| Ingin mendapat kepastian: 'ada' dan 'mempunyai' digunakan untuk manusia dan haiwan sahaja? Contoh: Kucing itu mempunyai sepasang mata yang bersinar. 'terdapat' digunakan untuk benda tidak bernyawa? Contoh: Rumah saya terdapat tiga bilik. | Perkataan "ada" dan "mempunyai" tidak semestinya digunakan untuk manusia dan haiwan sahaja. Contohnya ayat "Ada pokok yang bergetah dan ada yang tidak". "Pokok itu mempunyai dahan yang banyak". "Terdapat" boleh digunakan untuk benda bernyawa atau tidak bernyawa. Contoh "Terdapat banyak pokok..." | Tatabahasa | 13.10.2014 |
| slm, adakh ayat ni btl? 1. "Saya berasa gembira atas pemberian Baucar Buku 1Malaysia yang telah kerajaan berikan sekali gus meringankan keluarga"kata Isma pelajar Ting Enam Cerdik. 2. i. Cikgu Nana amat sayang akan kucing peliharaannya. ii. Perdana Menteri Msia yang keenam ialah Dato Seri Mohd. Najib bin Abdul Razak. iii. " Sudah dua jam setengah saya menunggu Yuna dan Najwa"kata Ana. iv. Antara mata pelajaran yang digemari oleh Ain termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Terima kasih. | 1. "Saya berasa gembira atas pemberian Baucar Buku 1Malaysia oleh kerajaan sekali gus meringankan keluarga," kata Isma pelajar Ting Enam Cerdik. 2. i. Cikgu Nana amat sayang akan kucing peliharaannya. ii. Perdana Menteri Malaysia yang keenam ialah Dato Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. iii. "Sudah dua jam setengah saya menunggu Yuna dan Najwa," kata Ana. iv. Antara mata pelajaran yang digemari oleh Ain termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. | Tatabahasa | 06.10.2012 |
| Salam sejahtera, tuan. 1. Menteri Pendidikan akan merasmikan seminar peringkat kebangsaan esok. Adakah ayat ini betul? Jika tidak, pembetulan ialah apa? 2. Baik Ali mahupun Ahman amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah. 3. Pemandangan di Tanah Tinggi Cameron pada waktu senja amat indah nian. 4. Lencongan/Gangguan di hadapan menyebabkan Ah Meng tidak dapat meneruskan perjalanannya. 5. Segala gangguan/kesulitan amat dikesali oleh Pihak Jabatan Kerja Raya. 6. Perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan gangguan kepada orang ramai. Adakah ayat ini betul? 7. Yi He menjalin/mencampurkan kedua-dua warna tersebut sebelum melakukan kerja-kerja mengecat. 8. a) Kumpulan ekspedisi berpeluang melihat jutaan kelawar yang muncul dari Gua Rusa pada sebelah petang. b) Kumpulan ekspedisi berpeluang menyaksikan berjuta-juta kelawar yang keluar dari Gua Rusa pada sebelah petang. Ayat manakah yang betul? 9. Kucing itu sakit, maka ia dibawa ke klinik haiwan. Adakah ia betul? Kalau tidak, apakah perkataan yang sesuai? 10. Tangannya meraba-raba/merayau-rayau mencari jarum yang jatuh ke lantai. Adakah ayat ini betul? Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul dan sesuai digunakan adalah seperti yang berikut: - Menteri Pendidikan akan merasmikan seminar peringkat kebangsaan esok.
- Baik Ali, mahupun Ahman kedua-duanya amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah. atau Ali dan Ahman amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah.
- Permandangan di Tanah Tinggi Cameron pada waktu senja amat indah nian. (perkataan “nian” boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif).
- Lencongan/Gangguan di hadapan menyebabkan Ah Meng tidak dapat meneruskan perjalanannya.
- Sebarang kesulitan amat dikesali. (Jabatan Kerja Raya) Biasanya Jabatan Kerja Raya ditulis pada bahagian bawah sebelah kiri atau kanan papan tanda/teks.
- Perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan gangguan kepada orang ramai.
- Yi He mencampurkan kedua-dua warna cat sebelum melakukan kerja mengecat.
- a) Kumpulan ekspedisi berpeluang melihat jutaan kelawar yang muncul dari Gua Rusa pada sebelah petang. b) Kumpulan ekspedisi berpeluang menyaksikan berjuta-juta kelawar yang keluar dari Gua Rusa pada sebelah petang. Kedua-dua perkataan “melihat” dan “menyaksikan” boleh digunakan dan sama maknanya.
- Kucing itu sakit, maka ia dibawa ke klinik haiwan. (“ia” boleh merujuk kepada kata ganti nama bukan manusia, selain kata ganti nama diri ketiga bagi manusia)
- Tangannya meraba-raba mencari jarum yang jatuh ke lantai.(Perkataan yang sesuai digunakan ialah “meraba-raba”, manakala perkataan “merayau-rayau” digunakan untuk menekankan “merayau”).
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). | Tatabahasa | 15.07.2024 |
| Salam saya ingin membuat buku bacaan untuk murid umur 4 tahun. Perkataan yang akan saya gunakan mesti: 1) cuma mengandungi dua suku kata terbuka. e.g. suka, mata, etc. 2) cuma ada maksimum dua perkataan sahaja untuk satu muka surat. Berikut merupakan jalan cerita tersebut. Minta pihak tuan dapat membantu untuk memeriksa samada cerita tersebut boleh diluluskan: Pg.1: Mei Ling Pg.2: Buku Pg.3: Meja Pg.4: Didi (kucing) Pg.5: Buku duka. (Buku sedih sebab koyak tak dijaga) Pg.6: Meja duka. (Meja sedih sebab kotor tak dijaga) Pg.7: Didi duka. (Didi sedih sebab kotor dan lapar.) Pg.8: Mei Ling lari. (Mei Ling berlari.) Pg.9: Mei Ling luka. (Mei Ling terjatuh dan luka) Pg.10: Mei Ling duka. (Mei Ling sedih sebab luka dan sakit.) Pg.11: Jaga luka. (Mei Ling letak ubat pada luka.) Pg.12: Luka lega. (Luka sembuh.) Pg.13: Jaga buku. (Mei Ling jaga buku baik-baik.) Pg.14: Buku lega. (Buku gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.15: Jaga meja. (Mei Ling jaga meja baik-baik) Pg.16: Meja lega. (Meja gembira sebab dijaga dengan baik) Pg.17: Jaga Didi. (Mei Ling jaga Didi baik-baik.) Pg.18: Didi lega. (Didi gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.19: Mei Ling suka. (Mei Ling gembira sebab semua barang-barang dan haiwannnya berada dalam keadaan yang baik.) MORAL CERITA: Jaga diri dan hak milik dengan baik. Terima kasih untuk bantuan. | Salam puan yang budiman, Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan tersebut perlu disertakan dengan: 1. Salinan lembut manuskrip. 2. Salinan bercetak manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Karya | 22.07.2025 |
| Salam saya ingin membuat buku bacaan untuk murid umur 4 tahun. Perkataan yang akan saya gunakan mesti: 1) cuma mengandungi dua suku kata terbuka. e.g. suka, mata, etc. 2) cuma ada maksimum dua perkataan sahaja untuk satu muka surat. Berikut merupakan jalan cerita tersebut. Minta pihak tuan dapat membantu untuk memeriksa samada cerita tersebut boleh diluluskan: Pg.1: Mei Ling Pg.2: Buku Pg.3: Meja Pg.4: Didi (kucing) Pg.5: Buku duka. (Buku sedih sebab koyak tak dijaga) Pg.6: Meja duka. (Meja sedih sebab kotor tak dijaga) Pg.7: Didi duka. (Didi sedih sebab kotor dan lapar.) Pg.8: Mei Ling lari. (Mei Ling berlari.) Pg.9: Mei Ling luka. (Mei Ling terjatuh dan luka) Pg.10: Mei Ling duka. (Mei Ling sedih sebab luka dan sakit.) Pg.11: Jaga luka. (Mei Ling letak ubat pada luka.) Pg.12: Luka lega. (Luka sembuh.) Pg.13: Jaga buku. (Mei Ling jaga buku baik-baik.) Pg.14: Buku lega. (Buku gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.15: Jaga meja. (Mei Ling jaga meja baik-baik) Pg.16: Meja lega. (Meja gembira sebab dijaga dengan baik) Pg.17: Jaga Didi. (Mei Ling jaga Didi baik-baik.) Pg.18: Didi lega. (Didi gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.19: Mei Ling suka. (Mei Ling gembira sebab semua barang-barang dan haiwannnya berada dalam keadaan yang baik.) MORAL CERITA: Jaga diri dan hak milik dengan baik. Terima kasih untuk bantuan. | Salam puan yang budiman, Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan tersebut perlu disertakan dengan: 1. Salinan lembut manuskrip. 2. Salinan bercetak manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Karya | 04.06.2025 |
| apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza?? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; | Istilah | 01.11.2009 |