Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata masukkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1.Mohon pihak tuan untuk jelaskan ayat perintah & contohnya. 2.Saya keliru dengan kata dasar yang menerima Imbuhan apitan .. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan --menaikkan --kebanyakkan ---masukkan ---masukkan (Bagaimanakah mengetahui ejaan itu ada 1 K atau 2 K ? Terima kasih.
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut.


1. AYAT SURUHAN
Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan.
Contohnya: Pergi kamu dari rumah ini!


2. AYAT  LARANGAN
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
Contohnya: Jangan ambil harta orang.

3. AYAT SILAAN
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila hantar jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut:  Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.

4. AYAT PERMINTAAN
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut : Minta kamu semua bertenang.


Cara untuk mengetahui sama ada perkataan tersebut 1 k atau 2 k ialah:
Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an.
Tatabahasa08.03.2016
Salam sejahtera. Masukkan tarikh bila diperlukan @ Masukkan tarikh apabila diperlukan? Jawapan akan diperoleh @ Jawapan akan diperolehi? (Kedua-dua soalan di atas adalah daripada laman KNDBP di bawah Panduan Pelanggan-KNDBP-Cara Penggunaan) Kedua-dua anaknya @ Kedua-dua orang anaknya? Dia berjaya (menyandang) lawannya di penjuru gelanggang selepas menjatuhkannya. Perkataan (menyandang) adalah salah. Sila memberi cadangan perkataan yang sesuai untuk kurungan tersebut. Cadangan saya: menyandingi, menandingi. Terima kasih.Soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang jelas, ringkas dan mudah difahami.Tatabahasa14.04.2022
EJAAN PERKATAAN MASUKAN ATAU MASUKKAN. EJAAN MANA YANG BETUL BAGI AYAT BERIKUT: SILA MASUKAN ATAU MASUKKAN BAG KE DALAM MESIN PENGIMBASEjaan yang betul ialah masukkan.Ejaan16.05.2010
Salam sejahtera. Yang manakah adalah betul? 1. Masukkan tarikh bila diperlukan atau Masukkan tarikh apabila diperlukan? 2. Jawapan akan diperoleh atau Jawapan akan diperolehi? Dilampirkan gambar halaman KNDBP di bawah Panduan Pelanggan-KNDBP-Cara Penggunaan. Sila buat pembetulan jika terdapat kesilapan supaya tidak timbul kekeliruan. Terima kasih.Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas teguran dan kami akan perbaiki ayat tersebut.
1. Masukkan tarikh apabila diperlukan.
2. Jawapan akan diperoleh ...
Lain-lain18.04.2022
bolehkah saya masukkan kamus bahasa kedalam telifon bimbit?Setakat ini masih belum ada pihak/syarikat/badan yang membangunkan kamus BM untuk telefon bimbitLain-lain01.11.2008
Masukkan buku ke dalam beg atau di dalam beg? Yang manakah betul?Ayat yang betul - Masukkan buku ke dalam beg. Tatabahasa17.05.2011
Masukkan barang-barang itu bersama ke dalam plastik. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Masukkan barang-barang itu bersama-sama ke dalam plastik."Tatabahasa07.04.2022
Memasak. ' Letakkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, atau 'masukkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, yanag mana betul.Yang betul ialah 'Masukkan sedikit garam'.Tatabahasa20.12.2007
Bolehkah perkataan "dalam" digunakan untuk maksud menganggar? Contoh. - Masukkan dalam tiga sudu minyak ke dalam kuali. - Saya rasa dia akan datang dalam jam 10:00 pagi nanti. Terima kasih.Bagi ayat yang pertama, ayat yang tepat ialah Masukkan lebih kurang tiga sudu minyak masak ke dalam kuali. Perkataan dalam dalam ayat ini tidak sesuai.

Bagi ayat yang kedua, ayat tersebut betul kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan dalam membawa maksud pada waktu (tertentu).
Tatabahasa08.08.2021
Apakah padanan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris "torrent", "seeder", "leecher" (semuanya kata nama) dalam bidang teknologi maklumat? Saya masukkan maklumat lanjut ke dalam fail "torrent.rtf" di bahagian "Lampiran fail" dan berharap fail tersebut dibaca sebelum soalan ini dijawab. Saya terpaksa masukkan ke dalam fail kerana keseluruhan soalan beserta penerangan tersebut telah melebihi 1500 perkataan.Belum ada padanan bagi kata torrent, seeder dan leecher dalam pangkalan data kami. Berdasarkan konsep kata nama tersebut, seeder ialah pemuat naik bahan, leecher ialah orang yang berkongsi maklumat dalam perisian torrent. Dalam penulisan, ketiga-tiga tersebut perlu diitalikkan ejaannya.Istilah03.05.2015
12345678910...

Kembali ke atas