Salam memperjuangkan bahasa Melayu, tuan DBP. Adakah rangkai kata "masing-masing pihak" betul? Contoh ayat: (1) Jika demikian, tutup sajalah persoalan kesalahan bahasa dan biarkanlah bahasa berkembang menurut kehendak masing-masing pihak. Bukankah frasa bahasa Melayu berurutan Diterangkan-Menerangkan, iaitu nama utama di hadapan, penerang di belakang? Maka sepatutnyalah frasa itu berurutan "pihak masing-masing": "masing-masing" yang bermaksud tiap-tiap dirinya penerang nama utama "pihak" ataupun kerana "masing-masing" bermaksud tiap-tiap dan setiap, dan "setiap" kata bilangan, oleh itu "masing-masing" yang disamakan dengan "setiap" yang bergolongan kata bilangan perlu diletakkan di depan nama utama sebagai penentu bilangan, seperti: setiap pihak = masing-masing pihak? | Perkataan yang lebih sesuai ialah "pihak masing-masing" | Lain-lain | 12.12.2016 |
salam 1 malaysia. manakah contoh ayat berikut yang sesuai digunakan untuk penggunaan perkataan 'masing-masing'. 1. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, serta masing-masing 1 item dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. 2. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, dan 1 item masing-masing dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. mohon cadangan ayat yang sesuai. t.q | Terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu ilmu asas sebagai guru dan atribut profesional masing-masing 4 item, dan subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar masing-masing 1 item. | Tatabahasa | 01.09.2015 |
Salam. Bagaimanakah menggunakan perkataan "masing-masing" dengan betul? 1. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin ialah 19 dan 9 masing-masing. 2. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin masing-masing ialah 19 dan 9. 3. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin ialah masing-masing 19 dan 9. | Penggunaan yang betul ialah Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin masing-masing ialah 19 dan 9. | Tatabahasa | 29.07.2019 |
pembetulan ayat - 'masing-masing 0.2 peratus atau 0.2 peratus masing-masing' | Masing-masing 0.2 peratus. | Tatabahasa | 14.08.2008 |
Setiap negara ASEAN mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing. Bolehkah kata bilangan pisahan setiap dan masing-masing digunakan serentak di awal dan di akhir ayat. | Masing-masing, setiap, tiap-tiap merupakan kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Oleh itu gunakan salah satu sahaja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 288 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 03.11.2010 |
adakah penggunaan perkataan "masing-masing" di dalam ayat ni betul?: Beliau telah membuat bayaran berjumlah RM3,000.00 masing-masing telah dibuat pada 3.1.2015 dan 8.1.2015. | Penggunaan masing-masing dalam ayat tersebut tidak tepat. Ayat yang tepat: Beliau telah membuat bayaran berjumlah RM3,000.00 pada 3.1.2015 dan 8.1.2015. | Tatabahasa | 01.10.2015 |
Assalamualaikum tuan/puan, Mohon khidmat nasihat berkaitan pengguna perkataan masing-masing. Ayat yang mana paling tepat atau betul? 1. Empat peket plastik bertanda "K1" hingga "K4" 2. Empat peket plastik masing-masing bertanda "K1" hingga "K4" 3. Empat peket plastik masing-masing bertanda "K1", "K2", "K3" dan "K4" sekian terima kasih. | Ketiga-tiga ayat tersebut boleh digunakan dengan penambahbaikan yang berikut: 1. Empat paket plastik bertanda K1 hingga K4. 2. Empat paket plastik masing-masing bertanda K1 hingga K4. 3. Empat paket plastik masing-masing bertanda K1, K2, K3 dan K4. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014), halaman 431 - 575. | Tatabahasa | 08.11.2024 |
Mohon pandangan / perbetulkan kesilapan dalam ayat di bawah tentang penggunaan perkataan masing-masing: Syarikat A, B dan C masing-masing adalah merupakan penyumbang untuk dana pembinaan dewan ini. atau Syarikat A, B dan C masing-masing adalah salah satu penyumbang untuk dana pembinaan dewan ini. | Ayat yang betul ialah “Syarikat A, B dan C merupakan penyumbang dana untuk pembinaan dewan ini.” | Tatabahasa | 08.06.2023 |
Yang manakah betul? 1. Para tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. / Tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. 2. Pelbagai jenis sayur / pelbagai jenis sayur-sayuran/ pelbagai jenis sayur-mayur. 3. bergai-bagai jenis buah/ berbagai-bagai jenis buah-buahan | 1. Tetamu boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam ayat contoh yang diberikan jelas menunjukkan ramai tetamu kerana adanya frasa "pulang ke rumah masing-masing". Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing". 2. Pelbagai sayur. Perlbagai juga bermaksud jenis. 3. Bergai-bagai buah. Berbagai-bagai sama maksudnya dengan bermacam-macam. | Tatabahasa | 07.10.2012 |
Adakah setiap atau tiap-tiap dan masing-masing blh digunakan dlm ayat yg sama? 1)Tiap-tiap / setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah. 2)Tiap-tiap / setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah masing-masing. 3)Murid-murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah. 4) Murid-murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah masing-masing. | Setiap dan tiap-tiap mempunyai maksud yang sama, iaitu satu-satu daripada banyak, masing-masing. Ayat yang paling sesuai digunakan ialah: Setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah. | Makna | 21.01.2022 |