Mohon nasihat nama yang sesuai untuk dipanggil struktur tersebut. Lokasi struktur tersebut - Ikonik FRIM di pintu masuk FRIM Kepong - Ikonik Panda di hadapan pindu masuk Pusat Konservertiori Panda | Kami berpendapat bahawa pengguna 'Ikonik Panda' dan 'Ikonik FRIM' tidak sesuai digunakan bagi merujuk kepada struktur tiang yang tersebut. seperti yang puan sedia maklum, 'ikonik' bermaksud mempunyai sifat menyerupai sesuatu ikon (gambar, lukisan, imej gambaran) memang tiada kena mengena dengan struktur yang didirikan. Sejenis tiang besar dan tinggi yang dibina daripada batu, bata marmar, dll; jika puan ingin nama yang lebih panjang, 'tunggu peringatan' juga boleh digunakan. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
Assalamualaikum Minta pihak tuan/puan memberi maksud 'istilah' metamorphosed, rocket nose cone & heat shield tile. 1. Contoh ayat: Metamorphosed limestone is known as marble. 2. Contoh ayat: Ceramic materials are used to make rocket nose cones and heat shield tiles on the space shuttle. Terima kasih | Metamorphosed boleh diterjemahkan kepada metamorfosis atau bertukar atau perkataan lain yang bersesuaian dengan konteks ayat tersebut. Berdasarkan konteks ayat, kami mencadangkan ayat Metamorphosed limestone is known as marble diterjemahkan kepada batu kapur yang melalui proses metamorfosis dikenali sebagai marmar. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2014 |