Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ruah] | مرواه

Definisi : Ar 1. kehormatan (diri), harga diri: dia tidak menjaga ~nya; rakyat Malaysia bersatu padu dan teguh di belakang kera-jaan dlm mempertahankan ~ tanah air; 2. sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; bermaruah mempunyai maruah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ruah] | مرواه

Definisi : kehormatan atau harga diri (seseorang); nama baik: Kita mestilah menjaga ~ diri dan ~ bangsa kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maruah (kata nama)
Bersinonim dengan kehormatan, harga diri, nama baik, reputasi, akhlak.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maruah.... apa itu maruah... ego??? apa itu ego....Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maruah bermaksud kehormatan (diri), harga diri. Maruah juga membawa maksud sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; bermaruah mempunyai maruah. Manakala ego bermaksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.Tatabahasa25.07.2012
Perkataan "lacur" dalam tafsiran/terjemahan DBP banyak dikhususkan kepada perbuatan kurang bermoral iaitu menjual maruah bagi seorang perempuan. Bolehkah perkataan "lacur" itu digunakan kepada penjualanbarang2 lain selain maruah, seperti saya katakan, "seorang penjual bunga telah melacurkan bunganya di tepi jalan"?Mengikut Kamus DEwan Edisi Keempat, halaman 864, perkataan lacur bermaksud 1. tidak jadi, gagal, malang,sial.2. buruk laku, sundal. Oleh yang demikian perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks melacurkan bunga. Makna02.05.2008
1. apakah makna digniti? bolehkah pihak tuan memberi definisi yang tepat untuk perkataan tersebut? 2. adakah perkataan diskusi diterima dalam bahasa melayu? 3. bagaimanakah bentuk penulisan kata majmuk apabila digabungkan dengan kata terbitan? bolehkah pihak tuan memberikan beberapa contoh penulisan tersebut?

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, digniti bermaksud 1. sifat yg mulia, kemuliaan, kebesaran: mereka menganggap kerja mereka sbg satu profesion yg mempunyai maruah dan ~ tersendiri; 2. kedudukan (gelaran, pangkat, dll) yg tinggi: sudah sampai masanya dunia filem tanah air diberi ~ tersendiri.

2. Perkataan diskusi diterima pakai dalam bahasa Melayu.

3. Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Contohnya campur aduk -> mencampuradukkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 75.

Istilah14.10.2009
Saya keliru dengan ayat ini : "Bagaimanakah anda menjana gelagat staf anda untuk mencapai kemerlangan organisasi?" Adakah "menjana gelagat" dalam ayat / soalan ini maksudnya sama dengan "to empower" dalam B. Inggeris ? Harap pihak tuan dapat membantu menjelaskan.

1.     "empower” membawa maksud : =vt memberikan kuasa kpd, memberi [sso] kuasa: he ~ed his lawyer to sell his house, dia memberikan kuasa kpd peguamnya utk menjual rumahnya; he is ~ed to act on behalf of the organization, dia diberi kuasa utk bertindak bagi pihak organisasi itu.

 2.     "menjanakan" pula memberi makna = menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; 

3.     Kamus Dewan pula mendefinikan perkataan “gelagat” sebagai :a) tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; b) tingkah laku, gerak-geri: ~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya.  Jadi di sini dapatlah disimpulkan bahawa menjana gelagat tidak membawa makna "to empower" dalam bahasa Inggeris. Sekian, terima kasih.    

 

Makna25.06.2008

Kembali ke atas