima? 2) Istilah "funnel analysis" merupakan suatu kaedah untuk memahami langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai hasil di laman web dan berapa ramainya pengguna yang melalui setiap langkah tersebut. Set langkah-langkah tersebut dirujuk sebagai "funnel" atau "corong" kerana bentuk yang biasa menggambarkan aliran pengguna adalah serupa dengan corong di dapur atau garaj. Apakah istilah yang sesuai untuk "funnel analysis" dalam bahasa Melayu - bolehkah "analisis corong" diterima? 3) Manakah terjemahan "track" yang lebih sesuai dalam konteks bidang teknologi maklumat - "mengesan" atau "menjejaki"? Contohnya "track information" atau "track users". Sekali lagi, terima kasih.1. Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi heat map. Pihak kami telah memanjangkan ke dalam Jawatankuasa Istilah untuk mendapatkan padanan yang betul.

2.  Analisis Corong boleh digunakan.

3. Perkataan yang boleh digunakan ialah jejak pengguna bagi terjemahan tracks users.
Penyemakan dan penterjemahan02.07.2019

Kembali ke atas