material | penting | Istilah | 11.04.2007 |
material safety data sheet | lembaran data keselamatan bahan | Makna | 07.05.2007 |
Bolehkah perkataan Inggeris "material" digunakan dalam bahasa Melayu. Maksud saya, bolehkah kita gunakan perkataan yang sama dalam bahasa Melayu, tanpa tukarkan ke 'bahan' Terima kasih. | Material boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Material bermaksud barang-banrang yang digunakan sebagai bahan (untuk sesuatu). Bahan bermaksud sesuatu atau beberapa benda atau barang dan sebagainya yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk tujuan sesuatu. | Makna | 03.03.2008 |
Apakah 'virgin material' dalam BM? | Salam sejahtera, Puan, Cadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah bahan asal atau bahan asli. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.10.2019 |
What is the BM translation for 'non woven material'? Thanks. | Padanan untuk 'non woven material' ialah kain tanpa tenun. | Istilah | 12.03.2014 |
Apakah terjemahan atau cadangan terjemahan bagi perkataan 'infeed'? Menurut Oxford Dictionaries, infeed (NOUN) mass noun 1 The action or process of supplying material to a machine. 1.1 count noun A mechanism which supplies material to a machine. Contoh ayat daripada Merriam-Webster: bottles go into the infeed of washing machine Terima kasih. | Tiada istilah yang khusus untuk perkataan 'infeed' dalam bahasa Melayu. Namun dicadangkan perkataan 'suapan' yang bermaksud tindakan membekalkan mesin dengan bahan yang akan dikerjakan. Terima kasih. | Istilah | 11.07.2017 |
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translations as below: 1. Made of food contact grade material. BM transalation: Diperbuat daripada bahan gred bersentuhan makanan. 2. Plastic bag with strong seal to prevent breakage. BM translation: Beg plastik berdinding kuat supaya tidak mudah koyak. 3. Security seal packed to avoid contamination. BM translation: Berbungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan kontaminasi. Thank you. | Terjemahan: a) Made of food contact grade material. Diperbuat daripada bahan gred sentuh makanan. b) Plastic bag with strong seal to prevent breakage. Beg plastik kedap udara supaya tidak mudah koyak. c) Security seal packed to avoid contamination. Bungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan pencemaran. | Makna | 26.08.2019 |
Mohon semakan terjemahan ayat di bawah This program contains material that may be disturbing to some viewers. Viewer discretion is advised. Kandungan program ini mungkin tidak sesuai bagi penonton tertentu. Budi bicara penonton dinasihatkan. Terima kasih | Ayat yang lebih gramatis ialah Kandungan program ini mungkin tidak sesuai bagi penonton tertentu. Kebijaksanaan penonton amat diharapkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.10.2017 |
Assalamuaikum,bolehkah sekiranya menggunakan khidmat DBP untuk menterjemahkan MSDS(MATERIAL SAFETY DATA SHEET) untuk sesuatu bahan kimia dari bahasa inggeris kepada bahasa malaysia? Katakan ada 18 set MSDS untuk setiap bahan kimia,berapakah harga yang dikenakan untuk setiap set?(1 set mengandungi antara 5-6 helai lampiran) | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan khidmat terjemahan sama ada ke bahasa Melayu atau ke bahasa asing. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381 | Lain-lain | 11.09.2009 |
Selamat petang Tuan/Puan, Dalam kegunaan iklan dalam surat khabar, gegantung / banner / pop card dan sebagainya "printing material" dalam stor(hypermarket), perkataan yang mana lebih tepat untuk sebut barang/produk yang baru? BARU atau BAHARU? | Kedua-dua perkataan, iaitu BARU dan BAHARU boleh diterima: PRODUK BARU atau PRODUK BAHARU. Akan tetapi yang lebih tepat ialah PRODUK BAHARU. | Istilah | 04.01.2017 |