Salam Malaysia MADANI. Saya ingin kepastian kaedah penulisan frasa bahasa Inggeris yang telah menjadi nama program khas di Institut Aminuddin Baki. Contoh: 1. Program Master Trainer 2. Program Master Trainer (Frasa Master Trainer diitalikkan) 3. Certified Trainer 4. Certified Master Trainer Kaedah penulisan tanpa italikkan frasa bahasa Inggeris untuk program khas bersifat dalaman institusi atau mesti diitalikkan. | Untuk makluman, pihak DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau ayat bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan yang sesuai. | Lain-lain | 21.11.2024 |
Master of Renewable Energy Makna dalam bahasa Melayu Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharu @ Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui | Soalan sdr akan diajukan kepada Bahagian Peristilahan. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. Terima kasiih | Istilah | 02.07.2014 |
master of business administration bachelor of | sarjana pentadbiran perniagaan sarjana muda pentadbiran perniagaan | Lain-lain | 10.02.2009 |
Terima Kasih. Frasa "Master Builders" yang kami ingin sampaikan membawa maksud yang berikut - "master" bermaksud pekerja mahir (seperti dalam kamus dwibahasa) dan "builders" bermaksud Kontraktor/ Pembina (Master Builders - Mahir dalam bidang pembinaan) Soalan : 1. Apakah cadangan tuan? 2. Adakah cadangan berikut boleh diterima "Persatuan Pembina-Pembina Malaysia" dan ia tepat pada maknanya? Nota: Sekiranya boleh, kami ingin mengelak daripada menggunakan perkataan "Kontraktor" kerana terdapat persatuan lain yang menggunakan perkataan tersebut. TK | 1. Perkataan yang dikemukakan adalah betul maknanya. 2. Cadangan kami : Persatuan Jurubina Malaysia. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.01.2009 |
1. Bolehkah istilah 'Master Trainer' digunakan secara terus sebagai nama khas kepada sesuatu kelayakan khusus. 2. Apakah perkataan paling sesuai diberikan kepada perkataan 'trainer', jika ia merujuk kepada tenaga pengajar kepada seorang jurulatih. | Istilah Master Trainer belum ada dalam sumber rujukan kami. Dalam bidang pendidikan terdapat istilah master teacher dan diterjemahkan kepada guru ahli/guru utama. Oleh itu, kami mencadangkan padanan istilah Master Trainer dalam bahasa Melayu ialah Jurulatih Utama. | Istilah | 16.11.2011 |
Saya pelajar Master Sains di UPM. Saya ingin bertanya tentang istilah skala mengukur kekerapan. adakah istilah ini betul? 5 - Amat Kerap 4 - Kerap Kali 3 - Kadang-Kadang 2 - Jarang-Jarang 1 - Tidak Pernah adakah istilah lain untuk mengukur kekerapan? | 1. Istilah yang digunakan adalah betul. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan. 2. Istilah lain yang boleh digunakan ialah sering, selalu, dan acap kali. Namun begitu, penggunaan istilah haruslah menepati konsep dan sasaran yang ditetapkan supaya tidak mengelirukan apabila dibuat pentafsiran. | Istilah | 13.02.2014 |
Apa beza panggil pemegang master dan phd | Mohon tuan untuk memperincikan soalan tuan. Untuk makluman tuan, pemegang "master" ialah pemegang ijazah "sarjana", iaitu pemegang ijazah kedua (tahap pengajian akademik selepas ijazah pertama di institut pengajian tinggi). Pemegang "Phd"pula ialah pemegang ijazah "Doktor Falsafah", iaitu ijazah tertinggi yang diberikan kepada seseorang siswazah lanjutan kecuali bagi bidang undang-undang dan perubatan yang membawa gelaran Dr. | Lain-lain | 24.08.2023 |
Master of Environmental Technology jika diterjemahkan ke bahasa Melayu adakah seperti berikut: 1. Sarjana Teknologi dalam Alam Sekitar ATAU 2. Sarjana Teknologi Alam Sekitar | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk Master of Environmental Technology ialah Sarjana Teknologi Alam Sekitar. | Makna | 13.07.2018 |
Salam, Boleh berikan terjemahan yg paling sesuai bagi " master list of material: 1- senarai bahan induk atau 2-senarai induk bahan Terima kasih | Cadangan kami master list of material diterjemahkan kepada senarai bahan induk. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.11.2020 |
Tuan, untuk iklan billboard, bolehkah saya meletakkan perkataan:- 1) Master 2) Bachelor 3) Diploma, tanpa saya menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu? Adakah ia menjadi satu kesalahan? | Perkataan Master, Bachelor perlu diterjemahkan kepada Sarjana dan Sarjana Muda, manakala perkataan Diploma telah diterima dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 02.07.2012 |