| bolehkah saya mendapatkan sajak bertajuk "sajak dan iblis" karya sabar bohari??? | Terima kasih atas soalan saudara. Saudara boleh merujuk di majalah Mastika keluaran Mei 1967 yang bertajuk "Syaitan dan Iblis". Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, tingkat 3, Menara DBP untuk mendapatkan bahan ini. Sekian terima kasih | Lain-lain | 08.10.2010 |
| apakah erti perkataan MUSTIKA. saya tidak terjumpa diperkhidmatan kamus, istilah, atau dimana juga, selain pantun. | Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah 'MESTIKA'. Orang ramai lazim mengeja dan menyebutnya sebagai mustika atau mastika seperti yang terdapat dalam lirik lagu serta pantun. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat, mestika membawa maksud sejenis batu sakti yang terdapat dalam kepala ular dan lain-lain/geliga/gemala. Ia juga bermaksud permata yang bernilai (intan dll). Kalau digunakan sebagai kiasan, mestika juga boleh diertikan sebagai yang termolek/yang tercantik atau sesuatu yang disayangi. | Makna | 29.12.2006 |
| saya inim meminta biogarfi penulis sajak buku kumpulan puisi MAYA iaitu Agus Salim,serta biografi penulis sajak buku kumpulan puisi DI BAWAH BAHANG MENTARI iaitu Sabar Bohari dan biografi penulis sajak kumpulan puisi RAUNG MERDEKA iaitiu Abdullah Shuib. Saya juga ingin mendapatkan cara untuk menghubungi ketiga tiga penulis sajak tersebut. | Sila rujuk bahan dibawah : 1. Karisma PEN : Biografi Penulis Negeri Sembilan / Salim Hj Taib : 2005 2. Wajah :Biogarfi Penulis ? DBP : 2005 3. Abdullah Shuib / Dewan Sastera Februari 1996 4. Sabar Bohari / Latif Yusoff : Mastika : Ma | Lain-lain | 31.08.2008 |
| sumbangan zaaba terhadap perkembanga bahasa melayu sumbangan dewan bahasa dan pustaka terhadap perkembangan bahasa melayu | Terima kasih atas soalan anda. Sila rujuk bahan seperti dibawah, atau daftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Sumbangan Za'ba dalam bidang terjemahan. Pelita Bahasa.1/11/98 2. | | | | 3. | Za'ba cukup berjasa kepada Umno dan bangsa Melayu | | Mastika | 01/05/1997 | 4. | Za'ba Pendeta bahasa sepanjang zaman | Awang Sariyan | Pelita Bahasa | 01/07/2000 | 5. 6. | Dewan Bahasa dan Pustaka dan perancangan bahasa (kenangan untuk DatukHaji Hassan Ahmad) | A. H | Dewan Bahasa | 01/09/1988 | 7. | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi pembinaan dan pengembangan bahasa | Hassan Ahmad | Dewan Bahasa | 06/01/1981 | 8. | Dewan Bahasa dan Pustaka: lima dekad memartabatkan bahasa kebangsaan | Saharom Abd Aziz | Dewan Siswa | 01/08/2006 |
| Lain-lain | 15.05.2008 |