Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mass


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai untuk digunakan bagi terjemahan "Mass Enablement"? "Mass Enablement" boleh ditakrifkan sebagai pengaktifan sesuatu kaedah secara besar-besaran. Contohnya, pengaktifan penggunaan kad Touch n Go di seluruh tol di Malaysia (dilakukan secara besar-besaran). Saya ada beberapa cadangan untuk terjemahan terma ini: 1. Pengaktifan Secara Besar-Besaran 2. Pengaktifan Secara Massa 3. Pengaktifan Berbesaran 4. Pengaktifan Besar-Besaran 5. Pengaktifan Besaran Harap tuan dapat cadangkan terjemahan yang sesuai bagi "Mass Enablement". Terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bagi frasa "Mass Enablement" diterjemahkan sebagai pengaktifan massa (seperti pola mass phenomenon atau fenomena massa dalam bidang Antropologi dan Komunikasi). Namun, terdapat juga padanan lain yang tepat bagi istilah tersebut, iaitu pengaktifan menyeluruh atau pengaktifan berkelompok, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.

Istilah18.01.2020
Assalamualaikum tuan, Saya ingin dapatkan terjemahan untuk "engineered timber", "engineered wood" dan "mass timber." Sekian, terima kasih.Padanan "engineered" dalam Bahasa Melayu ialah tereka bentuk. Melalui carian di internet "engineered timber" khusus kepada kayu daripada sumber balak, manakala "engineered wood" boleh terhasil daripada pelbagai jenis kayu termasuk balak. "Mass timber" (mass engineered timber) ialah produk kayu yang distruktur dengan lebih baik. Belum ada padangan ketiga-tiga perkataan ini dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami, "engineered timber - kayu balak tereka bentuk", "engineered wood - kayu tereka bentuk" dan "mass timber (mass engineered timber) - kayu besar tereka bentuk", sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannyaPenyemakan dan penterjemahan21.01.2019
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada frasa "pembunuh massa" ("mass killer") wujud dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang mass killer dalam sumber rujukan kami dan carian kami di Internet. Secara literal killer boleh diterjemahkan kepada pembunuh dan mass ialah massa. Namun kita perlu melihat sama ada istillah pembunuh massa sesuai digunakan dalam konteks tertentu ataupun mungkin membawa maksud yang lain. Sila kemukakan konteks penggunaan kata tersebut.Penyemakan dan penterjemahan12.07.2015
low bone massjisim tulang rendahMakna27.03.2007
Assalamualaikum, Merujuk kepada jawapan yang tuan berikan terhadap pertanyaan saya bagi maksud "engineered timber", "engineered wood" dan "mass timber." Bolehkah saya simpulkan seperti di bawah? i) "Engineered timber" = balak tereka bentuk ii) "Mass engineered timber" = balak besar tereka bentuk iii) "Engineered wood" = kayu tereka bentuk Sekain, terima kasih.Cadangan kami:
i.  engineered timber - kayu balak tereka bentuk
ii. engineered wood - kayu tereka bentuk
iii. mass timber (mass engineered timber) - kayu besar tereka bentuk
Istilah24.01.2019
Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihatnya berkaitan istilah apa yang paling sesuai dalam Bahasa Melayu bagi istilah weapons of mass desctruction? Terima kasih"Weapons of mass destruction" boleh diterjemahkan sebagai "senjata pemusnahan massa"Istilah09.06.2020
Assalamualaikum... Saya perlukan kepastian untuk terjemahan perkataan mass hysteria. Di pangkalan data prpm diberikan sebagai histeria massa dan histeria am. Mana satukah yang betul? Saya temukan di http://www.beritaharian.sg/dunia/lebih-50-pelajar-guru-alami-histeria-di-sekolah-di-kelantan menggunakan "histeria beramai-ramai". Yang ini lebih difahami bagi saya orang awam berbanding yang prpm berikan. Mohon penjelasan.Waalaikumussalam.  Penggunaan histeria massa (bidang  perubatan) dan histeria am (bidang pendidikan) boleh digunakan untuk bidang berkenaan. Jika untuk penerangan kepada orang awam, histeria beramai-ramai boleh diterima. Sekian. Terima kasih.Istilah06.07.2017
Apakah terjemahan atau cadangan terjemahan bagi perkataan 'infeed'? Menurut Oxford Dictionaries, infeed (NOUN) mass noun 1 The action or process of supplying material to a machine. 1.1 count noun A mechanism which supplies material to a machine. Contoh ayat daripada Merriam-Webster: bottles go into the infeed of washing machine Terima kasih.Tiada istilah yang khusus untuk perkataan 'infeed' dalam bahasa Melayu. Namun dicadangkan perkataan 'suapan' yang bermaksud tindakan membekalkan mesin dengan bahan yang akan dikerjakan.

Terima kasih.
Istilah11.07.2017
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan semi di bawah ini: semi-processed semi-fermented semi-solid mass semi-liquid savoury preparation of foodKami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

semi - separa


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain05.07.2021
Soalan ini berkaitan dengan penulisan novel. Adakah betul ayat yang saya gunakan berikut? - Masing-masing cekap dalam melaksanakan tugas yang diberi, berkat latihan berkala dan Mass Casualty Incident (MCI) Simulations bertaraf elit yang dijalankan sebelum ini.

Dalam menghasilkan karya sastera, penulis diberikan kebebasan untuk berkarya. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari segi ritma, kiasan atau susunan kata mengikut keperluan penulis bagi melahirkan makna tertentu, asalkan tidak menyalahi hukum tatabahasa.

Ayat yang telah diberikan penambahbaikan ialah “Masing-masing cekap dalam melaksanakan tugas yang diberikan, hasil latihan berkala Pelan Pengurusan Bencana bertaraf elit yang dijalankan sebelum ini.”

Sastera12.08.2024
12

Kembali ke atas