a. Adakah ayat di bawah betil? 1. Dapat menguasai semua huruf. 2. Masih perlu berusaha. 3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. 4. Sangat memuaskan. 5. Pembentukan suku kata sangat memuaskan. 6. Masih belum menguasai suku kata yang dipelajari. 7. Sederhana dalam pembentukan suku kata. 8. Ada kemajuan dalam mengenali suku kata. 9. Sebutan suku kata yang lancar. 10. Pencapaian yang bagus dalam ejaan. 11. Masih ada ruang untuk kemajuan. 12. Masih belum boleh bercerita tetapi kopmunikasi yang mudah dapat difahami. 13. Masih dalam proses untuk kemajuan. 14. Pencaipaian yang memuaskan dalam segi cerita dan komunikasi. 15. Dapat menyusun semula ayat dengan penuh keyakinan. 16. Penyusunan semula ayat masih perlu diperhatikan. 17. Dapat membaca ayat dengan penuh keyakinan. 18. Pembacaan ayat tidak lancar. 19. Bacaan kurang lancar. 20. Masih belum boleh membaca ayat. 21. Perlu bimbingan yang lebih dari guru. 22. Tulisan yang kemas. 23. Masih perlu latihan yang lebih dalam teknik menulis. | 1. Dapat menguasai semua huruf. - Ayat ini tidak lengkap kerana tidak ada subjeknya. 2. Masih perlu berusaha. - Tidak lengkap kerana tiada subjek. 3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. - Ayat tidak lengkap. Untuk soalan 4 - 23, sila rujuk kamus dan buku Tatabahasa Dewan. Sebahagian besar daripada contoh yang diberikan bukan ayat lengkap, tidak ada subjek atau pelaku dalam ayat tersebut. Untuk membina ayat dengan lengkap, rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat. | Tatabahasa | 14.05.2012 |
Mengapakan frasa "belum masih cukup" salah dan frasa yang betul "masih belum cukup"?. Hukum tatabahasa apakah yang diguna pakai? | Perkataan belum dan masih merupakan merupakan kata bantu aspek. Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. Kata bantu aspek boleh hador secara berderetan seperti pada halaman 396 dalam buku Tatabahasa Dewan. Penggunaan yang betul ialah masih belum mencukupi. Penggunaan belum masih tidak tepat dari segi makna yang hendak disampaikan. Contohnya dalam ayat Ali masih belum tidur dan Ali belum masih tidur. Ayat yang gramatis ialah ayat yang pertama yang mempunyai makna yang jelas. | Tatabahasa | 07.01.2018 |
Salam. Penggunaan Kata Bantu "masih" Ayat: Ali masih belum makan lagi. Adakah ayat di atas itu betul? Terima kasih | Kata bantu aspek ‘masih’ digunakan dengan betul dalam ayat <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Ali masih belum makan lagii>. | Tatabahasa | 11.02.2015 |
Ayat yang mana betul. 1. Kami masih mencari jawapan tentang soalan Matemaik itu. 2. Kami masih bercari jawapan tentang soalan Matematik itu. 3. Kami masih bercari tentang jawapan soalan Matematik itu. | Ayat yang lebih tepat ialah "Kami masih mencari jawapan untuk soalan matematik itu". | Lain-lain | 07.04.2016 |
Salam. Ayat yang manakah lebih tepat? 1. Berapakah ekor monyet yang masih bergayut di atas pokok? 2. Berapa ekorkah monyet yang masih bergayut di atas pokok? 3. Berapa ekor monyetkah yang masih bergayut di atas pokok? | Ayat yang betul ialah "Berapa ekor monyetkah yang masih bergayut di atas pokok?" | Tatabahasa | 14.05.2020 |
Salam, ayat yang manakah yang mempunyai struktur ayat yang lebih tepat? 1) Sabrina masih berhutang RM5.00 dengan Maisara. 2) Sabrina masih berhutang kepada Maisara RM5.00. 3) Sabrina masih berhutang Maisara RM5.00. Jika kesemuanya salah, sudi kiranya tuan/puan tolong betulkan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Sabrina masih berhutang RM5.00 dengan Maisara.
| Tatabahasa | 01.12.2014 |
Saya belum makan. Saya masih tidak makan Saya masih belum makan Saya belum makan lagi. Ayat yang manakah betul? dan Apakah perbezaan di antara ayat-ayat di atas? | Ayat yang lebih tepat ialah "Saya masih belum makan." Ayat ini gramatis dan mempunyai makna yang jelas. | Lain-lain | 09.11.2022 |
1. Hawa dingin masih lagi terasa 2. Hawa dingin masih terasa lagi. yang mana satukah ayat yang betul? | Frasa yang betul ialah "Hawa dingin masih lagi terasa". | Tatabahasa | 31.10.2022 |
Salam, kata sendi nama yang manakah lebih sesuai digunakan? 'masih segar dalam ingatan' atau 'masih segar di ingatan'? Terima kasih. | Kata sendi nama yabng betul ialah "dalam" (masih segar dalam ingatan) | Tatabahasa | 24.12.2013 |
(i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu. (ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai. (iii) Budak itu makan roti canai Ayat-ayat songsang yang manakah betul untuk ayat-ayat aktif yang terdapat di atas? (a) Meluluskan permohonan itu kami masih belum. (b) Permohonan itu kami masih belum meluluskan. (c) Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah. (d) Memancing ikan kami sudah pernah di tepi sungai. (e) Roti canai budak itu makan. | (i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu. Meluluskan permohonan itu kami masih belum. Permohonan itu kami masih belum meluluskan. (ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai. Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah. (iii) Budak itu makan roti canai. Roti canai budak itu makan.
| Tatabahasa | 29.10.2015 |