Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (markét) bp pasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata market


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohd Irfan Sep 2nd, 12:26pm IKLAN DI HADAPAN CENTRAL MARKET CENTRAL MARKET TULISAN CINA SINCE 1888 mohon DBP ambil tindakan dan war2 kan apakah tindakan DBP tersebut sangat sakit hati melihat ini berlaku di Ibu Negara MalaysiaTerima kasih atas aduan pihak tuan. Pihak kami telah menghantar surat teguran kepada DBKL dan DBKL maklum akan aduan tersebut dan akan mengambil tindakan secepat mungkin. Terima kasih.Lain-lain02.09.2015
Apakah istilah untuk "Market Insight" dalam Bahasa Melayu? Bolehkah "Tinjauan Pasaran" atau "Penelitian Pasaran" digunakan? Sekian, terima kasih.Istilah market Insight masih belum ada dalam pangkalan data kami. Cadangan yang sesuai bagi istilah Market Insight ialah Matlamat PasaranMakna17.04.2017
Apakah terjemahan bagi "Market Premium" dan "Price Premium". Terima kasih.Di dalam data PRPM, belum ada lagi terjemahan khusus bagi istilah Market Premium dan Price Premium. Walau bagaimanapun, cadangan kami bagi istilah Market Premium ialah Pasaran Premium dan Harga Premium bagi Price Premium.Tatabahasa07.02.2013
Adakah betul terjemahan ini: Free market entry - bebas keluar masuk pasaranSalam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan Free market entry dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan Free market entry supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih.Istilah27.09.2017
Carrefour mempunyai 2 jenis perniagaan iaitu pasar raya besar (logo biru merah) dan market (logo merah). Kami akan membuka satu cawangan Carrefour Market baru di Jalan Ipoh dan untuk permohonan lesen perniagaan oleh DBKL, diwajibkan untuk mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Kami lampirkan kedua-dua logo kami untuk rujukan. Untuk makluman pihak tuan, perkataan 'market' dibawah logo kami adalah sebahagian daripada logo itu sendiri seperti yang diluluskan oleh pihak atasan ibu pejabat di Perancis.Penggunaan bahasa dalam logo yang dilampirkan betul. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain04.09.2012
apa kah padanan untuk perkataan "market rally" dalam bahasa melayuIstilah "market rally" belum ada lagi padanannya dalam bahasa Melayu. Namun, kami mencadangkan padanan yang sesuai ialah "pengukuhan pasaran" yang merujuk suatu keadaan orang ramai yang berminat membeli sesuatu saham yang pada mulanya jatuh di pasaran.      Istilah09.06.2009
Saya ingin membuat pengesahan terjemahan saya. "A Business Development Center is an operational establishment set up within Market Malaysia’s computerized organization tracking system" Terjemahan saya "Pusat Pembangunan Perniagaan adalah penubuhan operasi yang disediakan dalam sistem pengesanan organisasi berkomputer Market Malaysia". Terima kasih.Terjemahan yang sesuai ialah "Pusat Pembangunan Perniagaan ialah penubuhan operasi yang disediakan dalam sistem pengesanan organisasi berkomputer Market Malaysia". Penyemakan dan penterjemahan16.12.2016
Apakah terjemahan untuk 'multidomestic' dan 'niche market' dalam bahasa melayu?Kedua-dua perkataan tersebut tidak ada dalam data kami. Berdasarkan bentuk kata multi- seperti multinasional, kami mencadangkan multidomestic diterjemahkan kepada multidomestik. Bagi perkataan niche market, dalam data kami terdapat marketing niche yang diterjemahkan kepada peluang pemasaran dan terdapat kata lain seperti niche ecological diterjemahkan kepada ceruk ekologi. Mohon puan mengemukakan konteks penggunaannya untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan31.07.2014
Apakah istilah yang biasa/boleh digunakan untuk "Money Market Dealer" dan "Foreign Exchange Dealer". Saya sudah cuba mencari di bahagian Carian Kata tapi tidak ada yang sesuai. Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk "Money Market Dealer" dan "Foreign Exchange Dealer" ialah Peniaga Pasaran Wang dan Peniaga Pertukaran Asing.Istilah06.09.2013
Permohonan di buat pada 23/7/2015 semua text dalam bahasa Inggeris memandangkan target market saya dari golongan expatrait /international yang berada dikawasan tersebut. (Seri Iskandar) Memandangkan saya telah mencetak iklan tersebut barulah saya di beritahu oleh pihak PBT saya perlu membuat penyemakan di DBP. Saya bimbang permohonan saya ditolak. Mohon kerjasama kerana target market saya adalah dari golongan international.Paparan awam dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di negara kita hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan, sediakan juga padanan dalam bahasa kebangsaan, iaitu perkataan dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) dan keutamaan kepada bahasa kebangsaan termasuklah dari segi saiz dan kedudukannya. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Lain-lain23.07.2015
123

Kembali ke atas