Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ri.tim] | ماريتيم

Definisi : 1. berkaitan dgn perkapalan, pela­yaran, dsb; 2. terletak di atau berdekatan dgn laut: 80% drpd perdagangan ASEAN ber-gantung pd pengangkutan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
maritim (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan laut, kelautan, samudera.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya dari Unit Perhubungan Awam Maritim Malaysia ingin menanyakan berkenaan istilah pangkat dalam Maritim Malaysia iaitu - Kepten (Maritim), saya cuba membuat carian dalam http://prpm.dbp.gov.my/ tidak ditemui tetapi hanya istilah kapten(Tentera darat) yang ditemui. Untuk makluman pihak tuan, untuk pangkat Kepten dalam Maritim Malaysia adalah sama dengan pangkat dalam tentera Laut (Kepten TLDM) dan Pangkat Kolonel dalam Tentera Darat. Saya juga telah beberapa kali berhubung dengan editor surat khabar untuk memaklumkan berkenaan istilah tersebut, mereka memberitahu bahawa istilah Kapten sahaja yang ada dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Macam mana saya hendak memaklumkan secara rasmi kepada DBP tentang istilah pangkat dalam Maritim Malaysia. Pihak tuan boleh merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 tahun 2004 (Skim Perkhidmatan Pegawai Penguatkuasa Maritim dan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguatkuasa Maritim). http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2004/pp062004.pdf. Sekian, terima kasih.Terima kasih atas makluman tuan. Kami mencadangkan maklumat tersebut disalurkan secara rasmi (secara bertulis) kepada pihak yang berkepentingan, iaitu Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera yang bertanggungjawab dalam penyediaan manuskrip kamus dan istilah (untuk penambahbaikan pada masa akan datang). Maklumat berkenaan boleh dihantar kepada Encik Rusli bin Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain02.12.2015
nyatakan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan agraria dan maritim? nyatakan ciri-ciri kerajaan agraria dan maritim? bandingkan ciri-ciri kerajaan agraria dan mariti. nyatakan pelabuhan kerajaan funan. nyatakan dua contoh kerajaan agraria. nyatakan dua contoh kerajaan maritim. terangkan mengenai kerajaan srivijaya.Soalan yang dikemukakan tidak berkaitan dengan permasalahan bahasa. Sila rujuk buku-buku bidang Sejarah berkenaan dengan Sejarah Awal AsiaTenggara.Lain-lain25.03.2008
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mula ditubuhkan sejak tahun 2005 lagi namun nama Agensi masih asing kepada segelintir rakyat Malaysia manakala nama singkatan Maritim Malaysia pula kurang menggambarkan peranan utama penubuhan Agensi. Adakah wajar sekiranya diwujudkan satu perkataan baru iaitu “Kosgad” (terjemahan terus dari Coast Guard) bagi menggantikan “Penguatkuasa MaritimPenetapan nama agensi diputuskan oleh agensi berkenaan. Sekiranya perkataan yang digunakan dalam penamaan itu memenuhi maksud bidang kuasa agensi berkenaan dan mematuhi struktur bahasa Melayu, maka tidak perlu digantikan dengan perkataan lain. Apatah lagi menggunakan perkataan yang diterjemah terus daripada bahasa asing.Makna09.05.2019
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mula ditubuhkan sejak tahun 2005 lagi namun nama Agensi masih asing kepada segelintir rakyat Malaysia sendiri manakala nama singkatan Maritim Malaysia pula kurang menggambarkan peranan utama penubuhan Agensi. Adakah wajar sekiranya satu kata nama baru iaitu “Kosgad” (terjemahan terus dari Coast Guard) diwujudkan bagi memberi pemahaman yang lebih khusus menjurus kepada fungsi dan peranan utama Agensi sepertimana agensi penguatkuasaan yang lain sebagai contoh Bomba, Imigresen, Kastam, Polis dan lain-lain?Penetapan nama agensi diputuskan oleh agensi berkenaan. Sekiranya perkataan yang digunakan dalam penamaan itu memenuhi maksud bidang kuasa agensi berkenaan dan mematuhi struktur bahasa Melayu, maka tidak perlu digantikan dengan perkataan lain. Apatah lagi menggunakan perkataan yang diterjemah terus daripada bahasa asing.Istilah09.05.2019
Salam tuan, saya mahukan maksud ayat ini : "futuring a maritime profession" adakah bermaksud menjadikan profesion maritim sebagai profesion pilihan pada masa akan datang? Perkataan "futuring" saya kurang arif terima kasihCadangan terjemahan bagi futuring a maritime profession ialah Masa Depan Profesion MaritimMakna25.02.2023
Mohon pihak tuan memberikan definisi/penerang lebih terperinci untuk Misi dan Visi berikut : a. Misi: Mempertahankan Kedaulatan Dan Kepentingan Maritim Negara Menerusi Dominan Peperangan Bawah Air. b. Visi: Angkatan Kapal Selam yang Berwibawa Dan DigeruniDBP tidak mempunyai maklumat mengenai misi dan visi jabatan. DBP hanya boleh memberikan maksud sesuatu perkataan berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sila rujuk makna setiap perkataan tersebut melalui laman prpm.dbp.gov.myMakna16.01.2017
Dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima cadangan penambahbaikan ejaan/ istilah dalam penulisan Waran Perjawatan/ Surat Kelulusan Perjawatan (WP/SKP) seperti berikut: 1. Ejaan Sekarang : Bahagian Penguatkuasa Cadangan :Bahagian Penguatkuasaan (Dalam konteks Organisasi/ Bahagian/ Sektor/ Cawangan) 2. Ejaan Sekarang :Penguatkuasa Cadangan :Penguat Kuasa (Dalam konteks Jenis-jenis Jawatan dan Gelaran Jawatan) Contoh penulisan waran perjawatan adalah seperti di Lampiran. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memberikan maklum balas ejaan sebenar bagi perkara yang dinyatakan di atas. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata penguat kuasa bermaksud orang atau pihak yang menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya, manakala penguatkuasaan ialah perbuatan atau proses menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya.

Lantaran makna tersebut, jika nama jawatan perlulah menggunakan kata penguat kuasa, misalnya Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Trafik.

Bagi nama unit/bahagian/jabatan dan sebagainya yang melibatkan proses atau tanggungjawab menguatkuasakan sesuatu, perlulah menggunakan kata penguatkuasaan misalnya Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Unit Penguatkuasaan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
Makna06.01.2025

Kembali ke atas