Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kawat yg bengkok dan tajam hujungnya pd kail; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), mata panĀ­cing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kawat bengkok yg tajam hujungnya utk memancing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : dawai yg dibengkokkan dan hujungnya berkait serta tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Apakah kata sendi nama yg patut digunakan untuk ayat di bawah? Ayah mencangkuk umpan di mata kail. Ayah mencangkuk umpan pada mata kail. Terima kasih :)Ayat yang betul ialah Ayah mencangkuk umpan pada mata kail.Tatabahasa18.07.2023
1. Mereka _______ umpan pada mata kail untuk memancing ikan di kolam itu. A.menyangkutkan B. memasangkan C. menyimpan D. memasang 2. Nenek sedang menyusun pinggan di atas _______ yang telah dibina oleh datuk di bahagian dapur rumah. A. kekuda B. pepara C. para-para D. tupai-tupaiJawapan soalan 1 ialah A.menyangkutkan, jawapan soalan 2 ialah C.para-para.Tatabahasa03.11.2014
Seekor ikan tertangkap pada pancing. Ayat ini betul ke?

Ayat yang betul ialah “Seekor ikan tersangkut pada mata kail.”

Lain-lain10.07.2024
Penjodoh bilangan apa yang sesuai untuk kerongsangPenjodoh bilangan bentuk  boleh digunakan untuk kerongsang, cincin, mata kail dan subang.Tatabahasa29.01.2015
boleh terangkan secara jelas beza bidalan dengan pepatah serta contoh-contoh yang jelas.terima kasihSecara ringkasnya, bidalan bermaksud susunan kata yang ringkas tetapi dalam maknanya yang menjadi sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran, misalnya jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga, dan alah bisa tegal biasa.

Pepatah pula bermaksud susunan kata yang ringkas dan mengandungi nasihat, peringatan atau ajaran daripada orang tua, biasanya dipakai atau diucapkan untuk mematahkan kata-kata atau ucapan seseorang. Contoh penggunaannya: Elakkan berhutang semata-mata untuk memberikan wang hantaran yang tinggi kepada pasangan, bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Makna24.05.2025

Kembali ke atas