Sesuatu pertubuhan kecil, dalam penggunaan yang betul, yang mana satu, KOMITI atau KOMUNITI? | Komiti ialah jawatankuasa atau panitia, manakala komuniti ialah masyarakat kesuluruhannya. Dalam bentuk yang lebih kecil atau subunit penubuhan jawatankuasa lazimnya dilakukan. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
apakah itu komuniti bahasa? | Komuniti ialah kumpulan orang yg tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat (di sesuatu tempat atau negara), orang ramai umumnya; 2. kumpulan individu yg mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan, dll). Bahasa pula ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb). Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 09.08.2008 |
Terangkan maksud Masyarakat Majmuk Secara Ringkas. | Majmuk bermaksud sesuatu yg terdiri atau terbentuk drpd beberapa bahagian dsb tetapi merupakan kesatuan. Masyarakat majmuk bermaksud kepelbagaian bangsa, agama, ras, etnik yg membentu suatu komuniti atau masyarakat dalam sesebuah negara. T.kasih. | Lain-lain | 10.09.2008 |
maksud perkataan/istilah: 1. laman sesawang 2. kursus pendek 3. komuniti setempat | 1. laman sesawang - laman web 2. kursus pendek - yang betul ialah kursus jangka pendek - kursus yang diadakan dalam tempoh yang singkat. 3. komuniti setempat - masyarakat setempat / di satu tempat sehaja. | Makna | 12.03.2009 |
Mohon pandangan pernyataan yang paling bersesuaian bagi tema persidangan untuk orang awam yang telah dilantik sebagai wakil masyarakat sebagai agen perubahan tingkah laku untuk amalan kesihatan a. Kenali Ubat: Duta Pemangkin Komuniti Sihat. b. Duta Kenali Ubat, Pemangkin Komuniti Sihat. c. Kenali Ubat: Komuniti Sihat Sejahtera. d. Kenali Ubat: Duta Hebat rakyat sihat. Untuk makluman, Kenali Ubat Anda merupakan aktiviti berterusan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan pernyataan d. , iaitu Kenali Ubat: Duta Hebat, Rakyat Sihat. | Lain-lain | 22.01.2018 |
Saya ingin bertanyakan kesesuaian pernyataan berikut sebagai tema persidangan: Penulisan pernyataan berikut yang manakah paling bertepatan? a. Kenali Ubat, Duta Hebat, Komuniti sihat. atau b. Kenali Ubat : Duta Hebat, Komuniti Sihat. Untuk makluman, duta disini merujuk kepada wakil masyarakat yang telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertindak sebagai agen perubahan dalam memastikan penggunaan ubat-ubatan adalah secara berkualiti. | Kami mencadangkan pernyataan b. , iaitu Kenali Ubat: Duta Hebat, Komuniti Sihat. | Lain-lain | 22.01.2018 |
1. WHAT IS COMMUNITY? WHAT IS COMMUNITY DEVELOPMENT? | Komuniti bermaksud 1. kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya.2. kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Development atau pembangunan bermaksud 1. perihal membangun,proses membangun(mencapai kemajuan,perkembangan,dsb.).2. usaha atau kegiatan membangunkan(memajukan dan mengembangkan). Oleh itu pembangunan komuniti bermaksud perkembangan atau kemajuan komuniti. Sila kemukakan pertanyaan saudara dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 04.03.2009 |
Saya ingin bertanya penterjemahan bagi perkataan "community policing". Hasil pembacaan saya ada yang menggunakan istilah "kepolisan masyarakat", ada yang menggunakan istilah"kepolisan komuniti" dan ada juga yang menggunakan istilah "kepolisian masyarakat". Bagi pihak DBP apakah penggunaan atau istilah rasmi untuk perkataan "community policing" dalam bahasa Melayu. Harap pihak tuan dapat membantu kemusykilan saya. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk community policing dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk policing, iaitu pengawasan. Oleh itu, padanan istilah yang kami cadangkan ialah pengawasan komuniti atau pengawasan masyarakat. | Istilah | 19.09.2011 |
1) Dalam Kamus Dewan dinyatakan bahawa sebutan 'erat' menggunakan e pepet. Namun, mengapakah komuniti masih menggunakan e taling untuk sebutan erat itu ? Justeru, adakah kita perlu mengikut Kamus Dewan ataupun kebiasaan dalam komuniti? Contoh: Bersukan mampu mempererat hubungan antara satu sama lain. 2) Apakah perbezaan antara 'bersama' dengan 'bersama-sama' ? | 1. Walaupun perkataan ini tidak tergolong dalam homonim (seperti sepak dan sepak), masyarakat wajar menyebutnya seperti dalam pedoman/kamus. 2. Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya ialah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. | Tatabahasa | 01.04.2010 |
mohon untuk disemak susun ayat berikut: Program pengawasan komuniti wajar dipupuk demi keselamatan masyarakat setempat | Susun atur ayat tersebut tidak ada kesalahan dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 15.06.2016 |