Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata masalahnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum, mohon bantuan mengenai perkataan prasarana. Masalahnya ialah kami sedang melaksanakan kerja projek penulisan ilmiah untuk mata pelajaran Pengajian Am peringkat STPM. Tajuk yang diberi sekadar berbentuk tema iaitu, pengangkutan:prasarana. Jadi mohon bantuan menghuraikan cakupan prasarana dalam konteks ini adakah meliputi pengangkutan awam sahaja dan tidak boleh menyentuh pengangkutan peribadi seperti kereta atau motosikal? Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan per­khidmatan asas (seperti kemudahan pengangkut­an dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan sebagainya) yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan. Kemudahan asas ialah kemudahan yang disediakan untuk orang awam dan keperluan peribadi tidak termasuk dalam huraian berkenaan.Makna12.04.2013
Assalamualaikum Saya ingin menerbitkan sebuah buku nota syarahan sahih bukhari, tali masalahnya adalah pada teks hadis, setakat ini saya hanya salin dari shamela.com dan bandingkan dengan naskhah terbitan Al-bushra, adakah itu dikira melanggar hak cipta? Kalau ya, maka apa yang perlu lakukan untuk mengelakkan dari situasi itu? Kemudian saya baca dalam panduan penulisan teks hadis KDN bahawa setiap teks hadis perlu diterjemahkan, dan terjemahan perlu mengikut kunci transliterasi DBP, kalau saya tidak lakukan demikian ia dikira salah ke?

Salam tuan yang budiman,

Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada:

Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut perlu disertakan dengan:

1. Salinan lembut manuskrip.

2. Salinan bercetak manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

 

Karya27.05.2025
dah mohon pengesahan iklan, dbp dah sahkan permohonan diterima, sedang proses. masalahnya, bila nak siap proses/sahkan permohonan? lama tunggu dah ni......................................................................................................................................Sila hubungi kami ditalian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran ikalan untuk kami memproses permohonan tuan dengan kadar yang segera.Lain-lain28.09.2015
Adakah ayat ini betul? Ah Kaw dan Ah Moi ialah suami isteri. Masalahnya, ayat ini ialah ayat majmuk, jika kita menganalisi ayat ini akan terjadi: (a) Ah Kaw ialah suami isteri. (b) Ah Moi ialah suami isteri. Ayat (a) dan (b) walaupun betul dari segi tatabahasa, tetapi tidak lojik.Ayat majmuk Ah Kaw dan Ah Moi ialah suami isteri daripada gabungan dua ayat Ah Kaw suami dan Ah Moi isteri.Tatabahasa18.05.2012
Saya ingin bertanyakan istilah untuk kajian saya bagi Mini Tesis yang akan saya jalankan, masalahnya tiada kajian dalam Bahasa Melayu setakat ini. Istilah Bahasa Inggeris yang ingin saya tanyakan terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu ialah Drug Refusal EfficacyKami mencadangkan istilah "Drug Refusal Efficacy" diterjemahkan sebagai "Keberkesanan Penolakan Drug", "Keberkesanan Penolakan Ubat" atau "Keberkesanan Penolakan Dadah". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang, sama ada bidang Perubatan, Farmasi atau Veterinar.Istilah06.05.2021
saya hendak bertanya tentang jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan). saya sudah membaca iklan mengenainya. tetapi masalahnya saya tidak dapat memuat turun borang jawatan itu. jadi, pertanyaaan saya, bagaimana saya hendak mendapatkan borang tersebut? terima kasih.

Sdr,

Sekiranya sdr ingin mendapatkan borang tersebut, sila hantar sampul surat beralamat sendiri kepada kami sepertimana alamat yang tertera dalam iklan di akhbar tersebut. Sdr juga boleh datang sendiri ke pejabat kami di Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Pastikan permohonan sdr yang telah dilengkapkan dengan makalumat dan dokumen yang dapat menyokong permohonan sdr sampai kepada kami selewat-lewatnya pada 6 April 2009.

TK.

Lain-lain16.03.2009
Assalamalaikum dan selamat sejahtera. Saya mempunyai minat dalam penulisan seperti puisi, sajak, cerpen dan novel. Masalahnya saya tidak tahu kemana hasil karya ini hendak saya salurkan? Saya juga pernah memasuki pertandingan mencipta puisi kemerdekaan 2007 ajuran DBP kawasan Selatan. Di harap pertanyaan saya ini mendapat pertimbangan dari pihak saudara dan di sudahi dengan ucapan terima kasih. Siti Zaleha Samad 019 7958445Karya saudara yang terdiri daripada kumpulan sajak, kumpulan cerpen atau novel boleh disalurkan kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, No. 1&3, Jalan Susur Dato' Mohd. Said Sulaiman 1, Larkin Perdana, 80350, Johor Bahru, Johor, jika saudara menetap di Johor dan Melaka. Jika saudara menetap di Selangor, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan, salurkan karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain02.08.2007
Mereka datang ke negara kita untuk mencari makan. Ungkapan mencari makan dalam ayat ini memang biasa digunakan. Masalahnya, makan ialah kata kerja. Jadi ayat ini tidak gramatis?

Encik Waris terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Untuk makluman Encik, perkataan mencari makan telah diterima sebagai bahasa kiasan. jadi dalam hal ini tidak timbul lagi soal kata kerja  atau sebagainya. Banyak contoh lain yang bolek kita kaitkan selain daripada mencari makan ini. Terima kasih.

Makna30.11.2009
SALAM SEJAHTERA, PIHAK WIRA TELAH MEMPEROLEHI KELULUSAN SIJIL BAHASA PAPAN IKLAN KILANG. PIHAK WIRA DIMINTA PAMERKAN DENGAN LESEN NIAGA MBSA. MASALAHNYA TIADA SARONG / PETAK PAPARKAN IKLAN TERSEBUT. DIMANA DENGAN SIAPA SAYA BOLEH HUBUNGI MENDAPATKANNYA PADA KADAR SEGERA. SEKIAN,TERIMA KASIH.Untuk makluman, pihak DBP hanya membuat semakan bahasa pada visual iklan sahaja. Sila berhubung dengan pihak MBSA berkenaan paparan lesen di premis perniagaan. Lain-lain19.10.2023
dalam buku antologi harga remaja tingkatan empat. sebuah antologi cerpen bertajuk "sungai ceper". ceper pula merujuk dulang kecil mengikut kamus dewan. masalahnya ialah sebutan tersebut iaitu e pepet @ e taling kerana dalam antologi ini ceper merujuk nama sebuah sungai iaitu sungai ceper..mohon jawapan daripada pihak DBp untuk mengelakkan pelajar keliru.

Salam sejahtera.

Bagi soalan yang diajukan oleh saudara, pihak kami telah menghubungi penulis buku tersebut. Penulis  menjelaskan bahawa  perkataan ceper  bermaksud  dulang seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan.

Lain-lain30.01.2010
123

Kembali ke atas