Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan a. Masa kini b. Pada masa ini c. Pada masa kini Mana yang betul penggunaannya?Yang lebih tepat ialah "Pada masa kini".Tatabahasa03.10.2007
MASA KINI / MASA INI/ KINI SEMASA KE SEMASA / MASA KE SEMASA HAL INI / INIUngkapan yang betul ialah masa kini dan dari masa ke masa atau semasa ke semasa.Tatabahasa11.12.2007
Adakah perkataan 'pada masa kini' dan 'kini' boleh digunakan dalam karangan..?? Adakah pada masa kini adalah lewah dan perlu digantikan dengan 'Kini' sahaja..??

Frasa "pada masa kini" boleh digunakan sama seperti frasa "pada masa hadapan".

Tatabahasa30.05.2011
Lanjutan pertanyaan saya tentang frasa "masa kini" dahulu. Dalam ayat ini, misalnya, "Remaja masa kini kurang menghormati orang tua", ada pendapat mengatakan bahawa 'masa kini' tidak tepat kerana 'kini' sudah terangkum makna 'masa'. Benarkah pendapat itu? Jika benar, apakah pilihan lain yang tidak jauh bezanya untuk menggantikan frasa tersebut?Perkataan masa dan kini membawa maksud yang berbeza, masa bermaksud waktu atau ketika, manakala kini bermaksud sekarang ini, waktu ini. Justeru, frasa "masa kini" adalah betul dan tidak mempunyai unsur lewah dari segi maksudnya.Tatabahasa09.10.2007
saya ingin bertanya mengenai penggunaan frasa 'pada masa kini' dan 'pada masa ini'. adakah penggunaan 'pada' tidak boleh digunakan sekiranya menggunakan kata 'kini'.sebaliknya hanya 'pada masa ini'. manakala 'kini' digunakan untuk 'masa kini' tanpa ada kata 'pada'. apa perbezaan antara 'pada masa kini', 'pada masa ini' dan 'masa ini'. bolehkah 'masa ini' berfungsi sebagai kata pangkal ayat?gramatis ke penggunaannya?Yang lebih gramatis ialah "pada masa kini".Tatabahasa04.10.2007
APAKAH PERKEMBANGAN PUISI PADA MASA KINI?Perkembangan puisi masa kini boleh dirujuk kepada buku terbitan DBP iaitu Buku Sejarah Puisi Sehingga 1990. Buku boleh didapati di Pusat Dolumentasi Melayu DBP atau di mana-mana perpustakaan negeri. Perkembangan puisi sehingga tahun 2000 masih dalam kajian oleh pihak DBP dan insya'-Allah akan diterbitkan sebelum tahun 2010. Dalam hal ini, sejarah perkembangan puisi bukan suatu kerja yang mudah dan memerlukan kajian yang teliti.Lain-lain05.08.2007
Salam sejahtera salam muhibah dan salam 1Malaysia. Saya ingin mengajukan satu soalan kepada tuan.Perkataan yang manakah tepat.HINGGA KE MASA KINI ATAU HINGGA SEKARANG? Terima kasih atas kerjasama anda.Ungkapan yang betul ialah hingga masa kini / ke masa kini/ hingga sekarang.  Tatabahasa08.08.2010
1. Isu bagi frasa masa ini atau masa kini. Kesemua maklum balas kepada soalan-soalan dalam khidmat nasihat membenarkan penggunaan frasa masa kini sedangkan kini sudah membawa maksud masa ini. 2. Apakah ejaan yang betul bagi asabiyah? 3. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan e-mel tuan/puan sebelum ini adalah berkaitan. Adakah frasa "adalah berkaitan" gramatis?, atau apakah cadangan ayat yang lebih tepat bagi maksud yang sama?1. Untuk makluman, kini dan masa kini membawa maksud yang sama. Sungguhpun begitu, penggunaannya berbeza mengikut konteks ayat. Contoh:

a. Kini telah wujud bentuk penjajahan baharu
b. Pada masa kini, tidak semua percaya terhadap berita yang dipaparkan di laman social.

2. Ejaan yang betul ialah asabiyah
3. Contoh penggunaan ayat yang betul: Dengan segala hormatnya, perbincangan melalui telefon antara pegawai kami, Puan Khairunnisa  binti Ismail dengan pegawai tuan, Puan Zainun binti Abdullah  pada 21 September 2017 berkenaan hal tersebut di atas dirujuk.
Lain-lain09.03.2018
Salam. Adakah sesuai salah satu petikan lirik lagu rasmi sekolah: "di masa kini" ? Atau bolehkah dikatakan sebagai laras lagu, maka boleh digunakan?Salam sejahtera,

Teks 'di masa kini" tidak sesuai digunakan dan salah daripada aspek tatabahasa.

Ayat yang betul ialah " pada masa kini"

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa27.03.2018
Kenapa ayat Pada masa kini salah dan tidak boleh digunakan?Frasa "pada masa kini" adalah betul.Tatabahasa28.06.2011
12345678910...

Kembali ke atas