Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ri.na] | مارينا

Definisi : pangkalan khas tempat kapal layar, bot persiar dsb berlabuh dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ri.na] | مارينا

Definisi : pangkalan khas tempat kapal layar, bot pesiar dsb berlabuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata marina


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah terkini untuk OKU?

Puan Marina,

Istilah bagi  seseorang yang mengalami kekurangan atau keadaan kurang sempurna (lengkap, baik) pada anggota badan, misalnya buta, pekak, kudung dan sebagainya akan dipanggil "Orang Kurang Upaya" atau singkatan OKU.

Istilah28.06.2009
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih.1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat )
Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal.
2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat)
3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat)
4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT)
5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT)
6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain.
7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat)
Tatabahasa13.08.2012
Saya ingin mencari senarai perkataan dalam Bahasa Melayu yang paling kerap digunakan secara lisan dan dalam penulisan. Adakah terdapat senarai sebegitu dihasilkan di DBP?

Puan Marina,

Untuk mencari senarai perkataan dalam Bahasa Melayu, puan boleh merujuk atau membaca Kamus Dewan Edisi Ketiga.

Lain-lain19.05.2009

Kembali ke atas