Jika Westernization diterjemahkan sebagai pembaratan, bagaimana pula dengan mata angin lain? Adakah ia penimuran atau pentimuran? Pengutaraan? Penenggaraan atau pentenggaraan? Penyelatanan atau penselatanan? | Maksud westernization menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah pembaratan. Merujuk kepada takrifan pembaratan ialah perbuatan (usaha, kegiatan, dan sebagainya) menjadikan (sesebuah negara dan sebagainya) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dan lain-lain. Maksud pembaratan tidak merujuk kepada mata angin. | Makna | 23.08.2017 |
Assalamualaikum 1. Apakah perbezaan makna afektif, emosi dan perasaan? 2. Apakah konteks ayat/situasi yang tepat untuk penggunaan ketiga-tiga perkataan tersebut? 3. Adakah huruf b pada kata barat yang merujuk lokasi negara barat perlu ditulis huruf besar? Manakala barat yang merujuk arah mata angin ditulis huruf kecil? 4. Adakah betul istilah ini dalam bahasa Melayu: a. Kereaktifan positif bagi merujuk istilah extraversion/surgency? b. Afektif negatif bagi merujuk istilah negative affect? c. Pengawalseliaan bagi merujuk istilah effortful control? 5. Apakah yang dimaksudkan dengan temperamen (temperament)? Terima kasih | Puan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari. Selain itu, puan boleh melayari Katalog Awam Dalam Talian (KAWAT) yang terdapat dalam Laman Web DBP dan membuat semakan judul atau subjek bahan yang diperlukan. Sekiranya ada bahan yang boleh membantu, puan boleh mendaftar di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Podium Menara DBP sebagai ahli Rakan Dewan. Setelah mendaftar puan boleh membuat rujukan bahan-bahan yang diperlukan. Kadar yuran keahlian ialah RM30 untuk setahun, RM30 untuk 2 tahun dan RM35 untuk keahlian 3 tahun. Waktu perkhidmatan ialah setiap hari Isnin - Khamis (8.30 pagi - 4.45 petang) dan pada hari Jumaat (8.30 pagi - 12.00 tengahari/2.45 petang - 4.45 petang). Terima kasih kerana berhubung dengan kami. | Sastera | 30.05.2017 |
Perkataan `barat’ dan `timur’ ialah kata nama am sebagai penunjuk arah atau lokasi. Bagaimanapun sering saya temui tulisan dalam artikel, jurnal dan berita, huruf `B’ dan `T’ ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: 1. Pemerintah di Timur dan Barat menganggap … 2. Pandangan sarjana Barat tentang fenomena ini agak … 3. Masyarakat Barat sering melihat masyarakat Timur sebagai bangsa yang … Mohon dijelaskan, apakah alasannya? Tidak bolehkah huruf `T’ dan `B’ itu ditulis menggunakan huruf kecil `t’ dan `b’ atas sifatnya bukan nama khas tetapi nama am. Apakah panduan yang boleh diguna pakai dalam hal ini. Sekian, terima kasih. | Merujuk kepada soalan tuan, setelah membuat tinjauan entri kamus dapatlah dirumuskan seperti berikut: 1. Jika merujuk kepada arah mata angin: utara, selatan, timur, barat dan lain-lain ialah kata nama nama (huruf kecil) contoh: dikir barat, angin timur laut, selatan Semenanjung dan utara Semenanjung. 2. Jika merujuk tempat atau kawasan yang sudah diwartakan, jelas itu kata nama khas (huruf besar). Contoh: Malaysia Barat, Malaysia Timur, Asia Tenggara, Hemisfera Barat, DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, Dasar Pandang ke Timur dan lain-lain lagi. Kesimpulannya huruf besar dan huruf kecil adalah betul bergantung pada konteks makna yang diingini. Bagi ayat 1,2 dan 3 di atas merujuk kawasan geografi secara umum, justeru huruf kecil t (timur) dan b (barat) mesti digunakan (sarjana barat, sarjana timur, masyarakat barat, masyarakat timur) Oleh itu, Alasan yang kukuh untuk menentukan jenis huruf ialah aspek konteks/semantik yang ingin dinyatakan oleh penulis. | Ejaan | 16.01.2018 |
1. Adakah nama mata pelajaran perlu ditulis dengan huruf brsar? Contohnya Sains / Matematk / Bahasa Melayu. 2. Pokok kelapa berliang-liuk atau melambai-lambai ditiup angin? 3. "Apatah / Apalah dayaku yang lemah ini untuk melawannya" keluh lelaki itu. Terima kasih. | Ya, mata pelajaran harus ditulis dengan huruf besar. Bukan pokok kelapa tetapi daun-daun kelapa melambai-lambai ditiup angin. Meliang-liuk lebih sesuai untuk gerakan yang lebih lembut seperti api lilin meliang-liuk ditiup angin. Apatah dan apalah boleh digunakan untuk ayat ini. Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya. Partikel 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan kepada diri sendiri. Jadi untuk ayat ini "apatah" agak lebih sesuai. | Lain-lain | 01.07.2014 |
Tolong bagi jawapan kepada berberapa simpulan bahasa berikut. Saya dah cari dalam "carian kata" tapi tak jumpa. simpulan bahasa tersebut adalah :- lepas angin, lepas geram, berat otak, berat badan, berat masa, beri tangan terima kasih | 1. sia-sia belaka 2. berbuat sesuatu untuk melepaskan perasaan 3. risau, susah hati . hamil; malas 5. menolong; memikul 6. berat mata(bukan berat masa)-lekas mengantuk | Lain-lain | 06.05.2008 |