Salam. Saya mempunyai satu pertanyaan berkenaan sejarah penggunaan huruf ta marbutah (ة) di dalam tulisan Jawi. Berdasarkan pemerhatian saya, di dalam ejaan Jawi lama, terdapat satu versi ta marbutah yang ditulis secara terpisah daripada selebihnya perkataan tersebut, serta berada di paras yang lebih tinggi berbanding huruf lain bagi menandakan bunyi (KK) yang berakhir dengan konsonan T seperti "Parliament" (sila rujuk fail lampiran). Saya faham bahawa penggunaan ta marbutah sebegini tidak lagi menjadi sebahagian daripada cara penulisan bahasa Melayu, namun adakah Dewan Bahasa mempunyai catatan rekod tentangnya, dan bolehkah saya mendapatkan sedikit penjelasan atau rumusan tentangnya, seperti nama panggilannya dan jika ia mempunyai kegunaan lain? Terima kasih. | Soalan tuan/puan memerlukan rujukan khusus, catatan rekod dan penjelasan yang lebih terperinci. Kami akan menghubungi tuan/puan melalui e-mel setelah mendapat maklumat berkenaan. Untuk maklumat tambahan, tuan/puan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi - Sebutan -Jawi (Edisi Kedua) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Ejaan | 27.06.2021 |
Ini masalah ejaan jawi. Perbezaan penggunaan antara huruf 'ta' dengan 'ta marbutah'. Mohon penjelasan mengenai penggunaan kedua-dua huruf ini. Betulkah kalau ketika mengeja jawi perkataan 'ayat' memadai mengeja dengan huruf 'ali ya alif ta'( contoh: Baca ayat ini - di mana perkataan jawi untuk ayat adalah "alif ya alif ta") Sebaliknya untuk menerangkan ayat al-Quran (misalnya ayat 'Ali Imran: 24 - ayat di sini dieja (alif ya ta (ta marbutah). Mohon penjelasan | Dalam ejaan baru, semua perkataan tersebut dieja dengan ta terbuka. Hanya perkataan pinjaman daripada bahasa Arab sahaja kekal digunakan huruf ta marbutah. Dan ini dapat menggelakkan kekeliruan antara perkataan surat dengan surah dan ayat al-quran dengan ayat. | Lain-lain | 05.06.2008 |
Assalam. Saya ingin membuat carta Jawi bagi murid prasekolah. Mohon pandangan : 1.huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah huruf Jawi atau sebaliknya? Sekiranya saya tidak meletakkan huruf-huruf ini, adakah ianya menjadi kesalahan dalam carta jawi yang saya ingin keluarkan? 2. Nyatakan rujukan kamus terkini bagi Rumi-Sebutan-Jawi? Terima kasih. | Untuk makluman puan, huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah termasuk dalam 37 abjad huruf Jawi dan terpakai untuk mengeja perkataan bahasa Melayu terutama serapan daripada bahasa Inggeris contohny (Kolonialisme) کولونياليسمى dan bahasa Arab contohnya, (Surah) سورة (Akhirat) اخيرة Untuk maklumat lanjutpuan boleh merujuk buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU RUMI-SEBUTAN-JAWI Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2016. | Ejaan | 28.05.2018 |
Assalamualaikum, Mohon pencerahan tentang tulisan Jawi, saya ingin mengetahui tentang ejaan terkini perkataan Jawi yang sebenar dan buku apa saya perlu rujuk? Keduanya saya ingin tahu berapakah bilangan huruf Jawi adakah ta marbutah dan ye (ya tiada titik) termasuk dalam huruf-huruf Jawi? Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam. Puan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua terbitan DBP untuk mengetahui ejaan Jawi terkini. Terdapat sebanyak 37 huruf Jawi bentuk tunggal Jawi termasuk ta marbutah dan ya tanpa titik. | Lain-lain | 24.08.2016 |
Saya mendapati istilah ALLAHYARHAMAH yang digunapakai dalam Kamus Dewan tidak terdapat dalam bahasa Arab. Hal ini kerana, kaedah bahasa Arab tidak membenarkan kemasukkan ta marbutah (melambangkan wanita) ke dlm kata kerja (feel). Frasa Muslim utk lelaki dan Muslimah utk wanita adalah betul kerana ia adalah kata nama. Manakala tiada perkataan Yarhamah bagi perkataan Yarham (lelakii) kerana ia adalah feel mudharik (kata kerja) | Kamus Dewan Perdana menakrifkan "Allahyarham" bermaksud Allah memberi rahmat, iaitu kata yang digunakan bagi orang Islam lelaki dan wanita yang telah meninggal dunia. Kata “Allahyarhamah” pula merujuk jantina, iaitu wanita Islam yang telah meninggal dunia. Walaupun kata “Allahyarhamah” ini kurang tepat dari segi pembentukan kata dalam bahasa sumber (bahasa Arab), namun kata ini telah mantap penggunannya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, Kamus Dewan Perdana, kamus terbaharu terbitan DBP telah membuat penambahbaikan dengan memasukkan juga bentuk kata yang betul, iaitu "Allahyarhamha", bagi wanita Islam yang telah meninggal dunia. | Makna | 19.02.2022 |
Masukan ejaan untuk perkataan "Ta" yg menunjuk ke Huruf Jawi/Arab tO طاء salah, sepatutnya طاء dan bukannya تاء juga. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=ta | Terdapat ralat dalam paparan di PRPM. Pihak kami akan membaiki paparan ejaan Jawi bagi kata ta (tho) ini. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:2199), ta1 تاء kata nama 1 huruf ketiga dalam abjad Jawi yang ditulis dgn simbol ت 2 huruf ketiga dalam abjad Arab yang mempunyai nilai 400; ta maftuhah ta; ta marbutah huruf keempat dalam abjad Jawi yang ditulis dengan simbol ة , yang menjadi ha simpul apabila wakaf dan ta apabila wasal. ta2 طاء kata nama 1 huruf ke-18 dalam abjad Jawi yang ditulis dengan simbol ط 2 huruf ke-16 abjad Arab yang mempunyai nilai sembilan. Ejaan Jawi ini adalah berpandukan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu, Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi dan Kamus Dewan Perdana terbitan DBP yang terkini. | Ejaan | 26.02.2024 |