Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : puting susu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahagian hujung susu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Kata majmuk mata pelajaran dan kraf tangan ditulis berasingan atau telah dimantapkan menjadi satu perkataan? 2. Perkataan ia, bolehkah digunakan untuk benda dan haiwan dalam konteks ayat. Contoh, Susu baik untuk kesihatan, ia mengandungi kalsium yang banyak.

1) Semua kata majmuk di tulis berasingan kecuali beberapa perkataan yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.

2) Dalam ayat tersebut perkataan "ia" boleh digunakan tetapi tidak digalakkan.

Tatabahasa28.03.2010
Assalam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan yang leih sesuai. 1) Pungutan ses getah pada masa ini dilakukan melalui dua 'cara' atau 'kaedah'. Perkataan yang sesuai adakah 'cara' atau 'kaedah'. 2) 'Dokumen Asal' atau 'dokumen asli' - ini merujuk kepada untuk mendapatkan 'original document' 3) Mengeluarkan 'Notis' atau 'Surat' Tuntut Penjelasan terhadap pengisytiharan yang tidak tepat. Perkataan yang sesuai adakah 'notis' atau 'surat'? 4) Penyelidikan dan Pembangunan - adakah dua perkataan ini mewakili satu maksud yang sama atau penyelidikan memberi maksud yang lain daripada pembangunan. Sebagai contoh cukai penyelidikan hanya kepada penyelidikan dan tidak melibatkan pembangunan. Adakah 'pembangunan' bermaksud semata-mata membangunkan bangunan atau 'pembangunan' juga merangkumi aspek di dalam penyelidikan. Mohon untuk mendapat maklumbalas daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.1) Pungutan susu getah pada masa ini dilakukan melalui dua 'cara' atau 'kaedah'. Kedua-duanya boleh digunakan.

2) 'Dokumen Asal' atau 'dokumen asli' - ini merujuk kepada untuk mendapatkan 'original document'.  'Dokumen Asal'
paling sesuai.

3) Mengeluarkan 'Notis' atau 'Surat' Tuntut Penjelasan terhadap pengisytiharan yang tidak tepat. Perkataan yang sesuai adakah 'notis' atau 'surat'.  Kedua-duanya boleh digunakan.

4) Penyelidikan dan Pembangunan - adakah dua perkataan ini mewakili satu maksud yang sama atau penyelidikan memberi maksud yang lain daripada pembangunan. Merujuk kepada data kami definisi kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza. Sebagai contoh kami akan menerajui bidang penyelidikanpembangunan dan  latihan untuk membangunkan tahap...
 
Lain-lain24.04.2019

Kembali ke atas