Mat Nasir SUN 8:28AM Mat Nasir Mat Assalamualaikum. Saya masih mencari buku yang membicarakan tentang bahasa rojak. Atau memang masih tiada. Jika begitu mohon terbitkan segera buku tentang bahasa rojak ini utk tatapan awam. Agar 'bahasa nasional' ini dapat dihindari... | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasih | Lain-lain | 25.09.2016 |
ASSALAMUALAIKUM.SAYA INGIN BERTANYA TENTANG NOVEL ANTARA DENDAM DENGAN PERJUANGAN KARYA ALI JUSOH,2007.MEMANG BENAR CERITA TERSEBUT BENAR TETAPI ADAKAH ADIK MAT ,IAITU MAT KILAU ADIK KEPADA ADIK YAK,IAITU TOK GAJAH?BUKANKAH MAT KILAU ANAK TOK GAJAH ,DAN TOK GAJAH BERSAMA DATO BAHAMAN SERTA MAT KILAU TELAH BERJUANG UNTUK PAHANG.BENARKAH WATAK ZAKI HAMIDON,MARIA,ABON,SERI BANUM,PRABASNA,ABANG MUSA,DERAMAN,TAMBI SAN,AH WEE,AMAT DAN LAIN-LAIN.DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH MENULIS BUKU ATAU SYARAT -SYARATNYA.SAYA HARAP PIHAK ANDA DAPAT MEMBALAS PERTANYAAN SAYA INI.TERIMA KASIH. | Waalaikumusalam wbk. Bagi menjawab soalan sdr tentang watak-watak dan perwatakan dalam novel Dendam dan Perjuangan karya Ali Jusoh, sdr bolehlah menghubungi penulisnya sendiri di talian 09-6663312 (rumah) atau 019-9490727 (t/bimbit). Alamat rumah beliau ialah No. 4, Taman Teratai, To Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Mudah-mudahan beliau dapat menjelaskan sendiri tentang segala kemusykilan sdr. Berhubung dengan minat dan syarat-syarat menulis buku, sdr. boleh mendapatkan atau membeli buku-buku yang dijual di pasaran yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit. Antara buku terbitan DBP ialah Panduan Menulis Puisi karya Rahman Shaari, Panduan Menulis Cerpen karya Othman Puteh dan Panduan Menulis Novel karya Shahnon Ahmad. Sekian, selamat berjaya dan wassalam. | Lain-lain | 02.12.2009 |
Nama datuk kami Ahmad. Kami memanggilnya Tuk Mat. Ejaan yang tepat, Tuk Mat atau Tok Mat? Bagaimana pula dengan ejaan uintuk mudim, guru dan pawang - tok atau tuk? | Ejaan yang betul ialah Tok Mat, Tok Mudin, Tok Guru dan Tok Pawang. | Ejaan | 24.08.2011 |
Penggunaan istilah 'samseng jalanan' yang rasmi? Istilah ini merujuk kepada golongan mana dan adakah 'mat rempit' termasuk dalam istilah ini atau istilah ini sememangnya dirujuk kepada 'mat rempit'? | Istilah samseng jalanan digunakan bagi menggantikan istilah mat rempit yang diberikan kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram. | Istilah | 22.03.2010 |
sy ingin tahu..maksud istilah 'mat rempit ' dan sipa yg mengutarakannya.. | Mat rempit atau lumba haram merujuk orang yang terlibat dalam kegiatan berlumba motosikal yang tidak dibenarkan dan di tempat laluan awam. Untuk maklumat perinci sila rujuk makalah yang berkaitan, terima kasih. | Istilah | 27.07.2009 |
saya ingin bertanya, adakah imbuhan pe/peng juga boleh merujuk kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan? saya ingin mendapatkan takrifan bagi perkataan pengguna. contoh : pak mat membeli freskis untuk kucingnya tompok. pak mat tidak makan freskis itu. tompok yang makan. siapakah pengguna freskis itu? pak mat atau tompok? atau kedua-duanya? terima kasih. . | Pengguna bermaksud orang dan lain-lain yang menggunakan termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hal ini boleh dijelaskan melalui konteks ayat atau penceritaan dalam ayat. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan mudah untuk kita menentukan siapa yang menggunakan/makan makanan tersebut. | Tatabahasa | 04.12.2012 |
Bolehkah "Changing Mat" diterjemahkan kepada "Pelapik tukar lampin" atau "Alas tukar lampin"? Terima kasih. | Cadangan padanan bagi istilah changing mat dalam bahasa Melayu ialah tikar tukar atau tikar salin. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 15.10.2024 |
Saya ada kemusykilan tentang penggunaan yang betul untuk ruangan tandatangan dalam penyediaan surat-menyurat. Contoh1: (Datuk Mat bin Mohamad) Naib Presiden LMA Sdn Bhd Contoh 2: Datuk Mat bin Mohamad Naib Presiden LMA Sdn Bhd Manakah penggunaan yang tepat. Adakah meletakkan tanda kurungan satu kemestian untuk ruangan tandatangan?? | Nama perlu ditulis dengan huruf besar dalam tanda kurung, seperti contoh yang berikut: (DATUK MAT BIN MOHAMAD) Naib Presiden LMA Sdn. Bhd.
| Lain-lain | 10.12.2012 |
Berkaitan perhimpunan di sekolah: Yang _____ Puan Hajah Norma binti Hassan, Pengetua SMK Hamzah. Yang _____ Encik Zulkapli bin Mat Sin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Hamzah. Yang _____ Tuan Haji Zulkornain bin Mohamad, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Hamzah. Yang _____ Puan Che Zaharah binti Che Mat, Guru Kanan Sains Sosial SMK Hamzah. 1. Apakah panggilan hormat yang sesuai? (Situasi majlis tanpa tetamu dari luar dan situasi majlis tanpa tetamu dari luar) 2. Mengapa penggunaan "Encik" lebih sering digunakan berbanding "Tuan" walaupun individu tersebut telah berkahwin? Bukankah penggunaan yang betul ialah "Tuan" untuk lelaki yang sudah berkahwin? 3. Terdapat pihak yang mengatakan Yang Berusaha boleh disingkatkan menjadi YBrs.. Benarkah? 4. Nama jawatan yang betul ialah Guru Penolong Kanan atau Penolong Kanan sahaja? | 1. Cadangan kami, gunakan gelaran hormat Yang Berusaha kepada pengetua, manakala guru-guru lain gunakan gelaran hormat Yang Dihormati, seperti Yang Berusaha Puan Hajah Norma binti Hassan, Pengetua SMK Hamzah, Yang Dihormati Encik Zulkapli bin Mat Sin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Hamzah, Yang Dihormati Tuan Haji Zulkornain bin Mohamad, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Hamzah, Yang Dihormati Puan Che Zaharah binti Che Mat, Guru Kanan Sains Sosial SMK Hamzah. 2. Penggunaan "Encik" di hadapan kata nama lelaki sama ada yang telah atau belum berkahwin telah lama diamalkan. Kata sapaan "tuan" digunakan dalam penulisan formal bagi menggantikan nama yang dirujuk. 3. Betul, Yang Berusaha boleh dieja YBrs. dalam singkatan. 4. Berdasarkan surat siaran/edaran Kementerian Pendidikan, jawatan Penolong Kanan yang digunakan atau singkatannya PK. | Tatabahasa | 03.08.2024 |
Apakah terjemahan bahasa Melayu yang sebetulnya untuk perkataan Inggeris "Cover" dalam konteks video/audio muzik yang dinyanyikan oleh orang selain penyanyi asal satu-satu lagu. Contohnya: "Skyfall - Adele Cover by Mat". | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'cover' mengikut konteks ayat 'Skyfall Adele Cover by Mat' ialah Nyanyian semula lagu Adele oleh Mat - Skyfall | Makna | 02.06.2020 |