Rangkai kata masa hadapan boleh tak digandakan menjadi masa- masa depan. Cth semoga semangat ini dpt diteruskan pada masa hadapan atau masa-masa hadapan? | Frasa "masa hadapan" boleh digandakan menjadi "masa-masa hadapan", namun penggunaan "masa hadapan" telah memadai. | Tatabahasa | 26.05.2014 |
Yang mana betul, dalam satu-satu masa / dalam suatu masa / dalam sesuatu masa? Contoh ayat - saya hanya boleh melakukan dua perkara dalam satu-satu masa. | Frasa yang betul ialah "dalam satu-satu masa", seperti contoh ayat "Saya hanya boleh melakukan dua perkara dalam satu-satu masa." | Tatabahasa | 20.07.2023 |
Salam. Antara 'masa catatan' atau 'catatan masa', yang manakah yang betul? Contoh: Catatan masa larian Ali ialah 10 saat. Masa catatan larian Ali ialah 10 saat. Terima kasih. | Catatan masa larian Ali ialah 10 saat. Masa catatan larian Ali ialah 10 saat. : Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.07.2019 |
Tuan, 1. Penggunaan frasa manakah adalah betul? Budak yang malas belajar itu akan berhadapan dengan kesukaran pada _________________. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) 2. Dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin __________________nya. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) Terima kasih. | Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 29.01.2018 |
Saya nak bertanya samada penggunaan kata masa ke masa atau dari semasa ke semasa atau juga dari masa ke semasa, yang mana penggunaan kata yang betul, minta penjelasan, terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah dari semasa ke semasa | Tatabahasa | 19.10.2018 |
Apakah perbezaan antara tempoh dengan jangka masa? Mohon pencerahan. Terima kasih. | Jangka masa ialah ukuran masa yang tertentu, manakala tempoh ialah jangka masa berlakunya sesuatu yang bermula dari satu masa ke satu masa tertentu. Tempoh juga mempunyai pecahan makna yang lain. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 2311 dan 868) untuk mendapat maklumat yang lengkap. | Makna | 10.07.2024 |
Assalamualaikum tuan.. saya ingin bertanya perkataan apa yang bersesuaian untuk menyatakan tempoh masa A ke satu tempoh masa B.. Adakah sela masa atau jarak tempoh masa.. Sekiranya terdapat perkataan lain mohon pandangan pihak tuan..Sekian terima kasih | Frasa yang betul ialah "sela masa" dan "tempoh masa". Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat yang sesuai. | Lain-lain | 30.03.2023 |
masa depan dan masa hadapan mana satu yang tepat? | Jawapan: Kedua-dua perkataan "masa depan" dan "masa hadapan" adalah betul berdasarkan penggunaaan ayat. | Istilah | 27.08.2014 |
JAWATAN KOSONG PEMBUNGKUS (PACKER) (Sepenuh Masa / Separuh Masa) Kekosongan untuk cawangan di Jalan Kapar Keutamaan diberi kepada pekerja perempuan Tempat kerja yang berhawa dingin Kemasukan segera Sila hubungi nombor telefon di bawah untuk menetapkan tarikh temuduga : 03-78040333 / 014-9299385 (Rajiv) / 012-2262317 (Rozi) | sila kemukakan soalan anda. | Lain-lain | 23.05.2014 |
Salam Tuan, Apakah perbezaan penggunaan "depan" dengan "hadapan". Contohny, penggunaan yang mana satu betul, "masa depan" atau "masa hadapan"? Sekian, terima kasih. | Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 09.05.2013 |