Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; semata-mata, semata 1. hanya, melulu: burung itu hidup ~ bergantung pd ikan; 2. belaka, sama sekali: berjaya atau tidak pelajaran yg diajarkan terpulanglah kpd guru ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya nak tanya pasal penggunaan simpulan bahasa 'menjolok mata' adakah ada pertukaran perkataan 'menjolok' kepada perkataan 'mencolok'...n..sekarang perkataan yang mana kt gunakan untuk ayat dimana keadaan yang menyakitkan mata -pakaianDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menjolok mata bermaksud (i)sangat jelas kelihatan, sangat nyata (ii)memberi malu, menyakitkan hati. Maksud mencolok mata pula ialah (i) mencucuk mata (ii) (kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar (iii) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua menjolok mata dan mencolok mata boleh digunakan dalam konteks yang dikemukakan. Makna14.01.2011
Silau I Silau IISilau I - Kabur mata (kerana kena cahaya yg. sangat terang) Silau II - Menyilau - memandang (sesuatu yg. jauh), meninjauMakna18.03.2007
Bolehkah saya tanya yang manakah betul? i) bahasa Melayu/Bahasa Melayu ii) Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia/peperiksaan Sijil Pelajaran MalaysiaApabila merujuk kepada bahasa sama seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris, ejaan yang betul ialah bahasa Melayu. Ejaan Bahasa Melayu (Malaysia) digunakan bagi nama mata pelajaran seperti Sains dan Matematik.Tatabahasa07.10.2012
Saya mohon pengesahan DBP samada huruf pertama bagi perkataan berikut dibesarkan atau tidak: i) Kerajaan Negeri atau kerajaan negeri ii) Kerajaan Negeri Kedah atau Kerajaan negeri Kedah iii) Ringgit atau ringgit Satu perkara lagi, bagi sesuatu tajuk bolehkah terus diletakkan singkatan. Sekiranya boleh bagaimana cara yang sepatutnya.Contoh, Kadar Pertukaran Mata Wang Asing Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Nota: JANM hanyalah singkatan bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi tajuk di atas. Sekian, terima kasih.i. Kerajaan Negeri jika merujuk pada nama khas, kerajaan negeri jika umum. ii. Kerajaan Negeri Kedah sebab ia nama khas. iii. Ringgit jika diawal ayat (huruf awal huruf besar). Tajuk hendaklah ditulis penuh dan singkatannya boleh ditulis selepas itu dalam kurungan.Tatabahasa21.08.2007
saya ingin kan penjelasan maksud dan juga penngunaan dalam ayat bagi perkataan-perkataan berikut:- i) merudum ii) merundum iii)merundung

1. ejaan yang betul ialah merudum yang bermaksud berlari beramai-ramai atau jatuh atau merosot dgn teruknya contoh ayat: nilai ringgit merudum kerana diserang oleh pedagang mata wang

2. merundung bermaksud  mengacau, mengganggu, menyusahkan: ia merundung suaminya dengan meminta dibelikan itu dan ini.

Tatabahasa02.10.2011
Salam sejahtera..... Di sini saya ada beberapa keraguan tentang penggunaan bahasa yang memerlukan penjelasan dan tujuk ajar pihak tuan. 1) Yang manakah ayat berikut benar penggunaan bahasanya? i) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu sama luas dengan gelanggang bola jaring ini. ii) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu seluas dengan gelanggang bola jaring ini. 2) Saya sering menghadapi masalah ketika menerangkan penggunaan imbuhan me...kan dengan me...i dan me.... pada situasi ayat yang berlainan. Namun muri-murid saya tetap keliru dan kurang memahami. Berikut, saya memetik beberapa ayat contoh yang menimbulkan keraguan. i) Emak sedang menghiaskan ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajar mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemui sebentuk cincin di halaman rumah. Sedangkan jawapan yang saya peroleh ialah : i) Emak sedang menghiasi ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajarkan mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemukan sebentuk cincin di halaman rumah. Justeru, saya amat memerlukan tunjuk ajar pihak tuan agar dapat membantu saya merungkai masalah saya. Penjelasan ini amat penting bagi saya memantapkan pengajaran saya dalam bahasa Melayu serta keberkesanan tahap kefahaman murid saya...... Sekian, terima kasih daun keladi dan salam sejahtera........1. Dari segi tatabahasa, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Untuk imbuhan me-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Untuk pengetahuan Puan, buku-buku rujukan yang diterbitkan oleh penerbit luar (bukan DBP), kebanyakan mereka tidak sangat mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul.Tatabahasa15.05.2010
Apakah perbezaan antara perkataan 'baru' dengan 'baharu'? Contohnya, guru baru itu mengajar saya mata pelajaran Matematik. Adakah ayat ini betul?

Saudara Tammychong,

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hal. 105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Terdapat perbezaan makna bagi baru selain bermaksud "yang belum ada" dan sebagainya, makna lain ialah "baru sahaja berlaku" seperti "baru tiba", "baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya, baru mempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum ada dan (ii) baru berlaku. Kata baharu digunakan secara baku dan sesuai untuk kata seperti pembaharuan.

Penggunaan perkataan 'baru' dalam ayat contoh yang disertakan adalah betul yang merujuk makna belum (tidak) ada sebelumnya.

Makna13.09.2012
"Tumpang bertanya, bagaimana untuk menggunakan imbuhan 'i'. Contoh : didengari. Contoh ayat: 1. Seseorang boleh mendapat maklumat dari apa yang telah didengarinya. Atau.. 2. Seseorang boleh mendapat maklumat dari apa yang telah didengarnya. Mohon penjelelasan. Terima kasih."Tumpang bertanya, bagaimana untuk menggunakan imbuhan 'i'. Contoh : didengari. Contoh ayat: Imbuhan 'i' boleh bergabung dengan semua kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas untuk membentuk kata kata kerja. akhiran-i akan membentuk kata kerja ktransitif dan wujud dengan awalan Men- atau -di. Kata kweja yang hadir dengan akhiran -i tanpa awalan wujud hanya dalam dua bentuk iaitu : (i) dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua (ii) dalam ayat suruhan. Contoh yang dikemukakan harus diteliti sebagai apitan di-...-i bukan sebgai akhiran -i semata-mata. Ayat yang betul ialah : Seseorang boleh mendapatkan maklumat daripada sumber yang didengarnya. Bentuk di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i. Benrmaksud perkataan yang berimbuhan di-...-i harus diikuti dengan perkataan oleh. Sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 186 dan 208.Tatabahasa06.10.2013

Kembali ke atas